BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita cepuk warga emas sampai kopiah tercampak atas jalan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,857
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,857
Reaction score
6,916
Points
881
Awards
1
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok @afifi_najmie dan Facebook Klangkampunghalamanku pada Ahad.
SHAH ALAM - Tular satu rakaman papan pemuka di TikTok memaparkan seorang wanita bertindak keterlaluan dengan 'naik tangan' kepada pemandu teksi warga emas sehinggakan kopiahnya tercampak di atas jalan raya.

Lebih memilukan, pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah yang jatuh sambil mendengar kata-kata kesat dan makian dihamburkan wanita berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 18 saat tersebut, difahamkan berlaku insiden pergaduhan mulut disebabkan kereta jenis Proton Saga warna putih milik wanita terbabit dilanggar dari arah belakang oleh pemandu teksi di lorong kanan.

Bagaimanapun, majoriti warga maya meluahkan rasa amarah kerana wanita terbabit tidak sepatutnya berbuat demikian, sebaliknya berlemah lembut dengan orang yang lebih tua.

Malah, perbuatan melempar dan mencampakkan songkok atau kopiah yang lazimnya terletak elok di atas kepala adalah tindakan biadab serta tidak boleh diterima sama sekali.

Meskipun wanita terbabit adalah mangsa keadaan, ramai beranggapan masalah boleh selesai sekiranya kedua-dua pihak berbincang dengan cara baik.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian itu berlaku, bahkan belum ada sebarang perkhabaran daripada kedua-dua pihak.

Tetapi, warga maya mencadangkan agar keluarga pemandu teksi berkenaan melaporkan kejadian kepada pihak polis sekali gus menggesa wanita terbabit melakukan permohonan maaf secara terbuka.


SHAH ALAM - Tular satu rakaman papan pemuka di TikTok memaparkan seorang wanita bertindak keterlaluan dengan 'naik tangan' kepada pemandu teksi warga emas sehinggakan kopiahnya tercampak di atas jalan raya.

Lebih memilukan, pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah yang jatuh sambil mendengar kata-kata kesat dan makian dihamburkan wanita berkenaan.


Bagaimanapun, majoriti warga maya meluahkan rasa amarah kerana wanita terbabit tidak sepatutnya berbuat demikian, sebaliknya berlemah lembut dengan orang yang lebih tua.

Malah, perbuatan melempar dan mencampakkan songkok atau kopiah yang lazimnya terletak elok di atas kepala adalah tindakan biadab serta tidak boleh diterima sama sekali.

Meskipun wanita terbabit adalah mangsa keadaan, ramai beranggapan masalah boleh selesai sekiranya kedua-dua pihak berbincang dengan cara baik.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian itu berlaku, bahkan belum ada sebarang perkhabaran daripada kedua-dua pihak.

Tetapi, warga maya mencadangkan agar keluarga pemandu teksi berkenaan melaporkan kejadian kepada pihak polis sekali gus menggesa wanita terbabit melakukan permohonan maaf secara terbuka.


6145397739110908392_121.jpg

6145397739110908393_121.jpg

 
Sponsored Post

Baru2 ni Viral pasal perempuan ni tampau pakcik ni sampai kopiah tercabut. Ok kat sini aku nak ajar (Aku xde la pandai sgt) tapi insyallah boleh berguna ilmu

Apa nak buat jika accident?

1) Jangan gabra. Relax. Kawal emosi anda.
Focus no plat yg langgar anda. Ingat dan catit. Takut kenderaan tersebut melarikan diri.
(Aku masalah rabun. Aku pnh nmpk 1 kereta langgar 2 motor dpn mate..silap aku sbb aku tak pakai spek waktu tu -aku kt parking kedai lame aku. Aku tgk mangsa da nyawa2 ikan dah) Aku satu2 nya saksi mase tu. Pentingnya no plat utk kite catit..hm. Sian mangsa..sampai skg aku igt kejadian tu dan serba salah sbb tak dpt nk catit no plat tu. Kalau x, pasti dpt pembelaan utk mangsa)

2) Kalau berlaku perlanggaran di kawasan tengah2 jalan (Laluan kenderaan laju).Seeloknya jangan berhenti tengah jalan. Sayangilah nyawa anda. Parking tepi. Bincang elok2.

3)Andai kate dua2 mengalami kerosakan yg teruk. Pergi balai dan buat report polis. Bergaduh tak guna. Biase polis akan tentukan siapa salah dan claim atas insurans . Kalau syg NCD + kerosakan pun tak teruk,baik buat sendiri je. Macam kami ada bengkel sendiri, as long boleh repair. Kami repair sendiri n claim kpd org yg langgar.

Kalau settle tepi ni risiko nya kena tipu la..ckp nk byr ...tp x byr2 kt kau. Kalau aku..duit xdpt..mmg aku x lps org tu..Dlm 24jam xnk byr duit aku mtk,aku g report je.. Contoh kerosakan cat bumper dlm 300..aku mtk 300..tp xnk byr..aku g report je..Tp pastikn dalam tempoh 24jam lps kejadian..

4) Kalau tonto sampai,seeloknya jangan pergi ke bengkel yg disuggest oleh mereka. Faham2 sendiri la..malas aku nk explain kenapa. Tarik kereta ke bengkel member2 sendiri/bengkel biase korang service kereta.
Kalau mcm gmbr ni,rosak bumper,bonet, lampu mungkin pecah . Item ni mostly ade kat shopee . Tak perlu sampai tampar..

5) kalau kite dilanggar sampai masuk hospital,buat report siap2 kt hospital. Ade tempat utk buat report polis dkt hospital (kt hospital Melaka) ,tmpt lain aku x sure. Waris tak silap boleh buat report utk covering (betulkan aku kalau aku silap)

6)Apa nak buat kalau org langgar larikan diri. Tu sebab kite jangan panik. Relax dan tengok no plat krte tu elok2. Catit..dan pergi balai. Buat report.Die xkn boleh lari mane pun. Kalau polis mendapati kite tak salah,kite boleh claim insurans die.
Relax,Bende boleh settle..

Yang tak boleh nak relax
Kalau mangsa meninggal dunia
Itu seram..

Ingatlah, yang tua harus dihormati
walau ape pun jua keadaan. Dia pun level2 bapak kite da tu. Cube bayangkan andai yg ditampar tu bapak kite........


#CopyPaste
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register