BTC USD 27,736.2 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita berang dikenakan ‘caj pembersihan’ selepas lahir anak dalam teksi

Yallah

Active+ Member
Messages
2,917
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,917
Reaction score
387
Points
41
lahir-anak-teksi.webp
FARAH melahirkan anak perempuannya selepas 5 minit bertolak. - Doug Seeburg/News Group Newspapers Ltd

Wanita berang dikenakan ‘caj pembersihan’ selepas lahir anak dalam teksi​

  • Oleh KOSMO!
  • 2 November 2022, 8:00 pm
LONDON – Seorang wanita di Britain yang melahirkan anak di tempat duduk belakang sebuah teksi terkejut apabila syarikat pengangkutan itu menghantar bil ‘pembersihan’ kepadanya yang berharga £60 (RM327), lapor akhbar The Sun semalam.

Farah Cacanindin, 26, tanpa diduga melahirkan anak perempuannya, Naia, di dalam sebuah van teksi semasa dalam perjalanan sejauh 20 kilometer (km) menuju ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.

Pemandu teksi itu telah menelefon kakitangan di Hospital Stoke Mandeville semasa dalam perjalanan.

Beberapa hari kemudian, Farah yang tinggal di bandar High Wycombe, Buckinghamshire menerima bil sebanyak £90 (RM490) termasuk tambang teksi berharga £30 (RM163).

“Saya memahami bahawa saya telah meninggalkan kotoran, tetapi agak menjadi kurang sopan untuk mereka mengenakan bayaran. Air ketuban saya pecah 5 minit selepas bertolak.

“Pemandu itu bertanya sama ada saya mahu dia berhenti tetapi saya meminta dia meneruskan perjalanan kerana percaya kami akan sampai sebelum bayi dilahirkan,” katanya.

Farah menyelimut anaknya menggunakan jaket setelah tiba di hospital.
“Apabila tiba di hospital, bidan sedang menunggu dan terkejut.

“Perkara yang melucukan adalah syarikat teksi itu terletak berhampiran jalan ke rumah kami. Saya nampak van yang saya naiki ketika melahirkan anak betul-betul di luar rumah,” jelas Farah. – Agensi

 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active+ Member
Messages
2,924
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,924
Reaction score
720
Points
81
CSR la. Tu point dia. Apa salah company tu serap je kos tu untuk kes2 kecemasan mcm ni

Bukan sebab amount. Humanity.
Humanity company tu, driver dia tanpa agak2 bawa juga dia nak pi hospital... dia tak berenti tepi jalan turun sampai ambulance datang...

Lau pasal Humanity company, dia kena cakap pasal responsibility dia juga.

Kalau memang ada polisi kerajaan cakap apa2 pasal kes2 macam ni, memang patut la kena ikut.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,175
Top Poster #9
Joined
Jul 1, 2008
Messages
43,175
Reaction score
4,693
Points
261
Awards
1
Apa berang plak... bend dari kita... tanggung la... kos nak cuci kot... apa ingat macam air masak tumpah kat kosyen ka xyah cuci.... silap2 kena tukar kusyen baru tu....

itu la pasal.. naisb baik teksi sanggup htr.. klu dia org tak nak htr sebb mengotorkan teksi.. kan lagi teruk

bila jadi kes mcm ni.. teksi tak leh amik penumpang... sah3 kene cuci bersih dulu...

ape punye org la
 
Sponsored Post

Top
Log in Register