BTC USD 22,770.0 Gold USD 1,914.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Wak Doyok tolak tawaran menjual motosikal klasik biarpun ditawar harga mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,529
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,529
Reaction score
1,263
Points
206

Wak Doyok tolak tawaran puluhan ribu ringgit​



WAK Doyok bersama motosikal tentera miliknya. FOTO Nazri Abu Bakar

WAK Doyok bersama motosikal tentera miliknya. FOTO Nazri Abu Bakar

Melaka: Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok menolak tawaran menjual motosikal klasiknya jenis WM20 buatan British pada 1940 biarpun harga mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.

Baginya motosikal tentera yang digunakan ketika perang pada zaman British berkenaan amat bernilai buatnya kerana model dan rekabentuk klasik yang sukar ditemui lagi ketika ini.

Menurutnya, motosikal berkenaan di beli sekitar 1995 dengan harga RM3,500 namun kini ia mencecah puluhan ribu ringgit kerana nilai seni pembuatannya yang unik.

Katanya, minatnya yang mendalam kepada motosikal klasik mendorong dia menyertai perhimpunan membabitkan kenderaan berkenaan walaupun terpaksa menunggang sendiri motosikal itu ke setiap lokasi perjumpaan.

Dia yang tinggal di Klang berkata, terkini dia bersama kira-kira 20 rakan lain dari Selangor menyertai Pameran Motosikal Tentera di Melaka hari ini.

"Saya menerima pelbagai tawaran untuk membeli motosikal berkenaan dengan harga yang tidak masuk akal, namun buat masa ini saya tidak akan menjualnya walaupun dengan harga tinggi sekali pun.

"Ia berikutan motosikal berkenaan memiliki nilai sentimental yang tinggi kerana minat awal saya untuk menjadi tentera tetapi ayah menghalang cita-cita terbabit. Justeru saya kini tetap mengenakan pakaian dan motosikal perang ketika perhimpuan motosikal klasik berkenaan," katanya sempena Hari Motosikal Tentera Klasik dan Vintaj Malaysia Ketiga di Melaka hari ini.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, berkata, dia mengambil masa beberapa jam secara santai untuk sampai ke pusat pameran dengan menunggang motosikal berkenaan dan bersyukur tidak menghadapi masalah sepanjang perjalanan.

Pameran di Melaka membabitkan lebih 150 pemilik motosokal klasik yang unik dan menarik termasuk model F Harley Davidson, BSA B50 ,Norton 18 dan ES2, Yamaha XT 500 BSA, Ariel, Triumph, Norton, Royal Enfield, Vespa dan Lambretta selain basikal berbagai jenama.

Pelakon Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia turut memiliki beberapa lagi motosikal lama yang dibeli sekitar kawasan perkampungan yang tersandai dan dibaik pulih semula termasuk Lambretta dan Vespa namun kini fokusnya lebih kepada motosikal BSA berkenaan.

Disiarkan pada: November 26, 2022



 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register