balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PUTRAJAYA - Wang zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tidak dibelanjakan sewenang-wenangnya, malah setiap sen yang digunakan mendapat kelulusan Jawatankuasa Syarak majlis berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan demikian bagi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa wang zakat tidak diagihkan sebaik-baiknya memandangkan masih ada pihak yang layak tetapi tidak menerima bantuan.
Beliau berkata kutipan yang diperolehi daripada pelbagai pihak diperuntukkan kepada golongan yang memerlukan serta dibelanjakan untuk kebajikan rakyat.
"Anda semua kena yakin, setiap sen perbelanjaan itu kita tidak akan belanja sewenang-wenangnya melainkan dibenarkan daripada Jawatankuasa Syarak," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan zakat koperasi 2014 kepada PPZ-MAIWP di sini hari ini.
Di Wilayah Persekutuan sendiri kira-kira 20,000 orang menerima bantuan bulanan yang dimasukkan dalam akaun mereka. Selain itu kita turut mengambil kira keperluan golongan yang memerlukan rawatan untuk hemodialisis, mata, pusat bersalin berisiko rendah dan sebagainya.
Menurutnya orang ramai perlu terus menjadi mata dan telinga MAIWP untuk memaklumkan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan zakat. - Bernama