Wanita buka klinik tanpa lesen didenda RM50,000

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,022
Reaction score
1,199
Points
196


RAUB - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang wanita yang bekerja sendiri menjelaskan denda RM50,000 selepas mengaku bersalah menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa lesen.

Hakim Mazelan Jamaludin juga memerintahkan Nurul Rohaizaz Farhana Syuhada Zazli, 25, dipenjarakan selama 10 bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.55 petang, 22 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Bentong Makmur, Bentong dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa menyediakan perkhidmatan klinik swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dengan menawarkan perkhidmatan tersebut yang merupakan amalan pergigian.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbaju kurung hitam kelihatan sebak semasa merayu kepada mahkamah memberikan hukuman paling minimum kerana mempunyai kemampuan terhad untuk membayar denda.

"Saya ialah anak sulung daripada tujuh adik-beradik dengan yang lain semuanya masih belajar manakala ayah menghidap pelbagai penyakit," katanya.

Pihak pendakwa yang diwakili Pegawai Pendakwa Kementerian (KKM), Dr Abu Bakar Ismail dan Norzaizeli Abu Samah bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh yang bukan doktor bertauliah boleh membahayakan nyawa orang awam.

Tindakan tertuduh juga mencalarkan imej pengamal perubatan dan pergigian secara khasnya serta KKM secara amnya," katanya. - Bernama

 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,550
Reaction score
1,907
Points
176
gigi amat penting dalam kehidupan manusia, silap2 dah barai semua nak ngunyah pakai ape .. kalau ada kelulusan yang betul boleh apply secara jujur kepada kementerian, xder lupakan je harapan tu ..

ada sorang doktor tegur kat FB (kawan pada isteri Dr. Ariff yg kena pukul hari tu) untuk pelanggan nak wat braces avoid kepada penyedia perkhidmata braces ke rumah, dia bg tau tiada kebenaran untuk buat sebegitu di rumah pelanggan dan perkhidmatan sebegitu hanya dibenarkan dipremis berdaftar ..
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,860
Reaction score
1,550
Points
191
dan satu lagi tu, apa ek yg dulu menolong tertuduh sorang tu..
PPEIM ( Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia)

 
Sponsored Post
Top
Log in Register