Wan Farid diumum calon BN di KT

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
Wan Farid diumum calon BN di KT
Muda Mohd Noor | Dec 20, 08 4:49pm

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu.

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

PAS pula akan mengumumkan calonnya esok. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Mohd Khazani Abdullah.

Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.


p/s : kita tunggu calon PAS esok plak...
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Agak2 siapa yang menang..... tentunya .....
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
mcm dah ada jer...:">:">:">
 

kenanga

Fun Poster
Joined
Feb 21, 2008
Messages
798
Reaction score
1
Points
15
JKM Terengganu pakai gula2 je !
Eh..Eh..dah dapat royalti berbillion guna gula2 aje ke? Beri RM200 seorang pengundi pun dah o.k.:D

Orang beri, ambil. Pangkah kertas undi lain cerita..
 

lastshark

Active+ Member
Joined
Aug 27, 2007
Messages
4,505
Reaction score
4
Points
25
kuhik... kes tembak tu ari dengor ada sangkut paut dengan calon ni kan?..apa sudah kes tu?
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Eh..Eh..dah dapat royalti berbillion guna gula2 aje ke? Beri RM200 seorang pengundi pun dah o.k.:D

Orang beri, ambil. Pangkah kertas undi lain cerita..
Aku ingat gymidas tadi...avatar kau serupa dgn avatar gymidas.
 

lastshark

Active+ Member
Joined
Aug 27, 2007
Messages
4,505
Reaction score
4
Points
25
ait tuan mido.. takkan tengok je hahahaha...join la.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
mido dah lama tak dengar cerita. Dia kat K Terengganu juga kot masa Najib buat pengumuman.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register