BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajib jalani ujian HIV

notrexdame

Passed Away
gemgem
Messages
76,166
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,166
Reaction score
63
Points
525
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua bakal pengantin beragama Islam diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Aids, di Parlimen semalam berkata, saringan itu sebahagian daripada kursus praperkahwinan.

Katanya, langkah itu selaras sasaran kerajaan mengurangkan jangkitan HIV terutama kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan.

“Tahun depan, kita mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus praperkahwinan,” katanya kepada pemberita.






Sebelum ini, hanya beberapa negeri mewajibkan bakal pengantin menjalani saringan HIV.




Antara negeri yang mewajibkan saringan HIV ialah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, ujian saringan HIV hanya diwajibkan kepada mereka beragama Islam saja.

“Peraturan itu tidak membabitkan kalangan bukan Islam,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen. - Bernama
 
nak test ade hiv ade x die amik kt jari saje ke darah die amik ngan satu picagari?
aku chek2 darah ni fobia la.explain siket!!!!
 
emm...bukan ke sebelum ni memang wajib amik ujian eh? sebab masa den amik borang dulu pun dia kasi borang HIV ni dulu...
 
emm...bukan ke sebelum ni memang wajib amik ujian eh? sebab masa den amik borang dulu pun dia kasi borang HIV ni dulu...

tempat kuhik da mmg wajib kot sama cam tempat sy:D
 
masalah gak ni nanti...kalo laki makan luar sbb bini x layan or x kasi kawen lagi...kene gak...:p
 
emm...bukan ke sebelum ni memang wajib amik ujian eh? sebab masa den amik borang dulu pun dia kasi borang HIV ni dulu...

aku baru wat 2,3 minggu lepas...alhamdulillah saya sihat...cuak2 jugak muka bakal pengantin yang ambik ujian hiv tuh...wa ilek jer...rupanya ambik kat jari jer...aku ingat ambik banyak..letak kat tmpat macam pregnancy test tuh...alhamdulillah aku tidak mengandung sebab aku lelaki
 
tempat kuhik da mmg wajib kot sama cam tempat sy:D

ha ah...sebab prosedur perkahwinan setiap negeri ialah berbeza. ni mungkin diorang baru nak wartakan untuk setiap negeri...

bagus gak ada ujian ni, masa gi amik dulu, nurse yang test darah tu siap ceramah lagi pasal HIV...huhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register