Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,011
Reaction score
4,386
Points
601
888425.jpg

Nur Farzana (kiri) dan Nurul Farisya (kanan) menunjukkan pintu rumah mereka diketuk beberapa kali malam semalam.

SABAK BERNAM - Penduduk di beberapa kampung di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin.

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.

"Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas pulang menjual burger.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

"Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah," katanya.

Khairol Anuar berkata, dalam beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi dikejutkan dengan bunyi sama di dalam bilik air rumahnya.

"Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan," katanya.

888426.jpg


Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38.

Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

"Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama.

"Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu," katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah.

Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

"Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

"Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

"Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan," katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

"Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ngor-KL/Misteri-ketukan-pintu-hantui-penduduk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!
894582.jpg


PORT DICKSON - Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).

Insiden itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'SN Zahidah' di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.

Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.

"Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu... jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main 'game candy crush'.

"Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah 'check'. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah," tulisnya.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.

Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.

"Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.

"Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend viral... main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia," katanya.

Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka insiden itu sampai di daerah ini.

Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.

Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga meninggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata "Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan 'eh'... Boleh 'eh' hantu-hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu".

Aydaa Azizan pula berkata, "eh, eh dapat surat pelepasan pula dia... dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa.."

Cik Zitta berkata, "boleh pula dia rentas negeri sampai ke PD. Roadblok banyak tu".

Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan netizen memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar insiden berkenaan berlaku setakat ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a-misteri-ketuk-pintu-dah-sampai-Port-Dickson!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Dengar jeriji pintu digegar, objek dilempar ke dinding rumah

SABAK BERNAM - Penduduk di Taman Air Manis di sini bukan sahaja terdengar bunyi ketukan pintu rumah, malah lebih teruk apabila ada yang mendakwa berlaku gegaran pada jeriji pintu dan objek seakan-akan kayu dibaling berhampiran dinding tingkap bilik.

Seorang penduduk, Salamiah abdul Rahman, 45, berkata, kejadian jam 11.20 tengah malam itu berlaku ketika dia bersama dua anaknya berusia 10 dan lima tahun berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah.

Menurutnya, ketika kejadian kebetulan suaminya, Hairol Razam Musa, 45, tiada di rumah kerana mengikuti pasukan Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) taman perumahan berkenaan.

"Saya dengar bunyi jeriji dapur digegarkan dengan terlalu kuat seperti hendak roboh walaupun dalam keadaan berkunci.

"Sepanjang menetap di sini lima tahun lalu, saya tidak pernah dengar jeriji itu bergoyang sebegitu rupa walaupun ribut atau angin kuat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian mengintai dari tingkap luar rumah dan terkejut apabila jeriji yang ditutup dan dikunci sebelum ini sudah terbuka luas.

"Sebelum suami keluar membuat rondaan, pintu ini memang suami sudah ditutup dan berkali-kali juga dia memeriksa keadaan pintu dapur rumah.

"Saya hairan apabila pintu rumah digegar beberapa kali, tapi tiada kelibat kelihatan hingga mengundang rasa seram kami sekeluarga," katanya.

Terdahulu, sekurang-kurangnya enam rumah penduduk masing-masing tiga di Taman Air Manis dan Kampung Tebuk Pulai di sini dilaporkan menerima gangguan misteri bermula tengah malam hingga awal pagi tadi.

Seorang lagi penduduk di taman sama, Rohayu Asmawi, 53, berkata, sebelum ini mereka sekeluarga pernah diganggu dengan bunyi ketukan misteri, tetapi kali ini dia dan anak perempuannya terdengar bunyi seakan objek dibaling berhampiran tingkap bilik tidur rumahnya.

Menurutnya, bunyi balingan kira-kira jam 10.45 malam tadi berlaku dua kali hingga anaknya yang berada di dalam bilik berasingan turut terdengar bunyi pelik berkenaan.

"Waktu itu saya berada di dalam bilik melayari internet di telefon bimbit sebelum dikejutkan dengan bunyi misteri seperti ada sesuatu dilemparkan pada dinding luar rumah.

"Tidak lama selepas itu saya dengar sekali lagi bunyi sama sebelum anak perempuan dari bilik belakang datang ke bilik saya beritahu terdengar bunyi aneh seperti ada balingan di depan rumah," katanya.

Katanya, seluruh tubuhnya menggigil ketakutan sejurus kejadian itu dan lebih mengejutkan apabila diperiksa tiada objek kelihatan dilemparkan di luar rumah.

"Kami dapati dinding luar rumah dalam keadaan baik dan tiada kesan seperti rumah kami diceroboh," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, selain dua rumah itu, pihaknya turut menerima satu aduan daripada penduduk memaklumkan terdapat bunyi ketukan misteri berlaku di sebuah rumah kosong tidak berpenghuni.
892480.jpg

Menurutnya, jiran bersebelahan rumah tidak berpenghuni memaklumkan mereka terdengar bunyi ketukan terlalu bising sebelum menghubunginya memaklumkan kejadian itu.

"Malam tadi sahaja, kami terima tiga aduan dan menjadikan sebanyak sembilan kes ketukan misteri berlaku di taman ini," katanya.

Katanya, seorang anggotanya yang menyertai rondaan itu mendakwa terlihat kelibat lembaga hitam melintasi salah satu lorong di taman itu.

"Saya berharap penduduk tidak terlalu panik dan kita meminta penduduk dapat bersama-sama membaca Yasin dan menunaikan solat hajat supaya dijauhi sebarang gangguan," katanya.

Dalam pada itu, seorang guru yang menetap di Kampung Tebuk Pulai, Zakiah Kasmuri, 49, berkata, anak bongsunya, Nur Fatin Nazlah Mohd Hisham, 14, terdengar bunyi ketukan berlaku hampir setengah jam di pintu dapur belakang rumah.

