Wanita dakwa rakam gambar UFO

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531

GAMBAR ini dirakamkan oleh seorang wanita yang mendakwanya objek terbang tidak dikenali (UFO).



ABERYSTWYTH - Beberapa gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berjaya dirakamkan oleh seorang wanita, Sonja Lewis mungkin dapat mengubah pendirian mereka yang skeptikal mengenai kewujudan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar-gambar itu menunjukkan dengan jelas sebuah piring terbang sedang berada di ruang angkasa muara Dyfi berdekatan bandar Aberystwyth, Wales pada 28 Disember lalu.


"UFO itu sungguh cantik. Saya tidak pernah melihat objek seperti itu," kata Lewis.

Piring terbang itu berlegar-legar di ruang udara selama 45 minit sebelum hilang daripada pandangan wanita itu.

Ketika ditanya mengenainya, beberapa pakar kaji cuaca menyatakan rakaman itu bukan UFO, sebaliknya sejenis awan yang terbentuk ketika udara bergerak ke kawasan pergunungan.

Bagaimanapun, kenyataan mereka gagal melemahkan kepercayaan 78 peratus rakyat Britain yang percaya terdapat kehidupan lain di alam semesta ini selain manusia.

Dalam satu tinjauan melibatkan 3,000 orang baru-baru ini, lebih 35 peratus responden percaya insiden bilah kincir angin patah di Lincolnshire baru-baru ini adalah kerana dilanggar
UFO. - Agensi
 
Sponsored Post

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
hebat..... :D
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,549
Reaction score
1,769
Points
206
mmg awan pun
xkan la ufo mcm tu
kurang2 mcm pinggan bila gado laki bini
 
Sponsored Post
Top
Log in Register