BTC USD 38,892.7 Gold USD 1,824.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajib taubat kalau tak solat jumaat 3 kali masa PKP, Ustazah Asma’ Harun kena tegur

sir_hepi

Active Member
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,016
Reaction score
258
Points
41

harap lepas ni ustazah hati2 sikit ye
maklumlah jadi ustazah selebriti yg selalu keluar tv ni kadang2 terover excited bila berceramah..
hari tu pun tersilap jugak pi backup neelofa..
harap jadikan pengajaran...
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,142
Reaction score
1,956
Points
201
Diam lebih baik dari berkata2 kn
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,564
Reaction score
2,866
Points
206

Solat Jumaat: Ustazah Asma’ mohon maaf cuai guna wajib bertaubat

OIP-e1612230153681.jpg


KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan kenyataan awal beliau bahawa mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut-turut disebabkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemerintah bagi mengelak penularan wabak Covid-19 wajib bertaubat dengan menunaikan solat sunat taubat.

Dalam penjelasannya, Asma’ berkata, uUmat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan pandemik Covid-19 tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak.

Kenyataan itu dibuat selepas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi SOP dalam mencegah penularan pandemik tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia sama seperti tidak menunaikan solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir dan seumpamanya.

Berikut adalah penjelasan Asma di laman Facebook miliknya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak samada ilmuan atau orang awam yang menegur, menasihati, membantu menjelaskan semula secara baik, melihat sisi positif dan memahami dengan jernih terhadap apa yang cuba saya sampaikan.

Tidak lupa juga setinggi terima kasih buat yang mengkritik, menghina, mencerca serta memanipulasi agak jauh mengenai isi kandungan sedutan pendek daripada satu perkongsian saya yang berdurasi 1 jam 38 minit tersebut (Kami tidak tahu siapa yang memotong dan menyebarkan video tersebut, kerana ia tanpa kebenaran dan makluman).

Secara jujurnya, saya sendiri dapat mengambil pengajaran yang banyak daripada apa yang berlaku, mudah-mudahan kalian juga begitu. Saya berlapang dada menerima segalanya kerana sedar hakikat diri yang bersalah dan berdosa.


Sejak daripada awal musibah COVID-19 sehingga ke hari ini, samada dalam bentuk penulisan atau perkataan, saya tidak pernah menzahirkan penentangan terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Sebarang manipulasi yang menimbulkan andaian seumpama itu, maka saya nafikan.

Saya juga bersetuju dan menyokong tanpa bahas, kerana ia juga pegangan dan fahaman saya sejak awal hingga ke hari ini, sepertimana kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh:

1. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
https://www.facebook.com/423534687786516/posts/2114946108645357/

2. Jabatan Mufti Negeri Perlis
https://www.facebook.com/13834178…/posts/2882053502112125/

Dan lain-lain penjelasan ilmiah yang seumpama di atas.

SUDILAH KIRANYA MEMBACA DAN MENELITI PENJELASAN DHAIF SAYA DI BAWAH:

Isu utama adalah pada perkataan “RASA BERDOSA” dan “WAJIB BERTAUBAT.”

Terlebih dahulu, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan atas kecuaian menggunakan perkataan “Wajib Bertaubat” sehingga menimbulkan kebimbangan, kekecohan, pertikaian, perdebatan dan telah mengheret ramai alim ulama’, ilmuan dan orang awam membahaskannya dengan pelbagai nada dan kefahaman masing-masing. Segala bentuk keburukan yang timbul amatlah dikesali.

Namun, berikan saya ruang untuk menjelaskan hakikat sebenar yang ingin disampaikan, anda boleh menerima atau menolaknya, namun sungguh berharap agar tidak dipanjangkan dengan perdebatan yang tidak ilmiah;

1. Pada awalnya saya menyebutkan bahawa meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut wajib bertaubat, sebenarnya merujuk kepada mereka yang sengaja dan tanpa halangan (yang lebih tepat walaupun meninggalkan 1 kali juga berdosa besar dan wajib bertaubat).

Daripada Jabir bin Abdillah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang dharurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.”

