Wanita Di Penjara Dua (2) Bulan Kerana Ugut Bunuh

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,662
Reaction score
2,442
Points
236
20.08.2019 - Kuala Lumpur, Akibat membuat ugutan bunuh dengan sebilah pisau, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Anitabaidura Jaafar, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dan mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Ogos lepas.

Mengikut pertuduhan, Anitabaidura didakwa melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah pisau dan berkata “saya akan bunuh kau” kepada seorang wanita berumur 24 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Sentul di sini pada pukul 5.45 petang, 16 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya perkara sama tidak berulang lagi.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/08/20/wanita-dipenjara-dua-bulan-kerana-buat-ugutan-bunuh/
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
Pergh ugut bunuh 2 bulan jail ka

Zaman lani mulut mau senyap

Tak puas hati apa setel balai
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,858
Reaction score
175
Points
88
Bahaya zaman skangni xle main ckp lepasjer..silap2 kedalam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register