Wanita dakwa barang kemas RM50,000 arwah ibu disimpan polis hilang

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Seorang wanita hari ini membuat laporan polis selepas mendapati barangan kemas bernilai lebih RM50,000 milik keluarganya yang dijadikan bahan bukti dalam kes pembunuhan ibunya pada 1999 hilang dalam simpanan polis.

Tuan Rozita Tuan Kechil, 46, berkata barangan kemas itu berupa seutas rantai leher bermutiara, sepasang subang, seutas loket, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang didakwanya hilang selepas disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Tuan Rozita telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 15 September lalu serta menghubungi Pegawai Penyiasat kes berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

"Saya dimaklumkan pegawai terbabit telah berpindah ke tempat lain, saya gagal menghubunginya lagi. Saya hanya mahu mendapatkan semula barangan kemas milik arwah ibu saya yang dimaklumkan kepada saya yang telah hilang," katanya dengan ditemani peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membuat laporan di Balai Polis Kuantan hari ini.

"Kes sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana itu merupakan barangan kes dalam simpanan polis dan tidak sepatutnya hilang apabila dituntut semula," katanya.

Mohd Fadzli pula berkata, kehilangan harta pusaka milik keluarga mangsa menimbulkan persoalan sama ada peti besi yang menyimpan barang kemas itu diceroboh atau sebaliknya namun berharap polis dapat menjalankan siasatan semula dengan teliti dan telus.

"Kami berharap kes ini dapat diselasaikan dengan segera dan jika tiada apa-apa maklum balas diterima, kami tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan sivil di mahkamah bagi memastikan keluarga mangsa mendapatkan semula hak mereka,” katanya.

Ibu Tuan Rozita, Nik Khazanah Wan Yaakob, 50, seorang peniaga barang kemas ditemui rentung dalam van miliknya selepas dibakar tiga penagih di Kampung Kempadang di sini pada 4 Jun 1999.

Kesemua mereka kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2001. - Bernama
 
Sponsored Post

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
dah ade orang rembat le tu
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,818
Reaction score
197
Points
33
kes setel tahun 2001, sekarang baru nak mintak balik barang bukti ka?...
 

ratusemut

Junior Member
Joined
Dec 30, 2012
Messages
57
Reaction score
0
Points
6
pulak dah polis ni wat hal...
cer cek btol2..
saya tak percaya polis malaysia tidak amanah...
cek cek cek semula...ade tu...
ngeeehhhh..
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
sapa punya kejalah agaknya, barang berharga dalam simpanan polis pun boleh hilang...pelik tapi benar2 berlaku.
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
mana boleh hilang...adoi...kena siasat..
 

boey

Legendary Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
X slmt juga walau polis yg simpan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register