Wajah mangsa kartel dadah Mexico dijahit ke atas bola

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MEXICO CITY 9 Jan. - Mayat Hugo Hernandez, 36, ditinggalkan di tepi jalan Los Mochis dalam keadaan terpisah kepada tujuh bahagian yang menjadi satu bentuk amaran daripada anggota kartel dadah Juarez. Sekeping nota turut ditinggalkan berbunyi: "Selamat Tahun Baru, kerana ia adalah yang terakhir".

Untuk menunjukkan mereka serius, pembunuh telah menyiat kulit muka Hernandez dan menjahitnya ke atas permukaan sebiji bola sepak.

Penemuan ngeri yang disahkan semalam oleh pendakwa raya negeri Sinaloa, menggambarkan keganasan dalam perang dadah Mexico memasuki tahap baru sehingga penyeksaan dan pemenggalan kepala menjadi perkara lumrah.

Hernandez dibawa ke Sinaloa selepas diculik pada 2 Januari lalu, di Sonora yang terletak bersebelahan, kawasan yang terkenal dengan penanaman ganja, kata jurucakap pasukan pendakwa raya Sinaloa, Martin Robles. Motif penculikan bagaimanapun tidak jelas.

Tubuh mangsa ditemui dalam sebuah bekas plastik, sementara anggota badan lain seperti lengan, kaki dan tengkorak ditemui di tempat lain. Muka Hernandez yang dijahit ke atas sebiji bola sepak, ditinggalkan di dalam beg plastik di banguan Dewan Perbandaran.

Lebih 15,000 terkorban sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan operasi membanteras kartel dadah tiga tahun lalu. Walaupun bandar sempadan seperti Ciudad Juarez dan Tijuana menyaksikan lebih banyak keganasan, Sinaloa adalah negeri yang terkenal dengan penyeludupan dadah serta tempat kelahiran empat daripada enam kartel besar.

Selalunya, mangsa didera dan dipotong bahagian badan dalam cubaan mengugut pesaing, pegawai dan siapa saja yang mengancam kartel. Ia sentiasa berkesan.

Di bandar Saltillo, utara Mexico, sebuah akhbar terkenal mengumumkan untuk tidak lagi melaporkan liputan mengenai keganasan berkaitan dadah selepas mayat wartawannya ditemui mati semalam di luar sebuah motel dengan nota ugutan.

Wartawan itu, Valentin Valdes sejak kebelakangan ini kerap menulis tentang penahanan pengedar dadah.

Banyak media tempatan yang berhenti melaporkan apa jua perkara berkaitan dadah atau mengehadkan liputan dengan menggunakan siaran akhbar kerajaan.

Sekurang-kurangnya 17 wartawan dibunuh di Mexico sejak 1992 sebagai balas dendam terhadap berita yang disiarkan, demikian menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan yang beribu pejabat di New York. - AP
 
Sponsored Post

GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
mafia-mafia bermaharajalela nun di sana,jauhilah dari negaraku tercinta
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
xdpt bayang cmne dier jahit kulit muka kt bola..zalim btol
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Dah terlalu teruk dari binatang ni. Sifat manusia dah ilang trus. Duit dan kuasa dah menguasai segala2nya utk bermaharaja lela dan lupa ttg mati. Manusia oh manusia
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
silap2 nnt ada la kat malaysia..huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register