BTC USD 36,455.3 Gold USD 1,842.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Wanita besi' diganggu makhluk halus

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
raye_1638238524.jpg


Punirah (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa menunjukkan sijil dan anugerah lain atas kejayaan. - Foto/Ismail Ahmad


SEGAMAT: Kelompok wanita ini bukan calang-calang.Berperwatakan keibuan, namun di sebalik kelembutan mereka selayaknya digelar 'wanita besi' kerana kemampuan kudrat dan tabah menerokai hutan belukar untuk menjadi ladang kelapa sawit berkeluasan ratusan hektar.

Nekad menyahut cabaran, Tuminah Waras, 70, antara peserta peringkat pertama peneroka kebun sawit dalam kalangan 83 peserta perintis peneroka Rancangan Tanah Beliawanis Bukit Mambai di Segamat, Johor, pada 1974.
Projek Rancangan Tanah Beliawanis di Segamat itu, satu-satu di negara ini yang hanya disertai wanita.

Lebih mesra dipanggil Minah, cabaran perintis sebagai pekebun sawit tidak menghalang fizikalnya hanya ketinggian 1.2 meter bergerak aktif, malah mampu membersihkan hutan belukar dan menanam benih sawit.
Tuminah berkata, pembabitannya bukan mudah menempuh pelbagai dugaan selain gusar gagal membuktikan kejayaan kepada rakan terdekat, termasuk keluarga, awalnya.

"Ini menjadikan saya lebih kuat, bersemangat bergerak, tabah melalui pelbagai onak dan ranjau.
"Antaranya, ketika itu kami diberikan elaun kocek harian hanya RM1 sehari, selain berkongsi makan nasi kawah dan menetap di 'doom' asrama dari bangunan papan, meskipun baru mencecah usia 18 tahun.

"Saya melihat cabaran itu dari sudut positif. Kali pertama menjejakkan kaki terkedu melihat kayu balak tumbang harus dibersihkan, terdengar tempikan gajah liar selain kediaman sebumbung berkongsi ramai.

"Bersyukur bersama rakan lainnya ketika itu berusia seawal 16 sehingga 22 tahun mampu mengharungi cabaran bermandi keringat selain ketahanan mental melakukan semua kerja di ladang sawit kebiasaannya dilakukan lelaki," katanya ketika ditemui di Bukit Mambai di sini.

tuminah_1638238517.jpg


Tuminah (kiri) antara peserta Perintis Rancangan Tanah Beliawanis Bukit Mambai.- Foto/Ahmad Ismail

Sepanjang pembabitannya, mereka kerap diganggu makhluk halus hingga histeria hampir tiap malam, namun berkurangan selepas kerap membaca ayat suci dan solat hajat.
"Tidak terkecuali gangguan beberapa ekor gajah liar hampir setiap menceroboh kediaman asrama di kawasan kelapa sawit.
"Saya tidak nafikan keadaan ekonomi ketika itu agak mencabar menjadikan orang tua terpaksa bekerja mencari nafkah, tetapi sebagai anak perempuan tidak mahu berdiam diri ingin turut membantu.
"Kami mampu mengangkat tandan sawit seberat 20 kilogram dan selepas lima tahun berlalu segala keringat berbaloi apabila hasil mulai dituai." kata
ibu kepada enam anak dan 15 cucu ini.

Noktah pelbagai cabaran terbukti berhasil apabila peserta peneroka diberikan Sijil Hak Milik Kelompok Kebun Sawit, pada 2 Ogos 2002.
Sementara itu, Punirah Munaji, 64, yang juga peserta termuda daripada 83 peneroka awal Beliawanis, pada 1994 turut membuktikan saiz badan bukan penghalang melakukan kerja lasak lain seperti menebas belukar, membuang kayu-kayan, memandu lori kecil dan traktor bagi mengusahakan kebun kelapa sawit.

"Saya mampu angkat kelapa sawit dan bawa ke lokasi berhampiran jalan. Saya gunakan besi pengangkat buah kelapa sawit dan kereta tolak atau traktor bagi memudahkan kerja.
"Saya lakukan itu sejak berusia 16 tahun kerana tiada pilihan termasuk memunggah, menuai dan memandu traktor membawa muatan sawit.
Kini beliau dan rakan lain menyerahkan kerja itu kepada kontraktor kerana kudrat semakin lemah, hanya sesekali 'turun padang' melepaskan 'gian' ke kebun sawit.
Beliau juga menerima anugerah Kualiti Keusahawanan Koperasi (Wanita) Negeri Johor 2008, Anugerah Industri Sawit Malaysia Wilayah Selatan (Ladang Sawit Jaya) 1996, selain beberapa sijil penghargaan.


 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,622
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,622
Reaction score
4,101
Points
261
Awards
1
Hebat Otai.......respek sikit!!!!
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,876
Joined
May 29, 2008
Messages
18,876
Reaction score
7,966
Points
481
Awards
1
Masuk hutan, xleh masuk gitu je..
Kne ada ilmu..
Tmpt keras..
 

jaih

Legendary Member
gem
Messages
10,305
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,305
Reaction score
614
Points
171
aku ni mampu dak.. nak angkat setandan sawit buh dlm lori... tgk video depa punya keja.. .fuhh kuat betul...
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,439
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,439
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Ada aritu nampak bertiga makcik2 angkat sawit. Tapi buah kecik2 lagi la. Yg xpayah pikul kt bahu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register