(HR al-Nasa’ie, hadis sahih)

2. Maka kerana beratnya peringatan tersebut, sewajarnya lelaki soleh (beriman, beramal, berakhlak) walaupun meninggalkan solat Jumaat kerana terhalang/rukhsah dan tidak jatuh berdosa dari sudut hukum syarie, tetap akan “RASA BERDOSA”, rasa bersalah, rasa sedih dan seumpamanya kesan daripada iman dan taqwa. Bahkan Rasulullah SAW sendiri yang maksum (dijamin bersih daripada dosa) juga menekankan perkara ini;

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

Saya tertarik dengan sebuah kisah mengenai Imam al-Buwaithi yang dimuatkan di dalam kenyataan rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai renungan bersama:

“Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah Imam al-Buwaithi, seorang anak murid Imam al-Syafie, yang diriwayatkan bahawa beliau walaupun dipenjara, beliau akan mandi dan memakai pakaian yang terbaik baginya pada setiap hari Jumaat, kemudian beliau pergi mengetuk pintu jeriji penjara bagi menarik perhatian pengawal penjara.

Lalu pengawal penjara itu bertanya kepada beliau, “Apa yang tuan mahu?”. Kata beliau, “Aku mahu menyahut seruan Tuhan-ku (azan Jumaat)”, walaupun dia mengetahui pengawal penjara tersebut tidak akan membenarkannya keluar. Begitulah pada setiap hari Jumaat, Imam al-Buwaithi melakukan hal yang sama sebagai usaha beliau untuk pergi mendirikan solat Jumaat.”

Sebagai muslim, kita seharusnya memiliki naluri yang ingin dekat kepada Allah melalui ibadah fardhu dengan penuh kecintaan. Maka apabila kita meninggalkan sesuatu yang dicintai, pasti hadirnya resah dan gelisah ataupun rasa bersalah bila meninggalkannya. Lalu kita berusaha untuk bertaubat dengan memperbanyak istighfar dan solat sunat.

Tentang isu “RASA BERDOSA INI”, sungguh saya senada seperti posting Prof. Dr. Supyan Husin:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3923267634395347&id=100001364461503

3. Susulan daripada rasa berdosa yang hadir, maka didirikan solat taubat sebagai ikhtiar untuk ketenangan hati nurani. Bahkan sebahagian daripada muslim ada mewajibkan dirinya solat taubat pada setiap malam/hari, walaupun tidak jelas dosa besar apa yang dilakukan kerana “Rasa berdosa”.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan (dosa) itu adalah mereka yang bertaubat.”

(HR Ibn Majah (4392), hadis hasan)

4. Perkataan “wajib solat taubat” yang saya maksudkan bukanlah menjatuhkan HUKUM/BERFATWA bahawa siapa yang tinggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut setelah berusaha sedaya upaya dan ada halangan yang mewujudkan rukhsah adalah berdosa besar dan “wajib bertaubat.” Hakikatnya, ia merujuk wajib dari sudut rohani (ilmu tasawwuf) atau bahasa yang biasa digunakan. Contoh perkataan ‘Wajib’ yang biasa digunakan seperti:

“Kita wajib membantu ummat Islam di P4l3stin dengan bersedekah”, maka bukanlah wajib hukmi sehingga jatuh berdosa besar mereka yang tidak bersedekah untuk P4l3stin.

“Kerana besarnya ganjaran iaitu syurga (berdasarkan hadis sahih) bagi yang membaca ayat kursi selepas solat, maka wajib jangan tinggalkannya selepas solat”, maka bukanlah bermaksud berdosa jika tidak membacanya.

Maka ‘Wajib’ disini adalah satu kemestian dari sudut akhlak atau adab sebagai hamba yang soleh. Sebaiknya seorang lelaki yang beriman, ketika waktu solat Jumaat berusaha untuk menghidupkan waktu Jumaatnya seperti mendengar khutbah melalui saluran televisyen, radio atau ‘live.’ Berusaha menghidupkan rasa cinta dan rindu untuk melaksanakan solat Jumaat walaupun berhalangan. Antara lain tidak berkeliaran tanpa sebab ketika waktu solat Jumaat, bagi menunjukkan rasa hormat, malu dan “rasa bersalah.”

