Wan Azizah Tolak Syor Lantik Anwar Ketua Umum

CG Sponsors




voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak cadangan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti itu.

Beliau menegaskan, hingga kini belum ada sebarang keperluan melantik suaminya dengan jawatan baru berkenaan.

Menurut beliau peranan yang dimainkan oleh Anwar sebagai penasihat PKR sudah memadai untuk menggerakkan pentadbiranparti.

"Buat masa ini tidak ada keperluan untuk lantik ke jawatan berkenaan.

"Sehingga kini pun beliau sudah menjalankan tugasnya sebagai Penasihat parti dengan baik, lantikan itu hanya sekadar jawatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR Ketujuh di sini, Sabtu.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar parti melantik Anwar sebagai Ketua Umum.

Sehubungan itu Zuraida berkata pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.

Katanya, Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan kerana beliau terlibat sejak dari awal sejarah penubuhan PKR.

Selain itu, Wan Azizah menambah bahawa berdasarkan hirarki parti ketika ini, semua pemimpin sudah berada di tempat masing-masing.
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Bagus Wan Azizah. Itu semua sekadar jawatan shj. Selama ini pun DSAI dah menjalankan kerjanya sebagai Penasihat PKR dgn baik.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register