akecema
CG Top Poster Club

- Messages
- 34,133
Paid Membership
- Joined
- Jan 26, 2007
- Messages
- 34,133
- Reaction score
- 6,690
- Points
- 486
Kos pemeriksaan RM22j kejutkan banyak pihak
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 11 Mei – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyifatkan pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berhubung kos sebanyak RM22 juta bagi memeriksa semua bangunan kerajaan di Putrajaya, sebagai satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.
Pengerusinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, sepatutnya menteri terbabit perlu menunggu hasil siasatan daripada jawatankuasa yang diketuai Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kos.
Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah tentu akan dianggotai oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk yang mempunyai kemahiran bagi menentukan kos sebenar pemeriksaan tersebut.
“Menteri berkenaan terlalu cepat mengeluarkan kenyataan mengenai kos yang diperlukan bagi tujuan ini (pemeriksaan). Ini menyebabkan banyak pihak yang terkejut apabila dimaklumkan kos pemeriksaan ini memerlukan wang sebanyak RM22 juta.
“Ini soal penggunaan wang kerajaan yang mana ia tidak boleh dibelanja sesuka hati,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Samy Vellu Rabu lalu bahawa pemeriksaan terperinci melibatkan semua bangunan di Putrajaya hanya boleh disiapkan dalam tempoh enam bulan dengan kos antara RM21 juta hingga RM22 juta.
Arahan pemeriksaan itu telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum ini marah dan kesal ekoran berlaku keruntuhan siling di ibu pejabat Imigresen dan dewan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya serta Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Shahrir berkata, punca kenyataan menteri terbabit mengejutkan banyak pihak adalah kerana jumlah yang diumumkan itu terlalu besar.
“Bagi kami jika jumlah wang sebanyak ini digunakan untuk tujuan pembaikan bangunan mungkin ada logiknya tetapi yang dinyatakan itu hanya digunakan untuk pemeriksaan sahaja,” ujarnya.
Beliau berkata, jumlah tersebut belum melibatkan kerja-kerja pemeriksaan bangunan kerajaan di luar Putrajaya.
“Jika ia dicampur dengan jumlah bangunan kerajaan di luar Putrajaya sudah tentu kos yang diperlukan adalah lebih besar,” tambahnya.
-----------------------------------------------------------------
gile 22juta..
patut la minyak ngan tol naik..