Wanita Bimbang Nat Tertinggal Dalam Badan Semasa Pembedahan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila sebiji nat berukuran 0.5 sm tertinggal dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan keretakan tulang belakangnya tahun lepas.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata wanita berusia 29 tahun itu yang merupakan seorang pereka dalaman, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta menggunakan teknik implan logam yang disokong dengan nat selepas terlibat dalam satu kemalangan Oktober tahun lepas.

"Selepas pembedahan, wanita itu diberitahu bahawa nat itu secara tidak sengaja telah terjatuh ke dalam bahagian tubuh yang dibedah, dan doktor lelaki yang menjalankan pemendahan itu memberi jaminan nat itu tidak berbahaya kepada kesihatannya dan akan dikeluarkan serentak dengan implan logam itu setahun kemudian tanpa sebarang kesan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Bagaimanapun pada Oktober lepas, sebelum menjalani pembedahan itu, pakar bedah itu memberitahu wanita berkenaan bahawa nat yang telah bergerak itu kini tidak boleh dikeluarkan kerana telah berada berhampiran saluran darah, kata Chong.

Katanya pembedahan itu hanya dapat mengeluarkan implan logam dan tidak berjaya mengeluarkan nat yang telah terjatuh itu.

Terkejut dengan berita itu, wanita itu mahu doktor itu membedahnya segera untuk mengelak sebarang komplikasi atau masalah lain namun doktor itu berkata beliau tidak boleh berbuat apa-apa, katanya.

Chong berkata wanita itu juga diminta membayar untuk menjalani pembedahan yang didakwa disebabkan kecuaian doktor itu sendiri.

"Wanita ini turut dicabar supaya mencari peguam jika masih tidak berpuas hati," katanya.

Katanya selepas menjalani satu imbasan baru-baru ini, wanita itu dinasihatkan supaya segera menjalani pembedahan dan ini dijadual dijalankan esok.

Chong berkata pihaknya akan menunggu hasil daripada pembedahan itu untuk tindakan seterusnya termasuk menggunakan saluran undang-undang terhadap doktor yang didakwa cuai semasa pembedahan awal.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Kalau nat lintah aku pun tak leh nak tolong
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
pergh~
real nie.
saman la spital tue..
 

adioz88

Super Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
kalau nat tertinggal dalam enjin , punah enjin tu..
kena beli baru
kalau tertinggal dalam badan, selagi tak masuk pembuluh darah tak apa kot...
dalam tak apa tu pun, kalau dia kacau sekali..
main nyawa jugak ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register