Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-9 Jun, 115 Mati, 38 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376
aebbsae_1578290068.jpg


BEIJING: China menegaskan wabak pneumonia yang mengorbankan 59 nyawa setakat ini bukan virus Sindrom Penafasan Yang Teruk (SARS), yang menyebabkan ratusan orang terbunuh sedekad lalu.

Jangkitan yang mula dilaporkan di Wuhan, sebuah bandar dengan lebih 11 juta penduduk, menyebabkan spekulasi di media sosial bahawa ia mungkin wabak SARS yang mudah berjangkit.

Suruhanjaya Kesihatan Wuhan berkata wabak itu sudah dipastikan bukan selsema, selsema burung, adenovirus, SARS atau Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Polis Wuhan berkata pihaknya menghukum lapan individu kerana menerbitkan atau menghantar maklumat palsu di laman sosial tanpa mengesahkannya terlebih dulu.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Kesihatan Wuhan, tujuh daripada 59 pesakit sakit teruk tetapi tiada yang maut setakat ini. Kesemua mereka dikuarantin dan menerima rawatan.

Jangkitan berlaku antara 12 and 29 Disember, membabitkan beberapa pesakit yang bekerja di pasar makanan laut di bandar itu, yang kini ditutup untuk proses nyah kuman. Setakt ini tiada bukti menunjukkan wujud jangkitan dari manusia kepada manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, hakikat bahawa jangkitan berlaku di pasar basah menempatkan makanan laut dan ternakan hidup mungkin menandakan ada jangkitan daripada haiwan.

Bagaimanapun, WHO tidak akan mengenakan larangan perjalanan atau perdagangan terhadap China.

Wabak SARS membunuh 349 orang di China dan 299 orang di Hong Kong pada 2003.

Mengikut WHO, virus yang menjangkiti lebih 8,000 orang di seluruh dunia itu dipercayai berasal dari wilayah Guangdong di selatan China.

China memecat Menteri Kesihatannya, Zhang Wenkang, kerana gagal menguruskan krisis itu selepas beberapa bulan kes pertama dilaporkan. WHO mengumumkan China bebas SARS pada Mei 2004. - Reuters





COVID19: Real Time Counter, World Map, News, Update, Cases, Deaths




COVID-19 Live Update​

UPDATE KES COVID-19 DI MALAYSIA SETAKAT 29 MEI 2020 JAM 5 PETANG

Keseluruhan: 7732
Kes Kematian Keseluruhan: 115
Kes Kematian Baru: 0
Kes Sembuh: 6235
Kes Sembuh Baru: 66
Kes Baru: 103
Kes Masih Dirawat: 1382
Kes ICU: 8 (2 Perlukan Alat Pernafasan)