Tuan/Puan, hakikatnya kita dapat melihat selepas berlalu fasa pertama PKP 1.0 dan 2.0, apabila solat Jumaat telah dibenarkan dengan SOP, masih dan bertambah ramai lelaki muslim yang mencuaikan solat Jumaat tanpa sebab. Ia satu situasi yang sangat menyedihkan. Seolahnya tiada lagi “Rasa Berdosa” walaupun benar-benar melakukan dosa besar:

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ

Maksudnya: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang Fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

.

Sahibus Samahah Datuk Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak semasa beliau ditemubual oleh akhbar Sinar Harian pada 22 Mei 2020.

“Jelasnya, antara bentuk tindakan meremehkan solat Jumaat dalam kalangan masyarakat termasuklah sengaja tidak pergi solat Jumaat walaupun nama tersenarai di dalam giliran menunaikan solat Jumaat atau sengaja memberikan giliran solat Jumaat kepada orang lain sedangkan tiada keuzuran syarak kepada dirinya. Selain itu, tidak berusaha memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan tidak berusaha datang awal ke masjid untuk solat Jumaat juga merupakan sebahagian perbuatan meremehkan solat Jumaat.”

“Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan keputusan membenar semua surau melaksanakan solat Jumaat itu, semua ahli jawatankuasa masjid wajib memastikan semua surau yang berada di dalam kariah mereka berusaha menampung jemaah lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau Surau Diri Jumaat sedia ada.”

“Bukan setakat membiarkan surau berkenaan memilih untuk melaksanakan solat Jumaat atau tidak kerana maksud kebenaran itu adalah untuk membolehkan semua lelaki Muslim solat Jumaat setiap minggu.”

“Jangan sampai ada di kalangan lelaki-lelaki Muslim merasa lazat untuk berterus-terusan meninggalkan solat Jumaat sewenang-wenangnya begitu sahaja,” katanya.

“MAIPk dalam satu kenyataan memaklumkan semua surau di Perak yang berdaftar dengan MAIPk dibenar melaksanakan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPP bermula 10 Julai 2020 ini.”

“Kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau-surau institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.”

Artikel Penuh:
https://www.sinarharian.com.my/…/Berdosa-besar-cuai…

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

.

سبحان اللّه وبحمده سبحان اللّه العظيم

Sebagai orang awam dan sepanjang tempoh berada dalam lapangan dakwah lebih kurang 10 tahun, saya menghormati semua alim ulama’, ilmuan dan pendakwah tanpa mengira latar belakang, tidak menghina atau mencerca walaupun tidak bersetuju, atau membalas cercaan terhadap saya tanpa sebab sahih. Saya percaya semua pendakwah berusaha memberi kebaikan untuk pembangunan rohani, akal dan akhlak ummah.

Onak dan ranjau berduri dunia dakwah ini membuatkan saya belajar banyak perkara;

1. Setiap patah perkataan atau tulisan yang saya sampaikan perlu diiringi dengan sikap sangat berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan yang berulang, kerana hukuman segera menanti tanpa belas kasihan. Nasihat dan teguran yang baik dengan cara yang baik amatlah diharapkan dan dihargai.

2. Susulan tekanan demi tekanan, lalu antara ikhtiar saya ialah mewujudkan unit penyelidikan sendiri yang terdiri daripada 8 orang (setakat ini) dengan latar belakang pengajian islam yang berbeza. Perniagaan kecilan di bawah Galeri UAH itulah yang menampung pembayaran gaji buat mereka, ia satu pelaburan yang sangat berbaloi, demi kelangsungan dakwah yang benar dan sahih.

Namun, hakikatnya saya tetap tidak dapat lepas daripada melakukan kesilapan demi kesilapan. Saya akan terduduk sekejap apabila dikecam dicerca, namun usaha bangkit semula walau payah demi ummah. Jika untuk diri, suami dan anak-anak, mahu saja saya menjadi isteri dan ummi sepenuh masa.

