akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,570
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,570
- Reaction score
- 6,648
- Points
- 881
- Awards
- 1
Wanita dera anak ditahan, polis buru teman lelaki
Suspek berusia 32 tahun ditahan susulan laporan yang dibuat oleh bekas suaminya yang berusia 28 tahun.
FMT Reporters05 Sep 2024, 07:00 AM
abuse
Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor Mohd Ambia Nordin.
PETALING JAYA:
Seorang wanita berusia 32 tahun ditahan polis di Kuala Selangor selepas disyaki mendera anak perempuannya, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin, wanita terbabit ditahan pada 5.14 petang susulan laporan yang dibuat oleh bekas suaminya yang berusia 28 tahun.
Katanya, lelaki terbabit memaklumkan dia mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada isterinya yang menerima mesej WhatsApp ibu pengadu.
“Ibu pengadu menghantar gambar anak perempuan pengadu berusia lima tahun yang dijaga oleh bekas isteri berkemungkinan telah didera.
“Lelaki itu melihat gambar anaknya ada kesan lebam, bengkak dan luka seluruh badan serta kaki.
Ibu pengadu juga memaklumkannya mengenai aduan mangsa bahawa dia dipukul ibu dan teman lelakinya,
katanya ketika dihubungi semalam, menurut Harian Metro.
Beliau berkata pasangan itu bercerai pada 2020 dan mangsa berada di bawah jagaan suspek.
Menurutnya, pengadu juga mendakwa pernah diberitahu ibunya bahawa guru tadika mangsa memaklumkan terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang disyaki akibat didera.
Katanya, pihak tadika pernah bertanya kepada suspek namun alasan yang diberikan ialah mangsa jatuh tangga.
“Mangsa dihantar pulang ke rumah ibu pengadu oleh jiran dan kanak-kanak itu didakwa menceritakan dia dipukul suspek dan teman lelakinya dengan mencubit, menumbuk dan menyiram air panas
Teman lelaki suspek dikatakan pernah membawa mangsa dan ibunya ke tempat tinggalnya di Yan, Kedah dan mereka pulang semula ke Kuala Selangor, Ahad lalu,
katanya.
Mohd Ambia berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Katanya, polis kini sedang memburu teman lelaki suspek yang dipercayai berada di Kedah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram