Walaupun saya sorok beg, emak tetap nak ikut ayah - Anak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
IPOH 26 Dis. - Gurauan mesra dan rayuan seorang anak meminta agar ibunya membatalkan hasrat mengikuti si suami, rupa-rupanya petanda bahawa dia bakal kehilangan kedua-dua orang yang dikasihi itu sekali gus.

Sukhairy Shaharin, 24, berkata, dia tidak pernah terfikir akan kehilangan ibu bapanya serentak seperti berita yang diterimanya kira-kira pukul 5 pagi tadi.

"Saya terima panggilan daripada telefon bapa yang dibuat oleh seorang pegawai polis memaklumkan kemalangan ini dan minta saya untuk mengenal pasti mayat.

"Sukar nak percaya berita ini tetapi saya kena terima hakikat kehilangan orang yang saya sayang sekali gus," katanya yang tidak dapat menahan perasaan sedih ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, masih terbayang-bayang di matanya tentang gurauan meminta ibunya, Supiah Adam, 46, tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti bapanya, Shaharin Mohd. Nor, 61, ke Kangar, Perlis.

"Bapa ke sana atas urusan kerja, dia nak ambil kereta syarikat. Ibu memang selalu ikut bapa... Tapi semalam, saya tarik dan sorok beg ibu belakang pintu, minta dia tak pergi. Ibu kata, dia nak pergi juga," katanya sayu.

Kata Sukhairy, ketika menghantar kedua-dua mereka ke stesen bas di Shah Alam, pada pukul 9 malam tadi, bapanya sempat berpesan supaya dia menjaga adik-adik dengan baik.

"Bapa sempat cakap dengan saya, dia minta tolong supaya saya menjaga adik elok-elok, tak sangka ini pesanannya yang terakhir," ujarnya.

Dalam masa sama, Sukhairy kesal dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak mengambil kira keselamatan para penumpang dan perasaan keluarga mereka.

"Saya nak beritahu kepada pemandu-pemandu bas supaya memandulah dengan berhati-hati kerana ini melibatkan orang yang tak berdosa dan keluarga mereka.

"Jangan kerana pentingkan diri, orang lain yang menjadi mangsa," katanya.
 
Sponsored Post

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,302
Reaction score
1,220
Points
221
alfatihah....kesian mamat ni...tengok berita..... tabahkan hati
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
sb perkara2 cam nie lah, wat sy fobia nak naik bas
sb kecuaian org lain....org lain plak yg jadi mangsa...

mmg ajal dan maut di tangan tuhan ....tapi sekurang2 nya..
ble berhati-hati, x lah org lain yg jadi mangsa....

p/s: dah bertahun2 x naik bas ekspress
 

nashburn

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
6,374
Reaction score
66
Points
70
Alfatihah, takziah pada keluarga2 mangsa.
Tabahkan hati & byk berdoa
sedihnya baca citer camni pagi2 ni
mcm mana perasaan kalau kena kat kita :(
 

faizal_bulat

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 29, 2008
Messages
3,920
Reaction score
164
Points
33
dah menagis dah aku.. sedih wo hilang keluarga yg tersayang..
 

hapizi84

Active Member
Joined
Aug 31, 2009
Messages
1,675
Reaction score
20
Points
25
Al-fatihah..bykkan b'sabar..takut aku nak nek bas pasni..:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register