Wanita dari Perak kongsi kisah bayi 'hilang' dalam kandungan

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
2 December 2017



Mungkin masih ramai ibu yang tidak pernah mendengar atau tahu mengenai kejadian bayi hilang ketika masih di dalam kandungan. Ia bukan kes baru malah pernah terjadi kepada segelintir wanita hamil.

Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang kesakitan atau pendarahan. Malah, ibu hamil dan bayi sebelum itu juga berada dalam keadaan sihat.

Biarpun tidak dapat dibuktikan punca ia terjadi, sebagai umat Islam kita perlu reda dan sedar ia tidak akan berlaku tanpa kuasa Allah SWT. Pengalaman yang bukan semua wanita pernah alami itu dikongsi oleh ibu anak tiga yang menetap di Perak.

Selama ini dia memang pernah mendengar cerita mengenai bayi dalam kandungan yang hilang. Bagaimanapun apabila berlaku pada diri sendiri, ia menjadi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat.

Normayati Ayub, 34, hairan bagaimana bayi yang dikandung selama tujuh bulan tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan. Ini bukan fenomena biasa, malah memeranjatkan bukan saja ibu bapa tetapi doktor yang terbabit. Katanya, bayi keduanya itu hilang tanpa punca dan dia tidak mengalami sebarang masalah ketika menjalani pemeriksaan berkala di klinik.

“Sebelum ini, saya tidak pernah melalui pengalaman keguguran. Sama seperti ketika mengandungkan anak sulung, saya jaga dengan baik malah bayi juga membesar serta bergerak seperti biasa.

“Namun, memasuki usia tujuh bulan setengah, perut menjadi kempis tanpa sebarang sakit atau wujud tanda lain. Saya segera pergi mendapatkan pemeriksaan doktor pakar di hospital. Lebih memeranjatkan selepas cuba dikesan, bayi disahkan sudah ‘hilang’ dan doktor memberitahu saya adalah pesakit ke-152 yang mengalami kes sama ketika itu.

“Saya dan bayi sihat saja serta tidak pula ada mengambil apa-apa makanan yang dikatakan berbahaya, cuma darah merah agak rendah. Biarpun ia adalah perkara yang dianggap mustahil apatah lagi doktor sendiri tidak dapat menerangkan punca kejadian kerana tiada sebarang bukti atau tanda yang ditemui, ia harus diterima,” katanya.

Mulanya, doktor mencadangkan prosedur ‘cuci’ rahim namun ia tidak perlu dilakukan kerana selepas pemeriksaan didapati rahimnya sudah kembali ke keadaan biasa (tidak mengandung atau ada kesan keguguran). Tanpa sebarang prosedur ‘cuci’ rahim dan sesi berpantang, dia harus menjalani kehidupan seperti biasa dan melakukan rutin harian selepas itu.

Ujarnya, jarak kehamilannya dengan anak pertama ketika disahkan mengandung anak kedua adalah kira-kira setahun lebih. Ketika itu, dia memang seronok kerana mendapat tahu akan menerima orang baru dalam keluarga.

Mujur, barang kelengkapan bayi baru dibeli sedikit kerana keperluan anak sulung ini masih elok dan boleh digunakan lagi. Namun, suaminya berasa agak kecewa ketika itu kerana ia berlaku tanpa disangka dan mengejutkan. Bagaimanapun, mereka reda dengan ketentuan Allah kerana tahu pasti ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.

“Saya dan suami bersyukur apabila dikurniakan bayi perempuan selepas lima tahun kejadian, malah diberi rezeki lagi selepas itu dengan kehadiran seorang anak lelaki. Selepas kes kehilangan itu, doktor juga berpesan dan menasihati saya agar tidak terlalu memikirkan kejadian itu bagi mengelakkan kemurungan."

“Disebabkan saya seorang suri rumah, saya sibukkan diri dengan menguruskan rumah tangga dan menghasilkan produk kraf serta menjalankan perniagaan lain. Ternyata, ia langkah yang berkesan dan membolehkan saya meneruskan kehidupan sebaik mungkin,” katanya.


Sumber: MyMetro
 
Sponsored Post

balang

Super Active Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
7,444
Reaction score
81
Points
80
kawan den pernah berdepan situasi ni..anak pertama, kedua dan ketiga hilang dalam kandungan..sampai laki bini kena jumpa psikiatrist dan kena jalani tempoh pemulihan..sampai sekarang tak tau apa punca hilang tu..
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
tak pasti bende mistik atau ada penjelasan saintifik... tapi bende ni pernah terjadi dlm famili aku gak
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,219
Reaction score
883
Points
171
takkan kt malaysia jer benda ni? oversea x de jadi mcm ni ke
 

02047haf

Active+ Member
Joined
May 22, 2015
Messages
2,852
Reaction score
153
Points
48
kawan den pernah berdepan situasi ni..anak pertama, kedua dan ketiga hilang dalam kandungan..sampai laki bini kena jumpa psikiatrist dan kena jalani tempoh pemulihan..sampai sekarang tak tau apa punca hilang tu..
Ya rabbi. Kesian betul kawan hang ni. Sampai tiga orang anak kena macam ni.

Adik den yang nombor tiga dulu hampir. Masa mak mengandungkan dia dapat mimpi orang nak ambil dia. Masuk malam kedua mimpi benda yang sama terus bagitahu abah den.

Cepat2 abah pisah tak nak bagi kena ambil. Alhamdulillah bersalin normal.

Rupanya lepas bersalin dorang datang lagi sekali nak ambil. Abah terus marah, biar kenal sikit anak orang kata dia. Suka2 je nak ambil anak orang apa hal :))

Nasib baik takde pape lepas tu
 

nonoo1

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
5,839
Reaction score
310
Points
91
ntah la nk caya ka dak.. ada rekod tak. buku merah ka..
mmg misteri, mesti sedih gila, ye la dah 7 bulan, tunggu masa ja..
dah siap2 beli brg2 baby lagi..jauhknla dari family kita
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,727
Reaction score
147
Points
33
Ya rabbi. Kesian betul kawan hang ni. Sampai tiga orang anak kena macam ni.

Adik den yang nombor tiga dulu hampir. Masa mak mengandungkan dia dapat mimpi orang nak ambil dia. Masuk malam kedua mimpi benda yang sama terus bagitahu abah den.

Cepat2 abah pisah tak nak bagi kena ambil. Alhamdulillah bersalin normal.

Rupanya lepas bersalin dorang datang lagi sekali nak ambil. Abah terus marah, biar kenal sikit anak orang kata dia. Suka2 je nak ambil anak orang apa hal :))

Nasib baik takde pape lepas tu
Alamak... Tegak bulu roma baca cerita tuan
 

pedang_setiawan

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2010
Messages
857
Reaction score
153
Points
33
Cuba google "Missed abortion/miscarriage". So, harap boleh faham info kat situ. saya nak cerita pn x pandai.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,353
Reaction score
20,972
Points
1,671
byk baca cite yg hilang tu mesti dapat mimpi baby kena amik. wallahualam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register