Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,419
Reaction score
1,882
Points
201
Dia tak berani kacau area kondo
Ada cctv :D
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,678
Reaction score
74
Points
30
ada satu petua, tak tau la berkesan ke tak.. letak cermin kat pintu supaya benda tu takut tengok rupanya sendiri..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Gangguan ketukan pintu makin 'mengganas'
893676.jpg

Ahmad menunjukkan pintu bilik air rumahnya diketuk dengan bunyi misteri kira-kira 10 minit malam kelmarin.

SABAK BERNAM - Sebuah keluarga di Kampung Parit Baru di sini mendakwa diganggu dua hari berturut-turut dengan bunyi ketukan misteri tanpa salam.


Norziani Mohamed, 37, berkata, kejadian ketukan misteri kali kedua itu berlaku di bilik air luar rumahnya kira-kira jam 11.10 malam kelmarin.

"Bunyi ketukan kali ini terlalu kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan tergesa-gesa," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Norziani berkata, ketukan kuat itu berlaku selama kira-kira 10 minit ketika dia dan suaminya, Ahmad Munawar, 41, serta seorang anaknya berusia sembilan tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Kejadian ini memang menyeramkan dan kami risau jika situasi sama berlaku malam ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.30 malam pada Isnin lalu, mereka sekeluarga turut diganggu bunyi ketukan di bahagian pintu dapur rumah.

"Kami ingatkan kejadian malam kelmarin (Isnin lalu) sudah berakhir, tetapi tak sangka pula kami diganggu kali kedua malam tadi (kelmarin).

"Kami perasan gangguan berlaku di tempat gelap kerana kedua-kedua kejadian berlaku apabila lampu tidak dipasang," katanya.

Sementara itu, ketukan salam turut mengganggu seorang guru bersama dua anaknya di Taman Padu Permai di sini malam kelmarin.

Alisa Ahmad, 29, berkata, kejadian jam 10 malam itu pada mulanya disedari anak sulungnya berusia sembilan tahun.

"Semasa kejadian saya menemani seorang anak di tandas sebelum anak sulung memberitahu terdengar bunyi ketukan kuat di pintu.

"Saya kemudian terus ke ruang tamu rumah dan terdengar bunyi ketukan pada pintu depan rumah," katanya.

Katanya, walaupun dalam keadaan ketakutan dia sempat mengintai di tingkap, namun tiada kelibat sesiapa di luar rumah.

Sementara itu, Pengerusi Taman Padu Permai, Muhammad Ali Manjok berkata, kejadian itu merupakan kali kedua kawasan taman perumahan itu diganggu dengan bunyi ketukan misteri.

Katanya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa penduduk termasuk merancang melakukan rondaan pada waktu malam.

"Kita akan berbincang dengan lebih lanjut dengan jawatankuasa penduduk taman memandangkan kejadian memasuki hari keenam ini berlaku sebanyak dua kali di taman ini," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...gor-KL/Gangguan-ketukan-pintu-makin-mengganas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,351
Reaction score
608
Points
161
Makhluk2 ni mmg ade main ketuk2...
Tak kene bleh la sembang mambang...
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,664
Reaction score
598
Points
116
ada satu petua, tak tau la berkesan ke tak.. letak cermin kat pintu supaya benda tu takut tengok rupanya sendiri..
tarok butang loceng je bro kat pintu tu... bateri jgn tarok... buat dummy.. beli kat kedai DIY baru 4-5 hengget ..kalo tekan 1000x pun x kesah punya
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,150
Reaction score
276
Points
51
nak bagi cadangan ....letak memo kat pintu ..

"jangan ketuk nanti roboh pintu sila tekan loceng"
 
Sponsored Post
Top
Log in Register