3. Budaya mengeji dan menghina masyarakat kita pada waktu ini sangat membimbangkan, berlaku tanpa rasa segan dan berdosa. Bukan hanya dalam kalangan orang awam, tapi dicontohkan oleh ilmuan dan agamawan. Maka saya menyeru, sebagaimana tujuan utama Nabi Muhammad SAW diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak menjadi satu landasan perjuangan dan metod dakwah.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”

(HR Ahmad, hadis sahih)


KESIMPULAN

Saya berharap agar apa yang disampaikan dalam penjelasan ini tidak mengguris hati mana-mana pihak dan mengharmonikan kembali salah faham yang berlaku. Semoga ada hikmah yang besar daripada Allah SWT untuk saya khususnya, pihak berwajib dalam meneliti lebih mendalam dan untuk kita semua. Sekali lagi saya mohon maaf atas segala yang berlaku.

Setinggi ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Supyan Hussin (Prof. UKM), Dr. Wan Hilmi (Pensyarah, UKM), Dr. Muhamad Rozaimi Ramle (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis), Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (Penyelia Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian), Dr. Mohd Hafiz Mahaiyadin (Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara), Ustaz Dr. Roslan Mohammed (Mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaya), Ustaz Abu Syafiq (Pengasas Pertubuhan ASWAJA), Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari (Mudir Maahad An-Noer, Janda Baik, Pahang), Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar (Kadi Daerah Kota Setar, Kedah), Dr. Muhamad Ilyas Mohd Mydin (Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), Ustaz Abid Annuriyy (Pensyarah OUM) dan lain-lain tokoh yang saya tak dapat sebutkan satu persatu dalam tulisan ini.

Juga setinggi rasa terharu dan penghargaan kepada semua sahabat alam maya yang sentiasa memberikan doa, sokongan, semangat, kefahaman dan nasihat yang cukup berhikmah. Kebanyakan komentar saya baca dan rasa sungguh bahagia. Saya juga berlapang dada dan memaafkan segala kekhilafan dan kecaman yang dilontarkan kepada saya tanpa tuntutan sampai akhirat.

Sama-sama kita hayati peringatan daripada Rasulullah SAW:

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Maksudnya: “Ikatan-ikatan Islam akan terburai satu demi satu, setiap kali satu ikatan terburai orang-orang bergantungan pada ikatan selanjutnya. Yang pertama kali terburai adalah masalah hukum dan yang terakhir adalah solat.”

(HR Ahmad, hadis sahih)

Wallahu A’lam.
ASMA’ BINTI HARUN



– MalaysiaGazette
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,574
Reaction score
2,585
Points
201

Adakah wajib solat taubat jika tidak hadir solat Jumaat tiga kali?​

May 27, 2021
jumaat-696x391.jpg
Foto hiasan.
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah para lelaki mukallaf yang tidak hadir solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut kerana mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan wajib untuk bertaubat dengan mendirikan solat sunat taubat? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Ringkasan jawapan:

Tidak diwajibkan bertaubat dan juga tidak wajib mengerjakan solat taubat bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut disebabkan mematuhi arahan kerajaan dan menjaga diri daripada wabak Covid-19.


Hal ini kerana ia termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan oleh syarak, maka ia bukanlah satu dosa yang memerlukan kepada taubat. Dalam situasi sekarang digalakkan untuk kita sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dalam setiap masa kerana Rasulullah SAW sendiri beristighfar sebanyak seratus kali sehari walaupun Baginda SAW maksum.

Walau bagaimanapun, seseorang lelaki yang mukallaf perlulah untuk berusaha dengan sebaiknya mendapatkan tempat jika dibenarkan solat Jumaat di masjid dengan kouta dan SOP yang tertentu yang ditetapkan oleh pihak masjid seperti mengisi borang yang disediakan dan hadir awal ke masjid. Ini supaya tidak termasuk dalam perbuatan mengambil ringan kewajipan solat Jumaat sehingga tidak mempedulikan tentangnya. WaAllahu a’lam.

