Wad Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,841
Reaction score
21,010
Points
1,671
Najib Razak
· 4 hrs ·

Semalam, ADUN DAP Teng Chang Khim mendesak kerajaan PN untuk dedahkan hasil siasatan dan perbincangan Jawatankuasa Khas berhubung kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tahun 2016.

Inilah ceritanya.

Pada bulan Okt 2016, 6 nyawa terkorban dalam tragedi kebakaran HSA.

Lalu pada bulan Nov 2016, kerajaan BN dahulu tubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang terdiri dari orang tidak berpihak untuk mencari punca kebakaran, mengesan salah laku dan memberi syor-syor bagi memperbetulkan keadaan supaya tragedi kebakaran tidak akan berulang.

BN ikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk staff kerajaan KKM atau syarikat swasta yang bertanggung jawab atas penyelenggaraan dan pengurusan bangunan hospital tersebut.

"Nov 2016: Medivest will be examined by an independent committee to verify if it carried out its responsibilities according to the concession agreement,"

(Pada tahun 1996, PM4 telah mengswastakan semua kerja penyelenggaraan, pengurusan bangunan dan bekalan Hospital Sultanah Aminah serta semua hospital kerajaan di zon selatan negara kepada syarikat Tongkah Medivest milik anak PM4).

Laporan itu siap pada 6 Jun 2018 selepas PRU14 dan diserahkan kepada kerajaan PH di bawah PM7. Masa menyerah laporan, pengerusi jawatankuasa mendesak kerajaan PH untuk mengumumkan dan mendedahkan laporan tersebut.

"6 Jun 2018: JB hospital fire: Make public probe findings, says inquiry committee"

Namun pada bulan Nov 2018, Menteri Kesihatan PH kata laporan tersebut masih tidak boleh didedahkan kerana memerlukan kebenaran kabinet PH.

"25 Nov 2018: Dapatan kebakaran ICU HSA belum boleh didedahkan"

Setelah setahun berkata demikian, kerajaan PH masih tak dedahkan laporan tersebut.

"20 Sept 2019: G25 gesa umum siasatan kebakaran Hospital Sultanah Aminah"

Akhirnya, laporan tersebut tidak pernah didedahkan sehingga rejim Gagalkrasi PH tumbang pada 24 Feb 2020.

Semalam, pemimpin-pemimpin PH pula mengambil kesempatan untuk kecam kerajaan PN kerana tak dedahkan laporan tersebut.

Kerajaan PN juga dikecam mereka sekarang kerana pihak PDRM sedang menyiasat seorang ketua pengarang portal bernama Boo Su-Lyn yang pernah mendedahkan beberapa dapatan laporan tersebut dalam artikel-artikel bulan Mac 2020 lalu.

Pada pendapat saya, kerajaan PN perlu dedahkan laporan tersebut serta-merta kerana laporan dah lama siap.

Saya juga rayu kepada pihak PDRM dan pejabat Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan yang drastik ke atas Boo Su-Lyn kerana saya lihat dia ikhlas untuk menambah baik sistem kesihatan Malaysia.

Tahun lepas, Boo juga pernah banyak kali mengecam skim MySalam yang merupakan projek kesayangan Menteri Kewayangan PH bersama syarikat Insurans milik penuh Singapura kerana pulangan projek itu tak masuk akal dan banyak merugikan negara.

Boo tulis tentang laporan Hospital Sultanah Aminah sejak tahun 2019 sehingga bulan Mac 2020 lalu kerana dia tidak mahu tragedi kebakaran untuk berulang.

Malangnya, kebakaran Hospital Sultanah Aminah berlaku sekali lagi.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,841
Reaction score
21,010
Points
1,671
dr adham org johor malu la klo xbole setelkan
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,753
Reaction score
1,983
Points
201
TMJ bising haritu kata Johor dianaktirikan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register