Wang gaji lesap akibat diperdaya

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


ALOR GAJAH - Hasrat seorang pekerja kilang untuk memasukkan gaji ke dalam akaun simpanan tidak kesampaian apabila dia diperdaya tiga individu tidak dikenali di Masjid Tanah, dekat sini, pagi kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa, Zuraidah Ismail, 47, berada di perhentian bas Masjid Tanah hendak ke sebuah bank berdekatan sebelum didatangi seorang lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an serta 40-an.

Menurutnya, ketika itu dia membawa RM500 di dalam beg didatangi lelaki dan wanita itu yang menaiki sebuah Proton Saga BLM berwarna emas.

"Mereka bertanya berapa banyak wang yang saya ada termasuk di dalam akaun.

"Ketiga-tiga mereka kemudiannya meminta saya masuk ke dalam kereta lalu memberitahu hendak meminjam wang dan akan mengganti dengan tebusan tiket nombor ekor," katanya.

Zuraidah berkata, wanita berusia 30-an itu bercakap dalam dialek seberang menceritakan kakaknya mempunyai masalah dan memerlukan wang untuk rawatan serta perbelanjaan.

"Lelaki dan seorang lagi wanita pula memberitahu mereka suami isteri dan mengatakan duit saya akan digantikan dengan tebusan tiket nombor ekor yang didakwa memenangi tempat pertama berjumlah RM41,000.

"Disebabkan kasihan dan simpat, tanpa ragu-ragu saya terus menyerahkan RM500 sebelum seorang lelaki yang digelar tauke menghubungi salah seorang daripada mereka," katanya.

Malah katanya, lelaki berkenaan juga berjanji akan membayar wang yang dipinjam itu pada petang hari sama, namun hanya dibenarkan untuk keluar pada keesokan harinya.

"Saya seolah-olah terpukau dan percaya selain turut menyerahkan sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericsson bagi memudahkan tauke mereka menghubungi perempuan terbabit.

"Saya kemudiannya diturunkan di hadapan sebuah restoran makanan segera tidak jauh dari tempat kejadian. Waktu itu baru saya menyedari sudah ditipu sebelum memaklumkan kejadian kepada suami," katanya.

Katanya, kehilangan RM500 itu adalah jumlah besar baginya memandangkan hanya bekerja kilang dan suami bekerja nelayan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/wang-gaji-lesap-akibat-diperdaya-1.150908
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,683
Reaction score
21,085
Points
1,671
polis siap tampal notis psl kes ni kt giant lg..ramai sgt kena tipu

biasa indon la menipu ckp die takde ic xbole claim prize
 

hyde

Active Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
1,688
Reaction score
1
Points
25
simpati ke tamak?

zaman sekarang x payah la simpati kalau curiga..
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
ppeerrggghhh .. bule bagi cam tuh jer duit kek org yg kita tak kenal ..


sedangkan .. yg kita kenal pon .. kita takkan senang2 bagi cam tuh ..



#:-S#:-S#:-S​
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,951
Reaction score
743
Points
121
SAH KENA PUKAU NI...SBB TAK KENAL..TETIBA KESIAN. mcm jadi kat kakak aku, kat taman tasik titiwangsa, kL. aku mati2 ingat kawan kakak aku....sbb tetiba pempuan tu datang sembang. aku nga abg ipar...menunggu dengan jarak lebih kurang 20 meter, sambil layan org tengah mancing, masa pertandingan memancing...tetiba aku tengok kakak aku bagi, duit, rantai tangan. aku nga abg ipar ingat kawan dia ke, atau nak pinjam ke mcm mana..atau kakak aku berhutang. last2 kakak aku datang, kami tengah nak bergerak nak masuk kereta balik, abg ipar aku tertanya, kawan ke tadi? kakak aku kata, 'kawan yang mana? lepas tuu..kakak aku mcm blurrrr...tak ingaat apa2, last2 aku nga abg ipar jadi pelik...ingat kakak aku gurau...last2..kakak aku tanya abg ipar aku, rantai tangan dia..kat mana? semua masa tuu jadi pening. last2 buat keputusan report balai polis. abg polis tuu, bagi air mineral. kata abg polis yang ambil report tu "dalam 2 n 3 jam selepas minum air nanti, kakak awak ni akan kembali ok". maknanya...itu bukan kes pertama. sbb bila masa buat report tu, abg polis tuu, suruh kami terus cerita kejadian, dia taip, tak usah tanya kakak awak, dia tengah pening tak ingat tuu...
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,549
Reaction score
438
Points
131
kalo org x kenal jgn layan sangat.bila dah melayan jgn kata duit silap2 maruah pun leh melayang.
 

coq_kodok

Active Member
Joined
Feb 28, 2013
Messages
1,128
Reaction score
22
Points
25
yg ikut smpai masuk keta mangkuk tu kenapa???
 

oxygenO2

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
12,191
Reaction score
29
Points
120
SAH KENA PUKAU NI...SBB TAK KENAL..TETIBA KESIAN. mcm jadi kat kakak aku, kat taman tasik titiwangsa, kL. aku mati2 ingat kawan kakak aku....sbb tetiba pempuan tu datang sembang. aku nga abg ipar...menunggu dengan jarak lebih kurang 20 meter, sambil layan org tengah mancing, masa pertandingan memancing...tetiba aku tengok kakak aku bagi, duit, rantai tangan. aku nga abg ipar ingat kawan dia ke, atau nak pinjam ke mcm mana..atau kakak aku berhutang. last2 kakak aku datang, kami tengah nak bergerak nak masuk kereta balik, abg ipar aku tertanya, kawan ke tadi? kakak aku kata, 'kawan yang mana? lepas tuu..kakak aku mcm blurrrr...tak ingaat apa2, last2 aku nga abg ipar jadi pelik...ingat kakak aku gurau...last2..kakak aku tanya abg ipar aku, rantai tangan dia..kat mana? semua masa tuu jadi pening. last2 buat keputusan report balai polis. abg polis tuu, bagi air mineral. kata abg polis yang ambil report tu "dalam 2 n 3 jam selepas minum air nanti, kakak awak ni akan kembali ok". maknanya...itu bukan kes pertama. sbb bila masa buat report tu, abg polis tuu, suruh kami terus cerita kejadian, dia taip, tak usah tanya kakak awak, dia tengah pening tak ingat tuu...

thanx dude..pengalaman bro mmg pntg..aku pnh dgar gak kes2 pukau nie..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register