BTC USD 28,458.4 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wall Street Menjunam, Bursa Malaysia Merosot

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
10.03.2023 - Kuala Lumpur, Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman ekoran kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih besar di Amerika Syarikat (AS) selain kelemahan dalam pasaran serantau. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran merosot 6.85 mata kepada 1,442.68 daripada 1,449.53 ketika ditutup pada Khamis. Indeks utama itu dibuka 3.73 mata lebih rendah kepada 1,445.80. Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 256 berbanding 83, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,704 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 253.85 juta unit bernilai RM205.02 juta. Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan FBM KLCI terus susut ke dalam wilayah negatif memandangkan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sememangnya telah dijangkakan. Firma pembrokeran itu menjangkakan sentimen global kekal tegang sebelum data senarai pembayaran gaji bukan ladang AS dikeluarkan lewat hari ini.

“Berdasarkan sentimen negatif di luar negara, kami percaya pasaran saham tempatan mungkin mengalami dagangan secara berhati-hati ekoran risiko global yang semakin meningkat,” tambahnya.

Menurutnya prestasi negatif Wall Street mungkin menyebabkan lagi penjualan ketara saham teknologi di peringkat tempatan.

“Sementara itu, sentimen saham perbankan mungkin terjejas, berikutan kelemahan dari AS. Bagaimanapun, sektor pelancongan dan penerbangan dijangka memperoleh daya tarikan dalam situasi tema pembukaan semula ekonomi,” jelasnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia iaitu Public Bank susut dua sen kepada RM4.11, Petronas Chemical turun lima sen kepada RM6.95, Tenaga turun lapan sen kepada RM9.37 dan CIMB tidak berubah pada RM5.50, manakala Maybank naik satu sen. kepada RM8.72. Antara saham aktif, Cape EMS melonjak 49 sen kepada RM1.39, Hong Seng Consolidated menokok satu sen pada 15.5 sen, AwanBiru Technology menambah 1.5 sen kepada 46 sen dan Eden Inc naik setengah sen kepada RM1.80, manakala Vinvest Modal kekal tidak berubah pada 22.5 sen. Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 42.02 mata kepada 10,530.48; Indeks FBM 70 kurang 21.39 mata kepada 13,432.28; Indeks FBMT 100 turun 40.88 mata kepada 10,208.37; Indeks FBM Emas Syariah menguncup 52.93 mata kepada 10,757.24, dan Indeks ACE FBM susut 17.90 mata kepada 5,428.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.27 mata kepada 16087.73; Indeks Tenaga kurang 8.25 mata kepada 874.84; Indeks Perladangan menguncup 14.34 mata kepada 6,815.59 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.98 mata kepada 173.85.​

1678418470028.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Ringgit Jatuh Kepada RM4.52 Sedolar AS

10.03.2023 - Kuala Lumpur, Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu mengukuh menjelang pengeluaran data senarai pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS lewat hari ini, kata penganalisis. Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS daripada 4.5170/5200 ketika ditutup pada Khamis. Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai NFP, yang dijangka berkurangan kepada 205,000 pada Februari, selepas melonjak kepada 517,000 pada Januari. NFP boleh menjadi pemangkin untuk dagangan dalam pasaran pertukaran asing berdasarkan perubahan dalam pekerjaan.

“Indeks dolar AS kekal tinggi pada lebih 105 mata namun 0.39 peratus lebih rendah apabila indeks ini ditutup. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam lingkungan RM4.50 hingga RM4.51 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran, dan ini menandakan sedikit kestabilan ekonomi.

“Dari sudut pandang teknikal, pasangan dolar AS-ringgit kini berada dalam zon rintangan yang penting. Jika ia berjaya menembusi di bawah 4.4680, ia mungkin susut serendah 4.3650 dalam beberapa hari. Sebaliknya, jika harga itu menembusi melebihi 4.5350, ia boleh meningkat kepada 4.5800,” katanya.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3245/3283 daripada 3.3160/3184 ketika ditutup pada Khamis serta rendah berbanding pound British kepada 5.3924/3977 daripada 5.3608/3643. Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.97698/7.78698 7722. Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean. Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9161/9356 daripada 12.8814/8962 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.90/293.20 daripada 292.70/292.90. Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3405/3432 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.20 daripada 8.18/8.18.​

1678421520620.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register