Wang haram RM4.3 juta, dua rakan kongsi didakwa

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - Dua rakan kongsi syarikat urus niaga kad pra bayar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 11 pertuduhan melibatkan diri dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah wang RM4,374,413.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Hitech Objective Enterprise bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maziah Abu di hadapan Hakim S.M Komathy Suppiah.

Tertuduh pertama, Mohd. Riezuan Jalil, 28, menghadapi lima pertuduhan yang melibatkan RM827,211.

Rakan kongsinya, Basri Samsudin, 35, selaku tertuduh kedua pula berhadapan dengan enam pertuduhan yang melibatkan jumlah wang RM3,547,202.25.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di beberapa tempat antara bulan Mei hingga Disember tahun lalu.

Kedua-dua mereka boleh didakwa dan dihukum di bawah Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dibaca bersama subseksyen 87(1)(a) akta yang sama.

Maziah kemudiannya meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap Mohd. Riezuan, manakala RM300,000 terhadap Basri dengan seorang penjamin.

Nie cerita company yang diMelaka tu ker?
 
Sponsored Post

zulco

Active+ Member
Joined
Jun 7, 2008
Messages
3,245
Reaction score
33
Points
40
betul company nie dari melaka. jual kad prepaid (celcom)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register