BTC USD 57,407.0 Gold USD 1,789.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita baru bersalin didakwa edar dadah

honda_primo

Banned
Messages
5,761
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Dengan tangannya bergari sambil membawa bayinya yang berusia dua minggu, seorang wanita Myanmar hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini kerana dituduh mengedar dadah dan boleh dihukum mati jika disabit kesalahan.

Ketika menunggu prosiding bermula, bayi kepada Ambiga Mohamad, 37, yang

tidak berselimut dan kulitnya kelihatan masih kemerahan, merengek beberapa

kali mungkin kerana tidak tahan kesejukan dalam mahkamah.

Tangisan bayi itu memecah kesunyian dalam bilik mahkamah yang lazimnya

senyap menjelang bermulanya prosiding.

Ketika menunggu prosiding bermula, seorang anggota polis membuka gari di

tangan Ambiga bagi membolehkan wanita itu memberikan bayinya susu botol, dan apabila Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz tiba 40 minit kemudian untuk memulakan kes, bayi itu telahpun tertidur.

Ketika ditahan April lalu, Ambiga sedang mengandung antara dua dan tiga

bulan, dan dia melahirkan bayi itu di Penjara Kajang.

Ambiga didakwa bersama-sama suaminya, Lim Siau Seng, 29, serta K Vigneswaran, 23, dan seorang lagi wanita Myanmar, Arafah Abu, 30, mengedar dadah heroin seberat 3,150 gram di kawasan letak kereta di Jalan Manis 6, berhadapan Maybank Taman Segar, Cheras, pada 5 petang 3 April lalu.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu mengikut

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai

mati, jika sabit kesalahan.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes itu dan mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk sebut semula bagi mendapatkan laporan kimia.

Keempat-empat mereka diwakili peguam bela Nagarajan Peri manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazelan Jamaludin.

-Bernama.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
kawen cina.. anak nak jadi apa .. orang..??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register