BTC USD 104,371 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waktu Subuh di Selangor lewat 8 minit bermula esok (29 Nov 2019)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,952
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,952
Reaction score
36,758
Points
2,836
Awards
2
78856230_1241036382755231_534427835817787392_n_1574929034.jpg

SHAH ALAM: Bermula esok, masuk waktu Subuh bagi seluruh negeri Selangor ditambah selama lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, ia susulan hasil kajian kecerahan langit pada waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

Perubahan berkenaan disebabkan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah.

“Perkara ini sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-116.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga sudah memperkenankan perubahan waktu solat untuk dikuatkuasakan,” katanya.


 
waktu_solat_Subuh_Perak_1579229446.jpg

Waktu solat Subuh di Perak tambah 8 minit mulai esok


IPOH: Waktu solat Subuh di Perak ditambah lapan minit bermula esok, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai menjunjung titah perintah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, supaya waktu solat Subuh di seluruh negeri menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk yang diguna pakai sebelum ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa hukum solat Subuh yang dilaksanakan sebelum perubahan ini adalah sah dan tidak perlu diqada,” katanya dalam satu kenyataan.

Zamri menegaskan bahawa perubahan itu hanya membabitkan waktu solat Subuh tanpa membabitkan waktu solat fardu yang lain.

Katanya, seluruh rakyat Perak boleh merujuk kepada laman web atau Facebook rasmi Jabatan Mufti Perak bagi mendapatkan waktu solat Subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan itu.



N9: Waktu Subuh tambah 8 minit

WAKTU Subuh di seluruh Negeri Sembilan ditambah lapan minit daripada waktu yang digunakan sekarang, berkuat kuasa Isnin depan.


Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, perubahan itu berdasarkan ketetapan menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.

"Nilai altitud matahari digunakan di Malaysia ketika ini untuk permulaan waktu Subuh adalah 20 darjah di bawah ufuk kecuali di Kelantan 19 darjah di bawah ufuk.

"Namun, kajian dijalankan dan didapati nilai altitud matahari bagi permulaan waktu Subuh di Malaysia adalah 18 darjah di bawah ufuk sejajar dengan takrifan astronomi dalam astronomi moden," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-116 pada 20 dan 21 November lalu bersetuju memutuskan permulaan waktu Subuh di Malaysia menggunakan parameter altitud 18 darjah di bawah ufuk.

"Ini menyebabkan waktu solat Subuh perlu ditambah lapan minit daripada waktu semasa. Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 6 Januari selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Ia turut diperkenankan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

"Selaras dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah mangalunkan azan Subuh mengikut perubahan yang ditetapkan," katanya.


MELAKA: Waktu solat Subuh dilewatkan 8 minit

MELAKA, 30 Dis -- Waktu solat subuh di negeri ini dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.


Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.

"Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov (lepas) memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.

"Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada 29 Nov lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilaporkan berkata walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada negeri-negeri.


JOHOR: Waktu Subuh ditambah 8 minit bermula 1 Januari 2020

EM8Hz9_UwAASJr1

PAHANG: Tambahan 8 minit waktu subuh

KUANTAN - Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan tambahan masa lapan minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.


Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanaan perubahan itu hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa bermula hari ini.

Menurutnya, perubahan waktu solat subuh itu membabitkan semua daerah negeri Pahang.

Melalui surat rasmi berhubung perkara itu bertarikh hari ini, semua Kadi Daerah diminta memberi penerangan dan makluman di masjid dan surau di bawah pentadbiran masing-masing.

Sebelum ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah melaksanakan perubahan waktu solat Subuh sepertimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116.


29zul_1575012550.jpg

Gambar fail, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sewaktu mencerap anak bulan menggunakan alat 'Theodolite' pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1437H di Menara Kuala Lumpur pada Jun lalu. - Foto Hafiz Sohaimi
Masuk waktu Subuh di KL, Labuan dan Putrajaya lewat 8 minit bermula esok


KUALA LUMPUR: Bermula esok, masuk waktu Subuh bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata tambahan lapan minit seperti yang dilaksanakan di Selangor bermula hari ini berikutan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah.

Beliau berkata, setiap darjah dikira empat minit, maka dua darjah menjadikan tambahan lapan minit.

Katanya, pada dasarnya keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 hingga 21 November 2019 lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan selepas disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

“Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang sudah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada takwim sedia ada, dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sponsored Post

JAIS-APP-HALAL-e1461753083781.jpg

AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR
by Afix RedzuanNovember 28, 2019 2:42 pm

SHAH ALAM, 28 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.

“Perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H,” kata agensi itu dalam kenyataan.
JAIS berkata perubahan itu dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya.

