BTC USD 26,434.9 Gold USD 1,939.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Di Kompaun Jual Makanan Pada Pelanggan Tak Puasa

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
30.03.2023 - Kuala Lumpur, Seorang wanita berusia 49 tahun dikompaun RM2,000 selepas didapati bersalah kerana tidak mematuhi waktu perniagaan ketika Ramadan. Wanita itu dikesan menjual awal hari pada bulan puasa, ketika pemeriksaan yang dijalankan penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di enam lokasi hari ini. Ketika serbuan di premis peniagaan tersebut di Kampung Badak Mati, Pauh Lima di Kota Bharu didapati, wanita itu menyediakan makanan dan memasak lauk sekitar 20 hingga 30 bungkus, untuk dijual kepada pelanggan yang tidak berpuasa.

“Saya tidak dapat menolak kerana mereka merupakan pelanggan tetap dan kebanyakannya penganggur dan buruh di sekitar kawasan kampung ini. Saya menerima permintaan daripada penduduk setempat, yang akan mengambil bungkusan nasi pada waktu dijanjikan,” katanya.

Tindakan wanita berkenaan dikesan menerusi Operasi Bersepadu Banteras Geng Ponteng Puasa di sekitar Ketereh di Kota Bharu hari ini. Sementara itu, Setiausaha MDK-PI Mohd Azman Ghazali berkata operasi kali pertama itu, dijalankan menerusi maklumat yang diberikan oleh orang ramai.

"Peniaga ini adalah antara pemilik premis makanan yang dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019, membabitkan empat kesalahan iaitu kebersihan premis, kesihatan, aurat dan berniaga di waktu larangan. Operasi ini turut melibatkan pegawai JAHEAIK di lokasi yang mendapat aduan daripada orang ramai antaranya Kampung Kubang Kiat, Peringat, Aril, Salor dan Pauh Lima,” katanya.​

1680176849645.png

Mohd Azman berkata daripada serbuan di enam lokasi berkenaan, pihaknya mengeluarkan tujuh kompaun di bawah UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 dan UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/660586
 
Last edited:
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,800
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
56,800
Reaction score
2,603
Points
666
Awards
1
Kalau mcdonalds drive thru tak kena ka

Aduh lani rakyat susah tak payah la denda beban

Orang tue bisnes sebab nak buat duit

Alangkah bagusnya kalau amaran kat dia

Kata kak jangan jual kat orang tak posa

Fikir la keadaan orang bawahan yang mengeluh kos sara hidup

Kalau dia susah

Beban plak kat dia dengan kompaun denda
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,844
Top Poster #7
Joined
Aug 2, 2007
Messages
33,844
Reaction score
7,432
Points
481
Awards
1
Kalau mcdonalds drive thru tak kena ka

Aduh lani rakyat susah tak payah la denda beban

Orang tue bisnes sebab nak buat duit

Alangkah bagusnya kalau amaran kat dia

Kata kak jangan jual kat orang tak posa

Fikir la keadaan orang bawahan yang mengeluh kos sara hidup

Kalau dia susah

Beban plak kat dia dengan kompaun denda
Mcd, KFC xpa depa ada saham depa bayaq cukai bnyk kt kerajaan hehehe.....nie kt boleh panggil pendakwaan terpilih jgk ka hehehe.....mcm org kena tangkap basah.....hotel murah/motel memang xselamat la pi ja 5star hotel hehehe
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
7,014
Joined
Oct 10, 2016
Messages
7,014
Reaction score
1,437
Points
151
Mcd, KFC xpa depa ada saham depa bayaq cukai bnyk kt kerajaan hehehe.....nie kt boleh panggil pendakwaan terpilih jgk ka hehehe.....mcm org kena tangkap basah.....hotel murah/motel memang xselamat la pi ja 5star hotel hehehe
"Ini namanya undang-undang terpimpin...."
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
7,014
Joined
Oct 10, 2016
Messages
7,014
Reaction score
1,437
Points
151
Kalau mcdonalds drive thru tak kena ka

Aduh lani rakyat susah tak payah la denda beban

Orang tue bisnes sebab nak buat duit

Alangkah bagusnya kalau amaran kat dia

Kata kak jangan jual kat orang tak posa

Fikir la keadaan orang bawahan yang mengeluh kos sara hidup

Kalau dia susah

Beban plak kat dia dengan kompaun denda
yg tu x kena la. sebab tlg kerajaan kutip sst 6%. kerajaan x brani kacau.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register