wajah hodoh

CG Sponsors




ketumbit

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
61
Reaction score
0
Points
6
KUALA LUMPUR: Dimaki ibu kandung dengan perkataan anak ****, ***** dan tak sedar diuntung adalah ‘makanan’ hariannya, selain dipukul serta dirotan. Dia juga pernah dikurung tanpa diberi makan, disuruh ketuk ketampi 10,000 kali sehingga pengsan dan lebih malang lagi, diperkosa dua abang serta seorang saudaranya sendiri.

“Semua itu berlaku ketika saya kanak-kanak sehingga remaja. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa ibu dan adik beradik begitu membenci dan tergamak membuat saya begitu. Hanya saya yang menerima layanan kejam ibu. Adik beradik lain dilayan dengan baik,” kata wanita malang yang hanya mahu dikenali sebagai Suria.

Kini Suria sudah berusia 30 tahun, berjaya menggenggam segulung ijazah dan memiliki kerjaya stabil. Namun, semua itu belum mampu mengubah perasaan ibunya. Ikuti pangalaman hidup Suria yang diceritakan kepada wartawan Metro Ahad, ZAITIE SATIBI.

“APA yang ingin saya paparkan adalah kesedihan dan kesakitan yang saya tanggung sejak berusia enam tahun sehingga sudah memiliki kerjaya. Saya tidak berniat memburuk-burukkan ibu. Sejahat mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan saya.

“Namun, siapa yang boleh tahan jika sentiasa dihina dan didera. Perkataan *****, hodoh, anak ****, tak sedar diuntung dan kecil-kecil tak nak mampus sentiasa bermain di bibirnya. Itu belum dikira perbuatannya yang kerap memukul, merotan dengan pengikat getah bercangkuk dan menyuruh saya ketuk ketampi 10,000 kali sehingga saya pengsan jika kemarahannya membuak.

Lebih buruk, saya juga dikurung dalam kandang di bawah rumah serta tidak diberi makan seharian. Saya hanya akan dilepaskan keesokannya, itupun sebab mahu ke sekolah.

Adik-beradik saya juga tidak seorang pun yang memihak kepada saya. Semuanya seolah-olah ‘merestui’ tindakan ibu, malah mereka juga bersama-sama mendera saya fizikal dan mental.

Ayah pula tidak berkuasa dalam hal ini kerana dia sibuk bekerja sebagai nelayan dan masanya lebih banyak tertumpu di laut mencari rezeki bagi menyara keluarga yang punya anak ramai.

Oleh itu, ibulah segala-galanya bagi kami adik beradik. Saya rasa ibu juga mengawal ayah kerana ayah disuruh bekerja tanpa henti dan jangan pulang jika tidak membawa wang yang banyak. Sehingga ayah sakit teruk pun dia masih disuruh bekerja.

Berbalik kepada kisah saya, selalu saya bertanya diri sendiri mengapa ibu begitu kejam. Sepanjang ingatan, saya tidak pernah membuat sebarang kesalahan yang mengecilkan hati ibu.

Tahu-tahu ibu teramat bencikan saya sehingga apa saja saya buat semua serba tidak kena. Saya hina sangat ke? Saya masih ingat perbuatannya walaupun masa itu saya juga masih kecil.

Saya sendiri kurang pasti mengapa ibu terlalu bencikan saya. Namun, jika berdasarkan sumpah seranah dan maki hamunnya sejak saya kecil, mungkin kekurangan aspek fizikal saya menjadi puncanya.

Apabila diteliti, wajah dan perawakan saya kurang menarik jika dibandingkan dengan adik beradik lain. Mereka berkulit putih, tinggi dan langsing dan masing-masing berkulit putih dan berwajah Cina seperti ayah.

Hanya saya yang berkulit gelap, rendah, berbadan gempal dan ciri-ciri dimiliki saya itu saling tidak tumpah seperti ibu.

Saya hanya mampu bersabar dan tidak berani menyuarakan apa-apa. Kekuatan saya ketika itu, hanyalah kasih sayang daripada guru di sekolah yang selalu menasihati dan membimbing saya untuk menjadi manusia berguna.