Advertisement

Huraian jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT telah menetapkan tentang kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki yang mukallaf di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Jumu’ah: 9)

Begitu juga, Rasulullah SAW memberi ancaman kepada orang yang meninggalkan solat Jumaat secara sengaja dan mengambil mudah tentang kewajipannya dengan Allah SWT akan mengunci mati hatinya. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil ringan akannya, nescaya Allah SWT akan mengunci mati hatinya. [Riwayat Abu Daud (1052) dan al-Nasa’ie (1369)]

Selain itu, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Nasaie, Rasulullah SAW bersabda:

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ، أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ، ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

Maksudnya: Hendaklah sesuatu kaum itu menghentikan daripada perbuatan mereka meninggalkan solat Jumaat, jika tidak Allah akan menutup hati-hati mereka, maka demikian mereka akan tergolong daripada golongan yang lalai.[Riwayat Muslim (865) dan al-Nasa’ie (1370)]

Berkaitan hadis-hadis ini, kami telah menghuraikannya bahawa ancaman tersebut merujuk kepada mereka yang meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan di sisi syarak. Jika sekiranya seseorang itu meninggalkannya walau sebanyak tiga kali berturut-turut disebabkan keuzuran yang dibenarkan syarak, maka dia tidak termasuk dalam ancaman ini. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk artikel Al-Kafi #1674: Meninggalkan Tiga Kali Solat Jumaat Dalam Suasana Covid-19.

Oleh yang demikian, jika seseorang meninggalkan solat Jumaat disebabkan keuzuran seperti khuatir menularnya wabak Covid-19 serta mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan, maka dia tidak berdosa. Kewajipan untuk bertaubat kepada sesiapa yang sengaja melakukan dosa sama ada melakukan maksiat atau meninggalkan kewajipan. Imam al-Nawawi menyatakan dalam kitab Riyadh al-Salihin bahawa:

ويجِبُ أنْ يَتُوبَ مِنْ جميعِ الذُّنُوبِ، فَإِنْ تَابَ مِنْ بَعْضِها صَحَّتْ تَوْبَتُهُ عِنْدَ أهْلِ الحَقِّ مِنْ ذلِكَ الذَّنْبِ وبَقِيَ عَلَيهِ البَاقي. وَقَدْ تَظَاهَرَتْ دَلائِلُ الكتَابِ والسُّنَّةِ، وإجْمَاعِ الأُمَّةِ عَلَى وُجوبِ التَّوبةِ.

Maksudnya: Wajib untuk bertaubat ke atas semua dosa-dosa, jika sekiranya seseorang itu bertaubat ke atas sebahagian sahaja daripada dosa-dosanya, maka taubat sah bagi dosa-dosa tersebut di sisi para ulama’. Oleh itu, masih berbaki lagi dosa-dosa yang belum dia bertaubat. Terdapat banyak dalil-dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulama berkaitan kewajipan bertaubat. (Rujuk Riyadh al-Salihin Min Kalam Sayyid al-Mursalin: 17)

Justeru, tidak wajib ke atasnya untuk bertaubat dan solat taubat atas perkara tersebut kerana ia bukanlah satu dosa yang memerlukan kepada taubat. Namun digalakkan untuk memperbanyakkan beristighfar di setiap masa dan waktu kerana Rasulullah SAW sendiri beristighfar sebanyak seratus kali sehari walaupun Baginda SAW seorang yang maksum. Sabda Nabi SAW:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، تُوبُوا إِلَى اللَّهِ، فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ

Maksudnya: Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kalian kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah SWT seratus kali dalam sehari. (Riwayat Muslim 2702)

Walau bagaimanapun, seseorang lelaki yang mukallaf itu hendaklah berusaha dengan sebaiknya untuk mendapatkan tempat jika dibenarkan solat Jumaat di masjid dengan kouta dan SOP yang telah ditentukan. Antara usaha yang perlu dilakukan ialah seperti mengisi borang yang disediakan dan hadir awal ke masjid. Berkaitan hal ini, rujuk artikel Al-Kafi #1735: Adakah Wajib Hadir Beratur Untuk Mendapat Tempat Bagi Solat Jumaat Pada Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)?

