Wan Sohor Bani Leman Calon BN untuk P36 K.Trg?

CG Sponsors




tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
Sumber : tranungkite.net

Oleh awanggoneng



Assalamualaikum kepada semua pembaca sekelian.


Nama-nama seperti Wan Ahmad Farid, Roslan Awang Chik, dua orang bernama Zuber Embong, Sabri Alwi dan juga tidak ketinggalan Nordiana Shafie memang nama-nama yang dikatakan panas dalam Umno untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan datang.


Dalam pada kita berkira-kira dan mencongak-congak siapakah calon BN dengan senarai nama-nama yang disebutkan di atas, saya telah dikejutkan dengan satu berita petang tadi yang mengatakan Umno telah mengubah strategi pemilihan calon mereka dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Mereka memilih calon yang terkenal di Malaysia tetapi bukan dari kalangan saf pimpinan Umno Terengganu.


Nama Ustaz Wan Sohor Bani Leman dikatakan naik secara tiba-tiba untuk dinobatkan sebagai calon BN pada pilihanraya akan datang.Dikatakan Umno sedang giat memujuk beliau agar menerima pelawaan tersebut. Saya masih tidak menerima sebarang maklumat adakah ustaz bersetuju atau menolak tawaran itu.


Sekiranya Umno berjaya memujuk beliau, maka Umno telah mendapat sedikit suntikan semangat sebelum hari penamaan calon kerana nama Wan Sohor memang tersohor diseluruh Malaysia. Umno memang sangat-sangat memerlukan calon seperti ini bagi memulihkan imej mereka yang terpalit itu.


Jika ini benar-benar berlaku, diatas kertas, kemungkinan kerusi P36 itu akan kekal ditangan Umno. Kerana selain daripada Wan Sohor seorang anak Terengganu, beliau juga mempunyai imej seorang ulamak. Imej sebegini adalah satu kredit yang besar bagi parti yang bertanding dalam pilihanraya di tempat-tempat seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Seorang lagi calon yang berada dalam senarai memujuk Umno juga seorang ustaz yang berasal dari Terengganu dan sering muncul dalam rancangan bercorak agama terbitan TV3.


Oleh itu sama-samalah kita berdoa agar pujukan Umno itu gagal dan Ustaz Wan Sohor tidak terliur dengan janji-janji Umno. Dan kita sebagai pendokong jemaah Islam mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam memenangkan calon kita tidak kira dari mana mereka berasal.


Tidak kira siapa calon Umno, kita tentang habis-habisan, dan tidak kira siapa calon PAS, kita sokong habis-habisan.


Takbirrrrr
 
Sponsored Post

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
takbir...

moga x terbuka pintu hati utz wan sohor nih...amin
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
xkottt....ustaz ni ceramah besh...ustaz ni mst taw beza hak n batil...hehe..yg xreti beza ustazah yg halalkn pelacuran tuh n ustaz songkok itam 2 je..:D:D
 

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
xkottt....ustaz ni ceramah besh...ustaz ni mst taw beza hak n batil...hehe..yg xreti beza ustazah yg halalkn pelacuran tuh n ustaz songkok itam 2 je..:D:D
ye...:)cgrock:)cgrock:)cgrock

utz nih ceramah best...
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
nak mempergunakan kedudukan ustaz lak untuk kepentingan politik...
:(scam:(scam:(scam

sebelum nih kat permatang pauh mempertaruhkan bekas imam besar masjid negara tapi tak tercapai matlamat gak...
#:-S#:-S#:-S
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
perghh.... kalau ust ni bertanding BN, abis la.... jadi cam imam masjid negara dulu :(scam :mad:
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
orang2 alim yg dipandang mulia kerana ilmu agamanya akan Allah letakkan pada seburuk2 martabat pada pandangan mata manusia apabila memilih untuk memperjuangkan kebatilan umno.
aku juga harap ustaz ni tak kecundang dgn ujian2 wang ringgit yg dilemparkan umno...
 

anakomar

Fun Poster
Joined
Apr 26, 2008
Messages
662
Reaction score
1
Points
15
ustaz ni selalu datang ceramah kat opis aku
setakat yang aku dengar ceramah dia belum nampak tanda nak terjun tong taik tu..:D
 

lamborghini06

Active Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
2,043
Reaction score
11
Points
25
Ustazpun belum tentu tahu tentang agama Islam, Allah dan rasul. Jangan mudah melatakkan seseorang itu ulama!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register