892481.jpg


Katanya, kejadian kira-kira jam 2.25 pagi tadi berlaku ketika anaknya berada di bilik tidur bersama kakaknya, Nur Fatin Nuha, 20.

"Bunyi ketukan pada pintu ini kuat dan berselang seli tetapi berterusan sehingga hampir setengah jam sebelum Nazlah terdengar dua lagi ketukan pada jam 4 pagi.

"Saya hanya dimaklumkan kejadian ini selepas solat Subuh pagi tadi," katanya.


== sinar harian

Misteri ketukan pintu didakwa sudah sampai Kuala Selangor
892134.jpg

Pintu hadapan rumah Anuar diketuk beberapa kali dengan kuat dalam kejadian pagi kelmarin.

KUALA SELANGOR - Misteri ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang dan Kuala Selangor hingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk setemp
at.

Seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong di sini diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumahnya kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Anuar Anal, 43, berkata, kejadian didengari semasa dia berada di bilik utama selepas membuang air di tandas.

"Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

"Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

"Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?" katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.


892133.jpg


Katanya, semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya lagi sudah lena tidur dan perkara itu hanya diceritakan keesokannya.

Sementara itu tular di saluran YouTube mendakwa kejadian penduduk ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan di Kampung Kuantan awal pagi tadi.

Video berdurasi 0.45 saat itu dimuat naik seorang Youtuber menggunakan akaun nama Pak Nil pagi tadi.

Menerusi deskripsi yang dimuat naik di platform itu menyatakan jiran yang ternampak makhluk menakutkan di atas jalan kemudian menghubungi jiran sebelah rumah.

"Jiran sebelah kemudian keluar dari rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk ke dalam rumah.

"Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk pula," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...kan-pintu-didakwa-sudah-sampai-Kuala-Selangor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan

891743.jpg


SHAH ALAM - Tidak dinafikan makhluk halus seperti jin wujud dan boleh mengganggu sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai, tetapi ia tidak seharusnya menjadi perkara yang menakutkan.

Pendakwah yang juga Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat berkata, hidup dalam ketakutan sangkaan sebegini tidak membawa faedah, apatah lagi ketakutan melampau menyebabkan hidup dalam dunia mistik tanpa kewarasan akal.

"Secara psikologi, ketakutan atau keterlaluan berfikir tentang sesuatu perkara boleh menjadi gangguan separa sedar ataupun halusinasi yang boleh membawa akhirnya kepada skizofrenia.

"Bagi sesetengah orang yang tidak mengendahkan cerita-cerita yang didengari ataupun tidak mengambil kisah, barangkali gangguan sebegitu tidak terdengar dan mengganggu mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai misteri bunyi ketukan pintu rumah di Sabak Bernam sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk.

Mohd Nor berkata, sungguhpun ada gangguan, masyarakat tidak digalakkan untuk menyelesaikannya dengan cara perbomohan atau perdukunan yang mengheret kita ke alam mistik dan khurafat.

"Cukup dengan fitrah dan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa makhluk halus.

"Antara amalan yang baik untuk kita lakukan ialah berdoa memohon agar dijauhkan kejahatan tempat tersebut dan dikekalkan kebaikan yang ada dan ayat-ayat pelindung diri sentiasa dijadikan amalan.

"Tidak ada sebab untuk kita berasa takut seandainya kita hidup harmoni dalam kehidupan secara fitrah. Paling utama, sentiasalah tambah ilmu dan pengetahuan agar kita tidak selamanya berfikiran sempit sehingga menakutkan diri kita sendiri," kata beliau.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai manusia biasa yang menjalani kehidupan di alam nyata, dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dimulai dengan cara tabii.

Menurutnya, alam tabii mempunyai undang-undangnya atau hukumnya yang tersediri iaitu yang dikenali sebagai hukum tabii atau 'natural law’.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya berhadapan dengan situasi atau kejadian yang tidak tabii, maka agama tidak menghalang manusia daripada berikhtiar untuk mengatasinya mengikut kaedah-kaedah lain seperti ruqyah dengan menggunakan ayat al-Quran atau doa-doa tertentu, rawatan alternatif dengan syarat tidak mensyirikkan sesuatu dengan ALLAH SWT.

"Mohonlah terus kepada ALLAH SWT sebab Dialah yang menyembuhkan segala penyakit, yang mampu menolong hamba-hamba-Nya mengatasi apa jua masalah dan kesulitan dihadapi.

"Memang kuasa ALLAH SWT tidak terbatas dan mengatasi segala kuasa makhluk sebab Dialah yang mencipta alam semesta ini sama ada yang nyata atau ghaib," katanya.



VIDEO PENAMPAKAN HANTU KETUK PINTU SABAK BERNAM

Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,399
Reaction score
11,760
Points
1,906
ni hantu ke yg ketuk ni
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,456
Reaction score
1,812
Points
206
deme ketuk dpd luor, kito ketuk blk dari dlm ekekekkeke

takdo CCTV ko kek luor rumah tunjuk sapo yg ketuk pintu?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
Nape rumah perempuan je.. rumah3 bujang laki3 x ada ke
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,011
Reaction score
4,386
Points
601
Nape rumah perempuan je.. rumah3 bujang laki3 x ada ke
laki pun kena bos..

Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
laki pun kena bos..

Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.
Aa duk sorg..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,583
Reaction score
1,899
Points
201
Panggil la tok dukun
Jampi2 sikit :D
depa tgh tade keje tu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,714
Reaction score
553
Points
121
Pengerusi MPKK tu patutnya suruh orang yang dalam rumah buka pintu bila diketuk, baru dia tak ketuk lagi dah..
Selagi tak dibuka, lagi sakanlah dia ketuk.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register