BTC USD 27,838.4 Gold USD 1,980.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,777
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,777
Reaction score
576
Points
121
Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos..
FB_IMG_1655464613488.jpg


➡️Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos
Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh, sebagai Mufti Perak, yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Beliau berkata, Wan Zahidi yang berasal dari Gerik, merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

"Beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam.

"Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Mei 2021, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19.

– BERNAMA
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
Pelantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak baharu merupakan keputusan dan kebijaksanaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
#AWANInews #AWANI745


Zamri tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti Perak​



Jun 23, 2022 16:33 MYT
Zamri tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti Perak


Datuk Zamri Hashim tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti negeri itu, walaupun namanya sering dikaitkan dengan jawatan tersebut selepas Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia Mei tahun lalu.

IPOH: Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti negeri itu, walaupun namanya sering dikaitkan dengan jawatan tersebut selepas Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia Mei tahun lalu.

Menurutnya, pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu merupakan keputusan dan kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.






Katanya, sebagai penjawat awam, beliau tiada masalah kerana telah berikrar daripada awal, akan berkhidmat di mana-mana dan memberi khidmat yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

“Yang penting adalah Islam terbela, tidak kiralah siapa yang jadi mufti, tiada rasa kecil hati, tiada apa-apa,” katanya ketika ditemui selepas program Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Peringkat Negeri Perak di Intitut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, hari ini.

Menurutnya, semua petugas di Jabatan Mufti Perak menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku kerana melantik Wan Zahidi, seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang fatwa dan pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Katanya, mereka juga berharap Wan Zahidi akan dapat menyambung legasi Allahyarham Harussani.

“Kami di Jabatan Mufti Negeri Perak sangat gembira dan akan memberikan kerjasama, sama seperti mana dengan Tan Sri Harussani, malah lebih baik lagi, Insya-Allah,” ujarnya.

Pada 17 Jun lalu, Sultan Nazrin memperkenankan Wan Zahidi sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos.

Kekosongan kerusi Mufti Negeri Perak berlaku susulan kematian penyandang sebelumnya, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Mei tahun lalu.

Harussani telah menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 1985 selain memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
Mufti Perak mulakan tugas rasmi di Pejabat Mufti Perak hari ini

Wan Zahidi mahu sambung legasi Harussani

01 Ogos 2022


1659322172043.png


Wan Zahidi (kanan) memulakan tugas secara rasmi sebagai Mufti Perak dan diiringi Zamri di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini pada Isnin.


IPOH - Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh memulakan tugas secara rasmi, hari ini selepas menerima watikah pelantikan sebagai Mufti Perak daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu.


Ketibaan beliau di Kompleks Islam Darul Ridzuan kira-kira jam 8.10 pagi disambut Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim bersama pegawai Jabatan Mufti Negeri Perak.

Beliau kemudiannya dibawa ke pejabatnya di aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan dan meluangkan masa bersama Zamri serta pegawai bagi mendapatkan maklumat mengenai jabatan berkenaan.


Ketika ditemui pemberita selepas itu, Wan Zahidi mengakui teruja apabila kali ketiga kembali bertugas di Perak sejak tahun 1975 bermula sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar, di sini diikuti dengan lantikan sebagai Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan dan kemudiannya dilantik sebagai Mufti Perak.

Menurutnya, tugas sebagai mufti memberi peluang untuk beliau mengembangkan lagi syiar Islam yang menjadi antara tumpuan utama selain menyambung legasi ditinggalkan bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Arwah (Harussani) sahabat lama saya sebelum menjadi mufti lagi. Semasa Harussani menjadi kadi di Pulau Pinang, masa itu kita aktif dalam ceramah-ceramah. Saya sering berceramah dengan beliau dan dia sahabat saya. Saya merasa terharu dan insya-ALLAH kita akan sambung misi visi yang telah arwah jalankan.


Wan Zahidi (kiri) bertemu Zamri (dua dari kiri) dan pegawai Jabatan Mufti Perak ketika memulakan tugas hari pertama sebagai Mufti Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

"Beliau juga telah membuat satu perkembangan yang hebat di Perak dalam konteks agama Islam. Pemikirannya juga agresif dan dia seorang yang berani seperti kita tahu menyuarakan pandangan-pandangan yang dilihat perlu disuarakan dalam konteks mempertahankan kesucian agama Islam. Insya-ALLAH, saya akan mengikut jejak langkah beliau," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Wan Zahidi turut menjunjung kasih atas kepercayaan Sultan Nazrin untuk melantik beliau ke jawatan itu selain memberi penghargaan kepada kerajaan negeri Perak.



Pada 17 Jun lalu, Wan Zahidi yang merupakan anak jati Gerik itu diumumkan sebagai Mufti Perak yang baharu menggantikan Allahyarham Harussani.

Beliau sebelum ini juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia selain pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan, Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia.







 
Sponsored Post

Top
Log in Register