BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang lesap, guru tanggung rugi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_03.1.jpg

HOCK SING menunjukkan gambar Ken Juan (kiri) dan Kim Hsen yang dicari bagi membantu siasatan kes tipu pada sidang akhbar di Melaka semalam.


MELAKA – Harapan menggunung seorang guru untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan melaburkan wang milik keluarganya berjumlah RM19 juta ke dalam akaun simpanan tetap berkecai apabila didakwa ditipu pegawai sebuah bank di sini yang juga merupakan rakan baiknya.

Penipuan berlaku apabila wanita berusia 47 tahun tersebut mengambil keputusan untuk melabur selepas termakan dengan janji manis suspek mengatakan mangsa akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyimpan ke dalam simpanan tetap bank tersebut pada penghujung 2010.

Kesemua wang itu dilesapkan suspek dengan cara memasukkannya ke dalam akaun yang diciptanya sendiri menggunakan nama wanita itu sebelum memberi resit palsu untuk meyakinkan mangsa.

Sepanjang tempoh itu, dia telah memindahkan RM8.2 juta daripada RM19 juta daripada akaun ciptaannya ke dalam tiga buah akaun rakan subahatnya secara atas talian setiap hari.

Sementara baki wang itu tidak sempat dipindahkan kerana telah disekat oleh polis yang dapat menjejaki akaun ciptaan suspek tersebut selepas membuat siasatan.

Mangsa dikatakan mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 
perghhh sekali kena tipu berjuta wow tp bg diorg sikit aje tu hahaha
 
19 juta? :o
derma sini pun cantek gak .. ramai yang boleh join forex :D
 
dh ada 19juta pun xcukup lg... ishk³.... :(
 
Org tamak selalu rugi... yg belum lg... tggu turn anda nnti...
 
Harapan menggunung seorang guru untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan melaburkan wang milik keluarganya berjumlah RM19 juta ke dalam akaun simpanan tetap berkecai apabila didakwa ditipu pegawai sebuah bank di sini yang juga merupakan rakan baiknya.

:: hai..bnyk ny duit keluarga dia...
 
Back
Top
Log in Register