Berbalik kepada maksud hadis yang dinyatakan sebelum ini, ia memberi gambaran jelas bahawa golongan lelaki yang mukallaf tidak boleh mengambil ringan tentang kewajipan solat Jumaat. Imam Badruddin al-Aini menjelaskan maksud lafaz تَهَاوُنًا (mengambil ringan) sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas, kata beliau:

قوله: “تهاونا بها” أي: كسلاً واستهتارا بها

Maksudnya: (Maksud) sabda Rasulullah SAW “mengambil ringan terhadapnya (kewajipan solat Jumaat)” ialah meninggalkannya kerana bermalasan dan tidak peduli tentangnya. (Rujuk Syarah Sunan Abi Daud, 4:372)

Manakala menurut Imam al-Suyuti dalam tentang maksud hadis ini:

الظَّاهِر أَن المُرَاد بالتهاون التكاسل وَعدم الْجد فِي أَدَائِهِ لَا الاهانة وَالِاسْتِخْفَاف فَإِنَّهُ كفر

Maksudnya: Apa yang nyata bahawa maksud mengambil ringan ialah bermalas-malasan dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya, bukan maksud menghina dan memandang enteng (kewajipannya) kerana perkara tersebut adalah satu kekufuran. (Rujuk Syarh Sunan Ibn Majah, 1:79)

Kesimpulannya, dapat difahami bahawa perlulah ada usaha dan kesungguhan untuk melaksanakan solat Jumaat di masjid supaya tidak timbul rasa bermalas-malasan dan tidak mempedulikan kewajipan solat Jumaat. Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah Imam al-Buwaithi, seorang anak murid Imam al-Syafie, yang diriwayatkan bahawa beliau walaupun dipenjara, beliau akan mandi dan memakai pakaian yang terbaik baginya pada setiap hari Jumaat, kemudian beliau pergi mengetuk pintu jeriji penjara bagi menarik perhatian pengawal penjara. Lalu pengawal penjara itu bertanya kepada beliau, “Apa yang tuan mahu?”. Kata beliau, “Aku mahu menyahut seruan Tuhan-ku (azan Jumaat)”, walaupun dia mengetahui pengawal penjara tersebut tidak akan membenarkannya keluar. Begitulah pada setiap hari Jumaat, Imam al-Buwaithi melakukan hal yang sama sebagai usaha beliau untuk pergi mendirikan solat Jumaat. Rahimahullah taala.

WaAllahu a’lam. – HARAKAHDAILY 27/5/2021

Tulisan ini diambil daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Irsyad Al-Fatwa yang diterbitkan pada 25 Mei 2021.
 

tyco

Active+ Member
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,022
Reaction score
1,632
Points
101
jangan lupa tuan puan
kiamat tidak akan terjadi melainkan hari jumaat
nabi sendiri solat sunat punyalah banyak sampai bengkak kakinya
gesa supaya bertaubat banyak kali disebut dalam alquran
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,126
Reaction score
454
Points
51
Ustazah Asma' sedikit ter'over' bila sebut perkataan wajib dalam ibadat. Jadi isu sensitif.

Actually perkataan wajib ni biasa jer kita guna dalam hidup harian. Contohnya kalau kita nak suggest satu2 kedai makan atau makanan, biasalah kita kata: 'Bro, mu WAJIB try sup ekor kat kedai X tu, sedap bhaii'... tapi tak jadi isu sebab bukan ibadat.

Dalam melakukan amal ibadat, ada orang mewajibkan dirinya melakukan amalan tertentu, contohnya solat witir sebelum tidur, solat taubat sebelum tidur.

Perkataan wajib yang Ustazah gunakan tu aku nampak akan penekanan, keperluan terhadap solat taubat. Salah kah solat taubat tu? Tak lah kannn.. Tak payahlah nak mengata2 Ustazah Asma'... ni pandangan aku lah.

Ps: tertonton jugak youtube seorang ustaz(tak ingat dah sapa), dia kata solat taubat tu tak dak dalam syariat, memadai beristighfar saja.
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,574
Reaction score
2,585
Points
201
Memang pening bila ada byk tuhan2 kecil bila buat hukum begitu begini
Elok kita ikut saja ulil amr

Kalau kene saman, bukan ustazah Atau ustad2 tu yg nak bayaukan saman
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register