BTC USD 22,808.5 Gold USD 1,923.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajah Pilihan Rakyat, Jumlah YB Bawah 50 Tahun Meningkat Di Parlimen

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,619
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,619
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
05.12.2022 - Kuala Lumpur, Trend pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan rakyat lebih memilih ahli Parlimen yang lebih muda. Rakyat Malaysia pada 19 November 2022 lebih cenderung memilih ahli parlimen yang lebih muda iaitu di bawah umur 50 tahun berbanding pilihan raya umum sebelum ini pada 2018. Bilangan Ahli Parlimen di bawah umur 50 tahun meningkat kepada 84 atau 37.8 peratus daripada 222 anggota Dewan Rakyat, meningkat daripada 72 (32.4 peratus) pada PRU14. Sementara itu, mereka yang berumur 50 tahun ke atas menyusut kepada sembilan peratus daripada 150 Ahli Parlimen pada PRU14 kepada 137 Ahli Parlimen pada PRU15.

Secara keseluruhannya, umur median Ahli Parlimen menurun sedikit kepada 52.4 berbanding 53.4 pada PRU14. Bekas ahli parlimen Langkawi berusia 97 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 85 tahun, kedua-duanya gagal mempertahankan kerusi mereka, tiada lagi wakit rakyat yang berumur 80 tahun ke atas. Ahli Parlimen tertua kini ialah Fong Kui Lun dari Bukit Bintang, yang berusia 76 tahun. Sementara itu, Ahli Parlimen termuda pada PRU15 ialah P. Prabakaran dari Batu dan Dr Taufiq Johari dari Sungai Petani, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Semuanya akan mula bersidang pada 19 Disember buat kali pertama sebagai ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat yang mulia nanti. Berikut menunjukkan pecahan umur ahli parlimen semasa berbanding mereka pada PRU14;
1670222660017.png

Bilangan ahli parlimen berumur 35 tahun ke bawah meningkat 37.5 peratus daripada lapan ahli parlimen pada PRU14 kepada 11 ahli parlimen pada PRU15. Berikut adalah senarai ahli parlimen termuda;
1670222712001.png

Latar belakang pendidikan ahli parlimen yang dipilih pada PRU15 adalah hampir sama seperti pada PRU14. Dengan kebanyakan ahli parlimen mempunyai pendidikan tertiari, terutamanya dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan atau kejuruteraan.Seramai 109 daripada ahli Parlimen yang baru dilantik adalah muka baharu, tetapi ramai yang berpengalaman luas dan mempunyai pekerjaan termasuk doktor, jurutera, peguam, majistret dan pensyarah universiti.
Kelayakan pelajaran 220 Ahli Parlimen pada PRU14 sebelum pembubaran.

1670222991646.png

Majoriti daripada 221 penyandang ahli parlimen mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.
Berikut ialah pecahan latar belakang pendidikan.

1670222925106.png

Sekurang-kurangnya 17% ahli parlimen pada PRU15 adalah graduan undang-undang, diikuti oleh 12.2% yang lulus dalam pengajian perniagaan, manakala 7.2% berkelulusan dalam bidang kejuruteraan. Sekurang-kurangnya 20% ahli parlimen pada PRU14 mempunyai latar belakang pendidikan tinggi yang berkaitan dengan pengajian undang-undang, manakala 12.3% berkaitan perniagaan, 5.5% dalam bidang kejuruteraan dan 4.5% dalam bidang ekonomi.
1670223092132.png

1670223080999.png

Pada PRU15, satu keputusan tidak menyebelahi calon wanita. Walaupun terdapat peningkatan secara beransur-ansur dalam bilangan ahli Parlimen wanita sejak beberapa tahun, PRU15 menyaksikan sedikit penurunan dengan 30 ahli Parlimen wanita berbanding 32 pada PRU14.
1670223133173.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2

Calon zaman Dinasour dah rebah sebab rakyat nak calon baru pulak
 
Sponsored Post

Top
Log in Register