Wanita amuk di balai polis

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
AMPANG JAYA: Biadab apabila seorang wanita bukan saja mengamuk di balai polis, malah turut meludah seorang anggota polis wanita ketika diminta mengambil anaknya selepas selesai disoal siasat, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, wanita berkenaan pada mulanya ditahan polis selepas membuat kecoh di sebuah kawasan perumahan ketika cuba meminta wang daripada seorang lelaki.

Difahamkan, dia yang turut membawa anaknya ketika itu mengugut akan memecahkan cermin kereta lelaki terbabit jika mangsa enggan memberikannya wang.

Mangsa yang khuatir dengan ugutan itu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian sebelum wanita terbabit ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Selepas keterangannya diambil, polis membebaskan wanita itu dan meminta dia mengambil kembali anaknya yang berusia tiga tahun untuk dibawa pulang.

Ketika itu, wanita terbabit tiba-tiba berang serta mengamuk dan memaki anggota polis yang berada di balai.

Menurut sumber, wanita itu hilang pertimbangan apabila dia memberitahu akan membunuh anaknya itu jika polis memberikan kanak-kanak terbabit kepadanya.

“Seorang anggota polis cuba memujuk wanita terbabit mengambil kembali kanak-kanak itu untuk dibawa pulang.

“Bagaimanapun, anggota polis itu dimaki sebelum wanita terbabit meludah ke mukanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut sumber itu, tindakan biadab wanita terbabit membuatkannya ditahan selepas dia didapati tidak dapat mengawal diri.

“Polis terpaksa menahan wanita itu apabila dia dilihat seperti hilang pertimbangan dan memaki semua orang yang berada di balai ketika itu,” katanya.

Difahamkan, ketika dibawa ke balai polis, wanita terbabit didapati mabuk dan dia dikatakan mempunyai masalah rumah tangga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahan wanita itu.

“Wanita berusia 30-an itu ditahan dan turut dibawa menjalani pemeriksaan mental dan anaknya kini berada di bawah jagaan pihak hospital.

“Polis turut cuba mengesan suami wanita terbabit, namun sehingga kini lelaki itu belum ditemui,” katanya.

Menurut Amiruddin, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian.

Gila meroyan kot...#:-S
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
gila la ni.
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
patut dlm berita tu letak gambar pompuan tu sekali..bole kita ramai2 kutuk dia.lain kali jgn biadap sgt..
 

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
huhuhuhu...

aper punya mak daaa
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
adoiiiyaaa, ada gak kes macam ni, kesian tul aku membacanya, mesti ada salah gak laki dia ni, tak bagi nafkah kut, tu yg takde duit nak sara anak. kalu aku pun bleh meren kalu gini
 

budu

Super Active Member
Joined
Jan 1, 2008
Messages
7,162
Reaction score
14
Points
75
adoiiiyaaa, ada gak kes macam ni, kesian tul aku membacanya, mesti ada salah gak laki dia ni, tak bagi nafkah kut, tu yg takde duit nak sara anak. kalu aku pun bleh meren kalu gini
tension sbb laki dia lepas tangan kot...x bagi nafkah..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tak cukup nafkah batin kot...
 

arieyos

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
694
Reaction score
0
Points
10
best gak jd gila cammnni.. dpt masuk paper n forum CG
 
Sponsored Post
Top
Log in Register