Wahai Empat Orang Isteriku...

CG Sponsors




kerambit

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2008
Messages
385
Reaction score
15
Points
15
Suatu ketika dulu ada seorang usahawan kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya sebab isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairanlah lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Usahawan itu juga mencintai isteri ketiganya. Dia sangat bangga dgn isterinya dan sering berusaha utk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari mengikut lelaki lain.
Begitu juga dengan isteri yang kedua. Usahawan ini sangat menyayanginya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila usahawan kaya menghadapi masalah, usahawan kaya akan meminta pandangan isteri keduanya ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat yg sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga usahawan. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha usahawan tadi. Akan tetapi si usahawan tidak begitu mencintainya walaupun isteri pertamanya ini begitu begitu sayang kepadanya namun usahawan ini tidak begitu mempedulikannya.
Suatu ketika si usahawan sakit. Dia menyedari bahwa masanya utk hidup tingal tidak berapa lama lagi. Usahawan kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati "saat ini aku ada empat org isteri, tapi bila aku mati, aku akan sendirian".
Lalu dia minta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri KE EMPATNYA >"kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau pakaian dan perhiasan indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kau mendampingi dan menemaniku?"
Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" Jawab isteri keempatnya lalu pergi begitu saja tanpa berkata2 lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati usahawan seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya.
Usahawan yg sedih itu lalu bertanya kpd isteri ketiganya. "Aku mencintaimu sepenuh hati dan tidak lama lagi hidupku akan berakhir. Mahukah kau mengikutku dan menemani akhir hayatku?".
Isteri ketiganya menjawab,"hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Usahawan kaya begitu terpukul dgn jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu Usahawan kaya bertanya pada isteri keduanya, "aku selalu mengadu padamu setiap kali menghadapi masalah dan kau sering membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolongan mu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?"
Si isteri kedua menjawap perlahan..."Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang lahad saja. Nanti akan ku buatkan makam yg indah buat mu".
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si Usahawan kaya berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkan mu, aku akan setia bersamamu."
Si Usahawan kaya menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertama tampak kurus. Badannya seperti org yg kelaparan. timbul rasa kesal yg amat sangat di hati Usahawan kaya kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.
"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan aku biarkan kau seperti ini, isteriku". Kata usahawan kaya dgn linangan air mata penyesalan.

Sedara2 warga CG sekalian, sesungguhnya apa yg berlaku kepada usahawan kaya itu sama dgn apa yg kita lalui. Kita mempunyai EMPAT orang isteri dalam hidup ini:-
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan utk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitu sahaja apabila kita mati. Tiada keindahan dan kegagahan yg tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita mati, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Waktu beredar, mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman2. Seberapa pun dekat hubungan kita dgn mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai di kubur sahaja mereka akan menemani kita.
ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amalan kita. Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yg mampu menolong kita di akhirat kelak.


Buat renungan semua > petikan dari Mastika February 2009
 
Sponsored Post

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,486
Reaction score
38
Points
80
aku telah merenung jauh daripada jangkaan kamu..oh!
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
rasa dah penah baca!
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Nasib baik aku belum kawin 4....
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
aik...lynn dah pernah dpt email nie,

kalau x silap thn 07,

naper mastika baru keluarkan thn 09?

Em....:-?:-?
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
aik...lynn dah pernah dpt email nie,

kalau x silap thn 07,

naper mastika baru keluarkan thn 09?

Em....:-?:-?
Sebab dia Mastikantoi....:)):))
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
ala, mastika ulang tayang astrok!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register