Wang tunai RM60,000 hangus, rumah terbakar

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,195
Reaction score
4,250
Points
201
8f5f944c-2065-45ff-be75-9d74333df5b1_1603616766.jpg

SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran membabitkan seorang peniaga kerugian RM60.000 dalam kejadian di Kampung Besut Tengah. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

TUMPAT: Seorang peniaga kerugian RM60,000 apabila wang pusingan modal miliknya yang disimpan di dalam laci di rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Besut, di sini, tengah hari tadi.

Rosnani Sulaiman, 54, yang ditemui di sini, kelihatan tidak bermaya terpaksa dipapah jiran sebaik tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu, jam 12.10 tengah hari tadi.

Rosnani berkata, ketika kejadian beliau bersama seorang cucu berusia lima tahun ke sebuah pasar raya berhampiran untuk membeli barangan keperluan harian.

de6eab47-cb57-4de5-a0c1-3068df210727_1603616775.jpg

ROSNANI Sulaiman ketika ditemui kelihatan tidak bermaya dan terpaksa di papah sebaik mengetahui rumahnya hangus dalam kebakaran membabitkan kerugian RM60.000 dalam kejadian di Kampung Besut Tengah. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

05ec7f0f-5343-451c-8f84-14f246ac1553_1603616771.jpg

SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran membabitkan seorang peniaga kerugian RM60.000 dalam kejadian di Kampung Besut Tengah. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

"Tiba-tiba jiran menelefon dan memberitahu rumah saya terbakar dan apa yang terlintas dalam fikiran ketika itu adalah seorang lagi cucu bersama menantu yang berada di rumah serta wang tunai berjumlah RM60,000 yang disimpan dalam laci almari.

"Wang itu adalah pusingan modal untuk digunakan dalam perniagaan pakaian dan barangan keperluan lain, malah ada juga beberapa utas barang kemas yang disimpan di tempat sama," katanya.

Menantunya, Nor Fazira Mohd Noor, 26 berkata, sebelum kejadian, beliau dan bayinya berusia 10 bulan sedang tidur di ruang tamu dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat.

Beliau segera mengangkat bayinya yang sedang tidur dalam buai dan keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak asap dari tingkap bilik tidur ibu mentuanya.

"Saya segera memberitahu jiran kerana ternampak asap berserta api yang sudah mula membakar dinding secara perlahan-lahan.

"Orang ramai cuba memadamkan api, namun disebabkan binaan rumah daripada kayu, kebakaran merebak dengan pantas malah, sebuah kereta jenis Honda CRV milik suami turut hangus," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 12.18 tengah hari.

"Seramai 20 pegawai dan anggota dari BBP Tumpat, Kota Bharu dan Darul Naim dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, rumah itu sudah 80 peratus terbakar.

"Kebakaran dapat dikawal jam 12.51 tengah hari dan hasil tindakan pantas kami menyelamatkan lima rumah di sekitarnya," katanya sambil memberitahu punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,488
Reaction score
4,245
Points
196
Nak simpan duit banyak 2 kat rumah beli lah peti besi.
Tak pun buat macam orang dulu 2 simpan dlm tempayan. Tempayan boleh tahan suhu panas sebab buat dari tanah liat
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,842
Reaction score
1,678
Points
151
Mungkin dia takut simpan duit kat bank nanti kene scam
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,003
Reaction score
151
Points
33
Tumpat: Peniaga kerugian RM60,000 membabitkan wang pusingan modal perniagaan selepas rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Besut, di sini, tengah hari tadi.

Rosnani Sulaiman, 54, ketika ditemui kelihatan tidak bermaya dan terpaksa dipapah jiran sebaik tiba di rumahnya.

Katanya, ketika kejadian jam 12.10 tengah hari tadi, dia bersama cucunya berusia lima tahun ke sebuah pasar raya berhampiran untuk membeli barangan keperluan harian.
"Tiba-tiba jiran telefon dan beritahu rumah saya sedang terbakar. Apa yang terlintas dalam fikiran ketika itu adalah seorang lagi cucu bersama menantu yang berada di rumah serta wang tunai berjumlah RM60,000 yang disimpan dalam almari.

"Wang itu adalah pusingan modal untuk digunakan dalam perniagaan pakaian dan barangan keperluan lain malah ada juga beberapa utas barang kemas yang disimpan di tempat sama," katanya.

ROSNANI ketika ditemui kelihatan tidak bermaya dan terpaksa di papah sebaik mengetahui rumahnya hangus dalam kebakaran membabitkan kerugian RM60,000. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Menantunya, Nor Fazira Mohd Noor, 26, berkata, sebelum kejadian, dia serta bayinya berusia 10 bulan sedang tidur di ruang tamu dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat.

Katanya, dia segera mengangkat bayinya yang sedang tidur dalam buaian sebelum bergegas keluar dari rumah.

"Saya segera memberitahu jiran tetangga kerana ternampak asap dan api yang sudah mula membakar dinding bilik tidur mentuanya.

"Orang ramai cuba memadamkan api namun disebabkan binaan rumah daripada kayu, kebakaran merebak dengan pantas malah sebuah kereta jenis Honda CRV milik suami turut hangus," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, panggilan kecemasan diterima pada 12.18 tengah hari.

"Seramai 20 pegawai dan anggota dari BBP Tumpat, Kota Bharu dan Darul Naim tiba dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, rumah itu sudah 80 peratus terbakar.

"Operasi dapat dikawal pada 12.51 tengah hari dan hasil tindakan pantas kami menyelamatkan lima rumah di sekitar lokasi kejadian kerana jaraknya yang agak berdekatan," katanya memberitahu punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register