STATISTIK KES KEMATIAN COVID-19 MENGIKUT JANTINA, USIA, TARIKH DAN NEGERI

Sehingga Jam 5 Petang 29 Mei 2020, 115 kematian dicatatkan akibat COVID-19

1. Lelaki 34 Tahun 🇲🇾
2. Lelaki 60 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
3. Wanita 79 Tahun 🇲🇾
4. Lelaki 58 Tahun 🇲🇾
5. Lelaki 50 Tahun 🇲🇾
6. Wanita 40 Tahun 🇲🇾
7. Lelaki 57 Tahun 🇲🇾
8. Lelaki 69 Tahun 🇲🇾
9. Lelaki 48 Tahun 🇲🇾 (Doktor)
10. Lelaki 74 Tahun 🇲🇾
11. Lelaki 70 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
12. Lelaki 70 Tahun 🇲🇾
13. Lelaki 49 Tahun 🇲🇾
14. Wanita 51 Tahun 🇲🇾
15. Lelaki 71 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
16. Lelaki 75 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
17. Lelaki 66 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
18. Lelaki 56 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
19. Wanita 68 Tahun 🇲🇾
20. Lelaki 76 Tahun 🇲🇾
21. Lelaki 63 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
22. Lelaki 48 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
23. Lelaki 62 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
24. Lelaki 35 Tahun 🇲🇾
25. Lelaki 83 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
26. Lelaki 53 Tahun 🇲🇾
27. Lelaki 61 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
28. Wanita 91 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
29. Wanita 64 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
30. Lelaki 76 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
31. Lelaki 27 Tahun 🇲🇾 (Sakit Kronik)
32. Lelaki 50 Tahun 🇲🇾 (Darah Tinggi)
33. Lelaki 37 Tahun 🇲🇾
34. Lelaki 77 Tahun 🇲🇾 (Darah Tinggi)
35. Wanita 57 Tahun 🇲🇾
36. Lelaki 47 Tahun 🇲🇾
37. Wanita 46 Tahun 🇲🇾 (Autoimun)
38. Wanita 48 Tahun 🇲🇾 (Darah Tinggi)
39. Lelaki 69 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
40. Lelaki 69 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
41. Lelaki 40 Tahun
42. Lelaki 81 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
43. Lelaki 73 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
44. Wanita 80 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
45. Lelaki 62 Tahun 🇲🇾 (Kronik)
46. Lelaki 37 Tahun (Kronik)*
47. Lelaki 78 Tahun (Kronik)*
48. Lelaki 85 Tahun (Kronik)*
49. Lelaki 61 Tahun*
50. Lelaki 69 Tahun*
51. Wanita 84 Tahun (Sakit Jantung)*
52. Lelaki 52 Tahun*
53. Wanita 73 Tahun (Kronik)*
54. Wanita 85 Tahun (Sakit Jantung)*
55. Wanita 66 Tahun (Darah Tinggi)*
56. Lelaki 56 Tahun (Sakit Jantung)*
57. Lelaki 61 Tahun (Kencing Manis)
58. Lelaki 72 Tahun (Kronik)*
59. Lelaki 68 Tahun (Kencing Manis)
60. Lelaki 53 Tahun*
61. Lelaki 66 Tahun (Kronik)*
62. ?
63. Lelaki 71 Tahun*
64. Wanita 58 Tahun (Kronik)*
65. Lelaki 69 Tahun (Kencing Manis)*
66. Lelaki 59 Tahun (Kronik, Auto Imun)*
67. Wanita 23 Tahun (Tiroid)*
68. Lelaki 62 Tahun (Kencing Manis)*
69. Lelaki 77 Tahun (Kencing Manis)*
70. Wanita 88 Tahun (Kronik, Dementia)*
71. Lelaki 66 Tahun (Kronik)*
72. Lelaki 71 Tahun (Kronik)*
73. Lelaki 63 Tahun (Darah Tinggi)*
74. Lelaki 54 Tahun (Kronik)*
75. Lelaki 90 Tahun (Kronik)*
76. Wanita 47 Tahun (Darah Tinggi)*
77. Lelaki 62 Tahun 🇲🇾 (Kronik)*
78. Lelaki
79. Lelaki 65 Tahun (Kronik)*
80. Lelaki 63 Tahun (Jantung, Buah Pinggang)*
81. Wanita 74 Tahun (Buah Pinggang)*
82. Lelaki 81 Tahun (Kencing Manis)*
83. Lelaki 69 Tahun (Darah Tinggi, Kencing Manis)*
84. Lelaki 66 Tahun (Jantung, Darah Tinggi)*
85. Lelaki 85 Tahun (Barah Darah)*
86. Lelaki 85 Tahun (Darah Tinggi, Strok)*
87. Lelaki 60 Tahun 🇲🇾 (Darah Tinggi, Kencing Manis)
88. Lelaki 36 Tahun 🇲🇲 (Radang Paru²)
89. Lelaki 51 Tahun 🇲🇾 (Kronik)*
90. Wanita 72 Tahun (Kencing Manis, Darah Tinggi)*
91. Lelaki 69 Tahun (Kronik)*
92. Lelaki 92 Tahun (Kencing MNis, Darah Tinggi, Dementia)*
93. Wanita 72 Tahun (Barah, Darah Tinggi)*
94. Wanita 32 Tahun 🇲🇾 (Darah Tinggi)*
95. Lelaki 67 Tahun (Kronik)*
96. Lelaki 61 Tahun 🇲🇾 (Kronik)*
97. Lelaki 62 Tahun (Jantung)*
98. Wanita 62 Tahun (Darah Tinggi)*
99. Lelaki 78 Tahun (Kronik)*
100. Lelaki 67 Tahun (Kronik)*
101. Lelaki 64 Tahun (Barah Darah)*
102. Lelaki 72 Tahun (Darah Tinggi)*
103. Lelaki 66 Tahun (Barah)*
104. Lelaki 82 Tahun (Darah Tinggi, Jantung)*
105. Lelaki 64 Tahun (Kronik)*
106. Lelaki 47 Tahun*
107. Lelaki 51 Tahun (Kronik)*
108. Wanita 74 Tahun (Autoimun, Darah Tinggi, Tiroid)*
109. Lelaki 63 Tahun (Kencing Manis, Barah Hati)*
110. Lelaki 30 Tahun (Mati Di Rompin, Siasatan Polis)*
111. Lelaki 90 Tahun (Darah Tinggi, Pernafasan)*
112. Lelaki 39 Tahun 🇲🇾 (Jantung)
113. Wanita 53 Tahun (Barah, Darah Tinggi, Staff KKM)*
114. Wanita 77 Tahun 🇲🇾 (Krronik)