Di sekolah saya tergolong dalam pelajar cemerlang dan guru mengasihi serta kerap memuji saya. Disebabkan itu, saya yakin saya bukan anak **** seperti dianggap ibu.

Mungkin pandangan yang berlawanan itu membuatkan saya mampu untuk meneruskan kehidupan walaupun disulami kesedihan berpanjangan. Dorongan guru juga membolehkan saya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Sekarang saya sudah dewasa. Sudah punya kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat dengan pendapatan bulanan ribuan ringgit. Ia lebih baik berbanding adik beradik lain yang sudah bekerja.

Apabila sudah memegang duit sendiri, saya cuba menambat hati ibu supaya menerima saya sama seperti adik-beradik lain. Tahun pertama bekerja saya sudah membuat pinjaman bank bagi membuat rumah baru di kampung menggantikan rumah papan untuk keselesaan keluarga.

Saya juga memberi wang belanja sekitar RM300 hingga RM500 sebulan. Namun, kadang-kadang ibu meminta lebih banyak, sedangkan saya juga membantu menanggung pelajaran tiga adik di institut pengajian tinggi (IPT).

Pendek kata, semua wang gaji saya dihabiskan untuk keluarga, sehingga sampai satu peringkat saya tidak punya apa-apa berbanding teman lain yang sudah mengumpul harta sendiri.

Namun, pengorbanan yang saya buat bukan saja tidak dihargai ibu dan adik beradik, malah duit saya dikikis seolah-olah mereka tidak pernah puas. Yang peliknya, saya hanya diperlukan jika mereka susah, sebaliknya jika senang saya dilupakan.

Ibu hanya menelefon saya jika dia mahu duit. Duit, duit, duit, itu saja yang dia mahu dari saya. Sedikit pun tidak pernah tanya khabar sama ada saya sihatkah atau sakit.

Akibatnya, kini saya semakin jarang pulang ke kampung menjenguk ibu. Tambah pula, ayah sudah meninggal dunia tiga tahun lalu. Saya tidak mahu lagi menerima penghinaan daripada ibu.

Walaupun banyak yang sudah saya beri kepada ibu, saya masih lagi menjadi sasarannya untuk menerima pelbagai cercaan. Tidak cukup dengan itu, ibu mereka cerita buruk mengenai saya dan menjajanya kepada anak-anak lain.

Ibu kata saya anak yang tidak sedar diri dan berlagak. Sudah ada gaji besar tetapi sekali pun tidak mengirim wang kepadanya, sedangkan setiap bulan pendapatan saya dipotong bagi membayar ansuran pinjaman membuat rumah.

Sebenarnya, saya turut menyimpan peristiwa pahit yang pasti sukar ditempuh wanita lain. Sejak kecil saya turut menjadi habuan nafsu serakah dua abang dan seorang sepupu ibu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang mereka lakukan adalah salah.

Ketika melangkah ke alam remaja, baru saya tahu kejinya perbuatan mereka. Abang juga menghentikan perbuatan terkutuk mereka terhadap saya, mungkin kerana mereka juga sudah mulai faham.

Cuma sepupu ibu yang masih cuba mengganggu saya walaupun saya sudah belajar di universiti. Lelaki itu saya anggap sejahat-jahat manusia kerana tidak serik dengan perbuatannya walaupun berkali-kali diberi amaran.

Akibat tidak tahan, saya mengadu kepada ibu tetapi saya amat terkejut kerana ibu langsung tidak percaya, sebaliknya menuduh saya yang jahat dan mengada-adakan cerita.

Ibu mendakwa sepupunya tidak akan melakukan perbuatan itu kerana berasal dari keturunan baik. Saya menangis kerana tidak menyangka orang yang sepatutnya memberi perlindungan kepada saya, memiliki hati seperti binatang.

Jika ibu menolak aduan saya yang diperkosa, mengapa ibu tergamak memberitahu rombongan meminang saya mahukah mereka menerima saya yang sudah ‘ditebuk’.

Alangkah kecewanya saya dengan sikap ibu, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa selain menangis dan memendam perasaan. Saya tidak melaporkan perbuatan lelaki durjana itu kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menanggung malu.

