Wanita 40-an sasaran sindiket tipu wang

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR 21 Jan — Sindiket penipuan semakin mensasarkan golongan wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas dengan memperdaya mereka mengeluarkan wang simpanan mereka bagi tujuan upacara mengelak bala.

Kes terbaru melibatkan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Lee, 51, yang kerugian bernilai kira-kira RM27,000 termasuk barang kemasnya, kata pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Chong, Lee mendakwa telah dipukau oleh tiga wanita warga China yang mendakwa anak lelakinya akan ditimpa bala jika tidak melakukan upacara menolak bala di pasar Pudu pada pukul 11 pagi, Isnin lepas.

Wanita itu secara sukarela menyerahkan wang serta barang kemas dan sebagai pertukaran, beliau diberikan “batu geliga” dalam sebuah beg plastik yang didakwa boleh membantu mengelakkan malapetaka kepada keluarganya.

Selepas pulang ke rumah, Lee mendapati beg itu hanya berisi tujuh biji epal dan dua paket gula batu.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register