Wanita dicampak dari kereta

CG Sponsors




mellina

Fun Poster
Joined
Oct 13, 2008
Messages
170
Reaction score
12
Points
15
PETALING JAYA - Seorang peniaga mengejar penjenayah yang melarikan isterinya tetapi tidak menyangka akan menyaksikan orang kesayangannya berguling-guling di atas jalan selepas dicampak dari kereta di Sunway Mentari di sini kelmarin.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pukul 11.57 malam ketika peniaga berusia dalam lingkungan 30-an tersebut didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang ketika dia berhenti untuk membeli barang di sebuah kedai serbaneka di situ.

Satu sumber berkata, ketika peniaga itu baru sahaja keluar dari kereta Mercedes E200 yang tidak dimatikan enjin tiba-tiba seorang lelaki telah menolaknya.

Lelaki itu kemudiannya terus masuk ke dalam kereta dan memandu kenderaan tersebut tanpa menyedari isteri peniaga itu berada di dalam kereta itu.

Difahamkan, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an telah datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih.

"Sebaik bangun, peniaga itu terus memandu kereta MyVi yang ditinggalkan lelaki tersebut bersama kunci dan mengejar suspek bagi menyelamatkan isterinya.
 
Sponsored Post

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
macam dalam pilim plak
 

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
macam macam ada kt mesia ne...
 

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
tinggal myvi ambik merz tu..

bahaya tul tinggal keta xmati enjin ni..
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
adussss.... makin tak selamat yek kat malaysia nie....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register