Wan Azizah antara saksi alibi kes liwat Anwar

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis hari ini.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam SN Nair dan Partners," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu.

Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lalu untuk memberi kenyataan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Semalam, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.

Peguamnya SN Nair berkata, mahkamah telah menetapkan Selasa juga bagi Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan itu dan sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada keputusan hakim.

Nair berkata, perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Disember lalu. Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.

Pada 1 Disember 2009, Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Jan 2010.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda ke 2 Februari sementara menunggu keputusan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu hari ini. - Bernama
 
Sponsored Post

glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33
Em tolak terima tolak terima tolak terima tolak terima..... :) sampai bila da.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register