BTC USD 28,207.5 Gold USD 1,993.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita ‘penjaga’ 600 android box ditahan KPDNHEP

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,588
Points
251
Awards
1

201022-ptj-kpdnhep-rampas-android-new.jpeg
KPDNHEP merampas teknologi penstriman pelbagai jenama di sebuah premis di Skudai, Johor.]]]]]]]]]]]]]]





PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang wanita tempatan dan merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama di sebuah premis di Skudai, Johor, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, serbuan dilakukan ke atas sebuah premis perniagaan yang terletak di Jalan Mutiara, Skudai, Johor yang menjual alat teknologi penstriman (android box) jam 1.00 tengah hari itu dengan kekuatan seramai empat (4) anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya.

Katanya, ia dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yang telah dilakukan pihak KPDNHEP selama beberapa hari sebelum tindakan.

“Hasil serbuan ke atas premis terbabit, kami merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama serta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM404,500.

“Pasukan serbuan juga menahan seorang wanita tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, suspek kini disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

“Malah, pihak KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac lalu sekali gus memberi penekanan dalam usaha membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.

“Semua peniaga dinasihatkan tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register