Saya mula berubah untuk tidak lagi tunduk dengan penghinaan ibu selepas peristiwa ibu berkomplot dengan seorang adik lelaki untuk menipu duit saya. Selepas bertahun-tahun bekerja, saya mengumpul wang untuk membeli motosikal.

Namun, ibu menyuruh saya beli motosikal terpakai milik adik yang berharga RM3,000 tunai. Kata mereka, motosikal itu dibeli adik saya secara tunai dan tiada hutang di kedai. Namun, baru beberapa bulan saya pakai kenderaan itu, adik saya minta wang lagi.

Rupa-rupanya motosikal itu masih belum habis bayar dan wang diminta dari saya digunakan bagi menjelaskan ansuran. Saya memulangkan motosikal itu kepada adik dan memintanya mengembalikan wang RM3,000 milik saya.

Tetapi, saya tersilap kerana tidak menukar nama pada geran menyebabkan adik saya mengambil kesempatan. Yang menyakitkan hati, duit RM3,000 saya juga tidak dipulangkan tapi digunakan untuk berfoya-foya.

Kejadian itu menyebabkan saya seolah-olah baru mendapat cahaya kesedaran bahawa saya tidak mendapat sebarang keuntungan dengan membuat kebaikan terhadap ibu dan ahli keluarga.

Sejak itu saya mula merancang kebahagiaan diri sendiri. Saya tidak lagi pedulikan setiap kali ibu mahu duit. Saya hanya beri bila saya mahu. Saya juga pulang ke kampung bila ada hati, itupun ketika tiada adik-beradik lain pulang sama.

Memang saya rasa tidak menentu dengan perbuatan ini, namun saya sudah meminta pandangan seorang ustaz. Katanya, apa yang saya buat ini betul dan saya tidak perlu rasa bersalah.

Hanya kepada Tuhan tempat saya mencurahkan kesedihannya dan meminta hidayah-Nya agar diberi kekuatan untuk menjalani hari mendatang. Saya juga punya seorang sahabat karib yang sedia mendengar rintihan saya dan sering memberi sokongan supaya saya lebih tabah.

Namun, sebagai anak, biar seburuk manapun ibu saya, saya harus menyayangi dan menghormatinya. Saya tidak mahu digelar anak derhaka. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Mudah-mudahan ibu mendapat petunjuk daripada Maha Esa pada suatu hari nanti. Semoga pintu hatinya terbuka untuk menjadi seorang ibu yang lebih bertanggungjawab.

Pada saya, ibu mungkin ada masalah dalam jiwanya. Ibu juga memiliki ego yang tinggi kerana di samping sukar mengaku kesalahan sendiri, dia juga sangat susah menerima pendapat orang lain.

Saya berdoa ibu akan insaf dan bertaubat dengan perbuatannya terhadap saya. Selain itu, saya turut berharap tidak ada ibu bapa lain yang memilih kasih anak-anak jika ada antaranya yang memiliki kekurangan diri kerana saya tidak mahu ada lagi insan hidup menderita seperti saya akibat disisih keluarga sendiri.”

** http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20081123110300/Article


- Org camni pon ada gak erk. pelik btol aku rasa. kambing pon tak sengal cam nih.
 
Last edited:
Sponsored Post

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
entah betoi ke idak metro neh..
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Sedihnyer...baca cerita nie...sy bersyukur sgt dgn mak kiter yg selalu support kat kiter...hopefully dier tabah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa pompuan tuh...:(:(
 

ketumbit

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
61
Reaction score
0
Points
6
entah betoi ke idak metro neh..
ntah la btol ke tak. tapi kalau btol, mak dia ni leh dikategorikan sbg manusia paling peling. elok masuk guiness world record je :eek::eek::eek:
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
cerita tipu jer ni kot mana mana yang anggap cerita ni menarik mamang patut sebab cerita ni tipu sebab cerita menarik tak semestinya benar
 

sis_zety

Active+ Member
Joined
May 10, 2008
Messages
3,830
Reaction score
10
Points
40
sedihnye kisah die...
kalo betol la...
die kene byk2 besaba...
kene slalu mintak doa bukakan pintu ati mak n adik badik die yg lain...
ape yg jadi pasti ade hikmah :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register