Others Wan Nuranis dari Terengganu berjaya hilang 32 kg dalam masa 4 bulan

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
181
Points
23
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


Wan Nuranis berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 32 kilogram hanya dalam tempoh empat bulan.

TIDAK
lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2020 dan ketika ini pasti ramai memasang azam baharu termasuklah untuk menguruskan badan.

Seperti wanita ini, Wan Nuranis Atirah Wan Mustafa, dia tidak menunggu kedatangan tahun baharu untuk memulakan azamnya untuk mendapat bentuk tubuh ideal malah telah memulakan diet dan senaman sejak empat bulan lalu.

Malah cerita Wan Nuranis, 22, dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 32 kilogram daripada 78 kilogram dalam tempoh itu.

Anak kelahiran Terengganu ini memberitahu keazaman itu timbul apabila dia sudah bosan menjadi bahan mulut orang yang mengejeknya ditambah kesedaran kepentingan menjaga kesihatan memandangkan usianya masih muda.

"Saya mula diet pada 1 Julai lalu dengan berat badan 78 kilogram dan selepas empat bulan, berat badan saya hanya 46 kilogram.

"Apa yang orang kata selain kesedaran tentang menjaga kesihatan menjadi motivasi untuk saya perbaiki diri sendiri.

"Pokok pangkalnya semuanya perlu bermula dengan diri sendiri, Insya-Allah selebihnya akan dipermudahkan," katanya kepada mStar.

Apa sebenarnya yang Wan Nuranis lakukan sehingga berjaya mengurangkan berat badan 32 kilogram hanya dalam tempoh empat bulan?

Wan Nuranis memberitahu dia tidak melalui jalan mudah dengan mengambil produk menguruskan badan sebaliknya hanya usaha dan nekad untuk mengubah dirinya sendiri.

Bagaimanapun katanya, menjaga pemakanan sangat penting sepanjang journey dalam usahanya itu termasuk senaman secara berkala.

1. Tiada lagi gula

Perkara pertama yang dilakukan ketika memulakan diet, Wan Nuranis tidak lagi menyentuh makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula serta karbohidrat tinggi dalam pemakanannya.

Selain itu, Wan Nuranis turut mengelak menggunakan bahan perisa, garam, gula dan minyak dalam masakan.

2. Sarapan

Kebiasaannya kata Wan Nuranis, dia tidak akan bersarapan pagi dengan makanan berat sebaliknya cukup sekadar telur putih sebanyak dua biji.

3. Makan tengah hari

Wan Nuranis memberitahu untuk makan tengah hari dia biasanya akan melebihkan sayur-sayuran selain mengurangkan pengambilan nasi kerana ia mengandungi karbohidrat dan kanji yang tinggi.

4. Makan malam

Untuk makan malam, Wan Nuranis memberitahu dia akan makan sebelum pukul 7 malam dan menunya adalah buah-buahan seperti kiwi, epal hijau dan merah.

5. Air lemon

Wan Nuranis memberitahu rutin pemakanannya itu turut disertakan dengan pengambilan air putih selain mengamalkan air lemon setiap pagi dan sebelum tidur.

6. Cheat day!

Wan Nuranis memberitahu dalam berdiet dan giat bersenam perlu ada cheat day bagi mengelakkan rasa bosan dan tertekan dengan rutin sama setiap hari.

Pun begitu katanya, walaupun ini adalah waktu untuk menikmati makanan namun sebaiknya biarlah berpada-pada supaya usaha enam hari yang lain tidak menjadi sia-sia.

7. Senaman

Wan Nuranis memberitahu kesibukan dengan kerja bukan lagi alasan untuk tidak bersenam kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja apabila berkesempatan.

Sepertinya, dia memilih untuk melakukan senaman di rumah sebelum ke tempat kerja dalam tempoh 15 ke 30 minit termasuk plank selama lima ke 10 minit.

Tiada masalah jika tidak berkemampuan menjadi ahli pusat kecergasan kerana kata Wan Nuranis, dia banyak belajar mengenai teknik dan panduan tentang senaman yang boleh dilakukan di rumah.

Sementara itu, Wan Nuranis memberitahu seseorang yang berazam untuk menguruskan badan tidak boleh terlalu memaksa diri sebaliknya tumpukan kepada rutin ditetapkan.

Katanya, cabaran itu akan ada terutamanya pada permulaan namun ia memerlukan kekuatan dan keazaman tinggi untuk tidak cepat putus asa.

"Macam saya sendiri pada awalnya memang susah nak kawal nafsu tetapi sebab saya nekad, Alhamdulillah bulan pertama saya berjaya turun lapan kilogram.

"Apabila nampak angka itu, ia membuatkan kita lagi bersemangat dan paling penting jadikan diet dan senaman itu sebagai satu aktiviti menyeronokkan.

"Biar lambat tetapi selamat. Insya-Allah kalau ikut rutin diet serta lakukan senaman tiap-tiap hari, percayalah anda akan terkejut dengan hasilnya," katanya.





 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,698
Reaction score
1,475
Points
206
den cemburuuuuuuuuuuuuu... cik adik ni pakai diet atkins ko diet keto?
 

malrockstar

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2011
Messages
8,496
Reaction score
37
Points
70
den cemburuuuuuuuuuuuuu... cik adik ni pakai diet atkins ko diet keto?
maybe atkins + exercise. tak mention keto pon kat atas tu...
den pon cemburu. diet kelauttt je. x kurus2. hahaha
 

maniaci

Junior Member
Joined
Jan 21, 2008
Messages
89
Reaction score
19
Points
21
Aku hampir sebulan buat diet IF (16/8) + low calori diet ..dh turun 9 KG..dh hampir sebulan gak x sentuh nasi..hehe..x sangka aku bole tahan hampir sebulan x makan nasi..eheheh
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,521
Reaction score
211
Points
73
aku buat jgk dr berat aku 105kg turun kpd 95kg selama sebulan lebih jgk la...pastu aritu cuti seminggu mkn mmg langar naik balik 98kg...hampeh tol
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,574
Reaction score
763
Points
86
Percaya tak ada orang tak boleh langsung minum air bertenaha yang banyak gula tu?
Kerana jika dia minum berat dia boleh naik 2kg.
Ini sebab organ badan dia tidak cekap mencernakan gula dan membuat berat dia naik.
Syukur pada sesiapa yang Allah kurniakan organ dalaman yang dapat mencernakam dan merembeskan bahan makanan dengan baik.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register