BTC USD 22,760.6 Gold USD 1,923.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang palsu jadi umpan

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KUALA LUMPUR - Empat lelaki Afrika menggunakan modus operandi terbaru bagi mengabui mangsa dengan menawarkan tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) dengan Ringgit Malaysia pada nilai tukaran yang lumayan berbanding nilai semasa.

Tawaran itu bagaimanapun semata-mata bagi menarik perhatian individu yang tamak dengan ditetapkan satu temu janji kononnya bagi pertukaran mata wang itu tetapi tujuan sebenar adalah untuk menyamun mangsa.

Kumpulan yang baru dua minggu beroperasi itu turut menggunakan mesin fotostat berwarna bagi membuat sebanyak mungkin salinan fotostat not RM50 untuk pertukaran dengan mata wang dolar AS mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, semasa ditahan, polis menemui sebanyak 540 keping salinan wang RM50 baru bernilai RM27,000 dengan nombor siri yang sama.

"Wang yang dihasilkan itu hanya menyerupai lima peratus berbanding wang tulen untuk dijadikan umpan bagi menarik perhatian mangsa," katanya pada sidang media di sini semalam.

Difahamkan, dalam tempoh tersebut kumpulan itu masih mencari-cari mangsa mereka tetapi nasib mereka malang apabila pelanggan pertama yang ditemui ialah seorang pegawai polis di Cheras berpangkat Asisten Supritendan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register