BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita & Anak Tersangkut - Pengendali Zipline Di Arah Henti Operasi Sementara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
10.09.2024 - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarah pengendali Zipline Shah Alam di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, di sini, menghentikan pengoperasian kemudahan rekreasi itu buat sementara waktu, hari ini. Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata ia bagi memberi ruang kepada pemeriksaan peralatan kemudahan 'flying fox' berkenaan dan mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa tempatan itu (PBT). MBSA berkata, penutupan berkenaan adalah susulan insiden seorang wanita bersama anaknya tersangkut ketika menaiki Zipline Shah Alam, Ahad lalu.

"Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang, MBSA sudah mengarahkan agar pihak pengendali memberhentikan pengoperasian Zipline Shah Alam buat sementara waktu hari ini untuk membuat pemeriksaan peralatan dan mengemukakan laporan kepada pihak MBSA. Operasi Zipline Shah Alam akan beroperasi semula jam 9.30 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

MBSA memaklumkan, pengendali Zipline Shah Alam iaitu Hikers Climbers sudah menjalankan prosedur yang ditetapkan iaitu memastikan kanak-kanak mematuhi had umur, berat tidak melebihi 90 kilogram (kg), kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah perlu ditemani oleh orang dewasa dan menandatangani 'liability form'.

"Kejadian Ahad lalu membabitkan aktiviti menaiki zipline membabitkan pasangan suami isteri dan anak mereka dikenali sebagai 'tandem', yang mana zipline isteri dan kanak-kanak berkenaand tersangkut pada jarak kira-kira 50 meter. Pihak Hikers Climbers juga mengambil tindakan pantas dengan menyelamatkan mereka dalam tempoh kurang daripada 15 minit selepas kejadian berlaku dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

Menurut MBSA, bagi prosedur keselamatan, pengunjung di Zipline Shah Alam akan diberikan taklimat keselamatan dan taklimat pengendalian sebelum menaiki Zipline Shah Alam.

"Setiap peralatan termasuk 'pulley', 'harness', 'line' dan 'stopper' diperiksa secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan peralatan berkenaan dihantar untuk kalibrasi oleh pembekal peralatan," katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang wanita bersama seorang kanak-kanak tersekat di tengah-tengah zipline berkenaan dan diselamatkan seorang individu dipercayai pengendali kemudahan itu.
1725961503967.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register