Wanita British dakwa menteri UAE buat serangan seksual

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,285
Reaction score
4,263
Points
201
uae_1603066226.jpg

Menteri Toleransi UAE, Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan, 69, menafikan beliau melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita British pada Hari Kekasih, Februari 2020. - Foto AFP

34520948-8851599-McNamara_32_who_was_in_Abu_Dhabi_working_on_the_launch_of_the_fe-a-4_16030098...jpg

Caitlin McNamara

LONDON: Seorang wanita British yang bekerja di festival kesusasteraan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), mendakwa dia diserang secara seksual pada Februari oleh Menteri Toleransi UAE, menurut akhbar The Sunday Times.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan, 69, dan siasatan sedang dijalankan oleh Scotland Yard.

Serangan itu didakwa berlaku ketika mangsa, Caitlin McNamara, 32, mengunjungi menteri itu di sebuah vila pulau persendirian pada Hari Kekasih, menurut laporan itu.

Mangsa mendakwa serangan seksual itu berlaku ketika dia menerima undangan untuk bertemu dengan tertuduh sejurus sebelum pembukaan Festival Hay Abu Dhabi yang pertama.

Beliau kemudiannya membuat aduan rasmi kepada Polis Metropolitan, United Kingdom yang menyiasat sebagai tuduhan pemerkosaan.

Pengerusi Festival Hay, Caroline Michel, berkata apa yang berlaku kepada Caitlin McNamara di Abu Dhabi, Februari lalu adalah pelanggaran dan penyalahgunaan kepercayaan dan kedudukan yang menakutkan.

"Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan tidak menunjukkan tanggungjawab yang dipegangnya dan secara tragis melemahkan usaha kerajaannya untuk bekerjasama dengan Festival Hay bagi mempromosikan kebebasan bersuara dan pemerkasaan wanita," memetik laporan The Sunday Times.

Bagaimanapun, peguam di London, Schillings berkata, anak guamnya terkejut dan sedih dengan tuduhan yang diterima selepas lapan bulan kejadian didakwa berlaku yang dilaporkan sebuah akhbar nasional.

Polis Metropolitan mengesahkan seorang wanita menghubungi pegawai pada Julai untuk melaporkan kejadian rogol.

"Kenyataan wanita itu sudah diambil," katanya. - AFP

 
Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,891
Reaction score
1,688
Points
151
Jumpa sorang2 hari kekasih ni
Nak dtg kene tutup aurat

lelaki pantang jumpa ppuan
Kan da mendapatt
 

[email protected]

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,435
Reaction score
109
Points
83
no komen la....arab tak arab...
kalau da naek shikh...ape pon xleh bincang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register