Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,240
Reaction score
11,960
Points
2,376
gangguan-lead.jpg

Kamisah menunjukkan pintu bahagian tengah yang diketuk tiga hari berturut-turut sejak Ahad lalu ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Jalor Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan


Rumah diketuk tiga malam berturut-turut


TAMPIN – Selepas empat negeri dilanda misteri gangguan ketukan pintu, kini penduduk di Felda Bukit Jalor, Gemencheh di sini turut mengalami pengalaman menakutkan serupa.

Seorang penduduk, Kamisah Pun, 48, mendakwa, kejadian gangguan ketukan itu berlaku selama tiga malam berturut-turut sejak Ahad lalu.

“Saya bernasib baik kerana pada kejadian hari pertama, adik saya tidur di rumah. Dia menghantar pesanan mesej di WhatsApp bertanyakan mengenai siapa yang mengetuk pintu di ruang tengah pada pukul 1.45 pagi.

“Memang cemas, bayangkan ada yang ketuk pintu rumah berulang kali secara kuat dan bunyi itu tiba-tiba lenyap,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Jalor semalam.

Menurut Kamisah, sebelum ini, dia pernah membaca mengenai kejadian gangguan ketukan yang berlaku di Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, namun tidak mengambil serius mengenainya, malah tidak mempercayainya.

“Apabila baca berita mengenai kejadian ini (gangguan ketukan) rasa macam cerita dongeng. Apabila berlaku pada diri sendiri (diganggu), baru saya faham perasaan takut itu,” katanya.

Kamisah memberitahu, pada malam kedua, anak sulungnya, Nurish Haziqah Ramlan, 12, terdengar bunyi ketukan pintu pada pukul 12 tengah malam dan gangguan itu berulang pada pukul 2.15 pagi dan terakhir pada pukul 4.20 pagi.

Pada malam kedua itu, Kamisah sekeluarga mengambil inisiatif membaca surah Yasin dan berdoa agar gangguan menakutkan tersebut tidak berlaku lagi di rumah mereka.

“Malam ketiga, saya minta tiga anak jiran untuk menemani saya bersama tiga anak perempuan tidur di rumah kerana saya takut diganggu lagi,” katanya.

Wanita itu mendakwa, gangguan pada malam ketiga berlaku lebih awal iaitu pada pukul 9.45 malam dan anak jirannya menghubungi bapa mereka untuk meninjau sekiranya terdapat individu di luar rumah.

“Memang tiada sesiapa di luar rumah. Sebelum ini jiran tak dengar bunyi ketukan tetapi kali ini (malam ketiga) mereka terdengar bunyi dan ketakutan,” katanya.

Pada malam kelmarin, tiada gangguan ketukan dilaporkan berlaku berikutan pihak masjid menganjurkan bacaan Yasin.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Bukit Jalor, Daud Md. Nor, 63, berkata, setakat ini sebanyak dua rumah diganggu sejak Ahad lalu.

“Kami sepakat melakukan bacaan Yasin dan berdoa semoga dijauhkan daripada musibah serta gangguan,” katanya.-K! ONLINE


 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,582
Reaction score
1,899
Points
201
Lembaga berbulu hitam ketuk pintu rumah

Share


Tweet


BOTOL dan barang lain berselerak dalam rumah yang menjadi mangsa ketukan misteri di Taman Temerloh Jaya.  FOTO ihsan Syaiful  Afenddi Ismail

BOTOL dan barang lain berselerak dalam rumah yang menjadi mangsa ketukan misteri di Taman Temerloh Jaya. FOTO ihsan Syaiful Afenddi Ismail
Roselan Ab Malek
[email protected]

Temerloh: "Saya nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah, sungguh menyeramkan dan menakutkan.
"Anak saya Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah, tetapi tidak berani tengok lama kerana takut," kata wanita dikenali Sharifah Mazian Syed Mohd selepas rumah teres dua tingkat didiaminya di Taman Temerloh Jaya, di sini, menjadi mangsa ketukan misteri selama tiga hari berturut-turut sejak 27 Disember lalu.

Berikutan trauma dan takut, dia enggan ditemu bual lanjut, sebaliknya mahu jirannya yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya, Syaiful Afenddi Ismail, 44, menceritakan mengenai kejadian itu.
Syaiful Afenddi berkata, pada malam pertama, mangsa mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah, tetapi tidak membuka pintu kerana pernah mendengar cerita ketukan pintu misteri itu.

Menurutnya, keluarga itu ada memanggil seorang pengamal perubatan Islam dikenali Ustaz Azmi untuk memulihkan kawasan rumah dan pada malam itu, mereka mendengar lebih banyak ketukan misteri.
"Cabaran dihadapi ibu tunggal bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan.

"Pada 9 malam, saya menerima panggilan telefon daripada mangsa dan dalam keadaan terketar-ketar dia memberitahu ketukan pintu berlaku lagi dengan lebih kuat.
"Malah saya dapat mendengar bunyi ketukan itu menerusi telefon bimbit dan saya bergegas ke rumah itu sekali lagi bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga itu," katanya.
Menurutnya, ketika dia dan beberapa jiran berada di dalam rumah itu sambil membaca ayat suci al-Quran, tiba-tiba botol mineral dibaling ke arahnya dan dia sempat mengelak, seolah-olah makhluk itu mengamuk.

Katanya, mereka turut terdengar bunyi kaki menaiki tangga dengan hentakan kuat ke tingkat atas.
"Pada 10 malam, kami meninggalkan keluarga itu empat beranak dengan memberi alasan ingin pulang ke rumah dan menyuruh tuan rumah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, walaupun sebenarnya kami masih menunggu di luar tidak jauh dari rumah itu.
"Pada 12.30 tengah malam, kami mendengar jeritan dan tangisan dari dalam rumah itu dan sebaik kami sampai, bekalan elektrik terputus dan tangisan keluarga itu kedengaran.

"Ketika masuk ke rumah itu, seorang anak mangsa memberitahu mereka mendengar bunyi hentakan kaki dan bekalan elektrik terpadam sebelum kemudian mendapati barangan di tengah rumah diselerakkan," katanya.
Menurutnya, seorang anak tuan rumah memberitahu nampak tiga kelibat lembaga hitam di dalam rumah tetapi tidak berani tengok lama kerana takut sebelum api elektrik terpadam sendiri.
Katanya, walaupun selepas itu mereka tidak lagi mendengar ketukan misteri itu sehingga Subuh, keluarga berkenaan jelas trauma dengan kejadian itu.

"Walaupun keluarga terbabit tidak membuat laporan polis, beberapa orang anggota polis menemui mangsa semalam kerana kejadian itu tular di Temerloh.
"Sebelum ini, kejadian misteri ketukan pintu berlaku di beberapa rumah di daerah Jerantut dan terus menimbulkan tanda tanya," katanya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register