Wanita dicekup bermalam di rumah teman lelaki

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
MELAKA: Akibat bermalam di rumah teman lelakinya, seorang wanita menerima padah apabila dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi semalam.



Wanita berusia 27 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya berusia 25 tahun di sebuah rumah di Taman Malim Jaya, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan mendapati wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah bujang terbabit untuk membawa lelaki berkenaan pulang ke Terengganu.


Bagaimanapun, katanya, dia bermalam terlebih dulu di rumah lelaki berkenaan sebelum bertolak pada sebelah pagi.


“Sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jaim tiba ke rumah berkenaan sebelum dibuka seorang lelaki dan apabila pemeriksaan dilakukan didapati terdapat empat lelaki berusia awal 20-an berada di bahagian ruang tamu dan bilik.


“Pemeriksaan Jaim pada satu bilik di rumah berkenaan didapati ia berkunci dan apabila diketuk seorang lelaki bertuala tuala membuka pintu.


“Apabila kita periksa mendapati ada wanita bukan muhrim berkurung bersamanya yang berseluar pendek dan berkemeja-t,” katanya, di sini.


Rahimin berkata, kehadiran Jaim itu turut dipertikai oleh rakan serumah lelaki yang ditahan itu kerana mahu melihat kad kuasa anggota penguat kuasa berkenaan.


“Keadaan kembali tenang apabila anggota penguat kuasa berkenaan memberi penerangan serta menunjukkan kad kuasa mereka,” katanya.


Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.


“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 
Sponsored Post

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
banyak sangat berita mcm nie naper yer
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
pergh,seb baik x kene gangbang..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register