Katanya perkara itu turut dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-116 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan di negeri ini.

sumber - https://selangorkini.my/2019/11/jais-waktu-solat-subuh-dilewat-lapan-minit-mulai-esok/

 
tak faham den ilmu falak. tapi mereka lebih arif, jadi kita ikut lah

Pengiraan amat rumit, tapi asasnya tak penah lari iaitu WAKTU SOLAT SUBUH BERMULA, dari TERBIT FAJAR di ufuk timur.

Jadi dlm hal ini, cara mudahnya, untuk faham kenapa ia di lewatkan 8 minit? Sbb FAJAR di ufuk timur mula lewat kelihatan.

Mcm mana rupa cahaya TERBIT FAJAR? boleh lah search pak cik google tengok. Ahli2 falak ni buat kiraan dari cahaya fajar ni.

Sebab apa jadi lewat? Aku pun tak tahu.
 
Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit di Selangor

S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat subuh di Selangor dilewatkan?

J1: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian ini mendapati bahawa waktu bermulanya fajar sadiq, iaitu waktu bermulanya subuh, berlaku pada sudut matahari berada di kedudukan 18⁰ di bawah ufuk. Ia berbeza dengan waktu yg digunapakai sebelum ini iaitu pada sudut matahari 20⁰. Jadi ia perlu dilewatkan.

S2: Kenapa lewat 8 minit?

J2: Sudut matahari pada fajar sadiq diubah dari 20⁰ ke 18⁰. 20⁰-18⁰ = 2⁰. 1⁰ mewakili 4 minit. Oleh kerana beza 2⁰, perbezaan waktu ialah 8 minit.

S3: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J3: Ia akan dilakukan oleh negeri lain bila tiba masanya. Sedikit latar belakang:
Hasil kajian telah dibentangkan di Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Jakim. Laporan kajian ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa tersebut. Peringkat seterusnya, laporan akhir kajian ini dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 20.11.2019 lalu. Laporan kajian yg dibentangkan di peringkat MKI dipersembahmaklumkan kepada DYMM Sultan atau Raja negeri masing-masing. Justeru, pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan berkenaan di peringkat negeri masing-masing. Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain iaitu pada hari ini 28.11.2019 dan mengumumkan tarikh kuatkuasa pada keesokannya iaitu pada 29.11.2019

S4. Adakah solat subuh selama ini yg awal 8 minit dari waktu baru tidak sah?

J4: Tidak timbul soalan itu kerana solat subuh selama ini berdasarkan kpd ijtihad dan ilmu yang sah dan dilegalized secara rasmi melalui jabatan Mufti negeri. Waktu solat walaupun hadnya adalah sabit secara qatie, penentuan dan perinciannya adalah zanni dan tertakluk kepada ijtihad semasa berdasarkan penyelidikan/ istiqra'. Adalah tersangat sukar dan agak mustahil mewujudkan taqwim solat yg betul-betul mengikut waktu yang sangat tepat hingga ke arka saat pada setiap lokasi. Waktu dalam taqwim pun sudah dimasukkan tempoh ihtiyat/ berwaspada. Lagipun jika solat berjamaah subuh di masjid atau surau, persoalan ini tidak timbul kerana biasanya ada tempoh menunggu yg agak senggang iaitu dari 10-15 minit selepas azan dilaungkan, barulah solat subuh didirikan.

S5: Selangor telah umumkan waktu subuh 8 minit lebih lewat, jadi bagaimana dengan negeri-negeri lain, terutamanya KL, Putrajaya, N9 dll yg bersempadan Selangor?

J5: Setiap penduduk negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri negeri masing-masing. Ulul Amri negeri ialah DYMM Sultan atau Raja bagi negeri beraja dan TYTM Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja . Jika WP KL, Labuan dan Putrajaya, hendaklah mengikut YDPA. Selagi tiada arahan baharu dikeluarkan, waktu sedia ada adalah sah diikuti kerana urusan agama ditentukan oleh pihak Ulul Amri, rakyat hanya ikut dan taat setia.

S6: Adakah ia melibatkan waktu solat lain dan waktu syuruk?

J6: Tidak. Waktu lain tidak terlibat kerana keputusan ini khusus melibatkan solat subuh sahaja. Cuma bagi waktu imsak, ia juga dilewatkan iaitu 10 minit sebelum bermula subuh. Waktu syuruk iaitu waktu berakhirnya subuh/ terbit matahari kekal sebagaimana yg ada dalam taqwim solat.

Semoga bermanfaat

Dr Saadan Man
Universiti Malaya
28.11.2019

Boleh share
 

Attachments

Rumusan:
1. Sebelum fatwa yang baharu ini dikeluarkan, kiraan waktu solat adalah berdasarkan sudut 20 darjah.

2. Hasil kajian semakan menemui sudut matahari pada waktu fajar adalah 18 darjah.

3. Oleh itu masalah yang berlaku adalah pada kiraan matematik waktu solat, bukan sebab tiba tiba matahari bergerak laju
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register