*42 Latar Belakang Sakit Kronik

Jantina:

1. Lelaki - 83
2. Wanita - 26

Usia:

1. 20-29 Tahun - 2
2. 30-39 Tahun - 8
3. 40-49 Tahun - 10
4. 50-59 Tahun - 18
5. 60-69 Tahun - 36
6. 70-79 Tahun - 23
7. 80-89 Tahun - 11
8. 90-99 Tahun - 4

Tarikh:

1. 17 Mac 2020 - 2
2. 18 Mac 2020 - 1
3. 19 Mac 2020 - 0
4. 20 Mac 2020 - 1
5. 21 Mac 2020 - 4
6. 22 Mac 2020 - 3
7. 23 Mac 2020 - 5
8. 24 Mac 2020 - 2
9. 25 Mac 2020 - 4
10. 26 Mac 2020 - 4
11. 27 Mac 2020 - 2
12. 28 Mac 2020 - 7
13. 29 Mac 2020 - 2
14. 30 Mac 2020 - 4
15. 31 Mac 2020 - 3
16. 2 April 2020 - 5
17. 3 April 2020 - 3
18. 4 April 2020 - 4
19. 5 April 2020 - 4
20. 6 April 2020 - 1
21. 7 April 2020 - 1
22. 8 April 2020 - 2
23. 9 April 2020 - 2
24. 10 April 2020 - 3
25. 11 April 2020 - 3
26. 12 April 2020 - 3
27. 13 April 2020 - 1
28. 14 April 2020 - 5
29. 15 April 2020 - 1
30. 16 April 2020 - 1
31. 17 April 2020 - 4
32. 19 April 2020 - 1
33. 21 April 2020 - 3
34. 22 April 2020 - 1
35. 23 April 2020 - 2
36. 24 April 2020 - 1
37. 25 April 2020 - 2
38. 27 April 2020 - 1
39. 28 April 2020 - 1
40. 30 April 2020 - 2
41. 1 Mei 2020 - 1
42. 3 Mei 2020 - 2
43. 5 Mei 2020 - 1
44. 6 Mei 2020 - 1
45. 9 Mei 2020 - 1
46. 11 Mei 2020 - 1
47. 13 Mei 2020 - 2
48. 14 Mei 2020 - 1
49. 16 Mei 2020 - 1
50. 18 Mei 2020 - 1

Negeri:

1. Kuala Lumpur - 25
2. Johor 20
3. Sarawak - 17
4. Selangor - 15
5. Negeri Sembilan - 8
6. Pahang - 7
7. Perak - 5
8. Sabah - 5
9. Melaka - 5
10. Kelantan - 3
11. Perlis - 1
12. Pulau Pinang - 1
13. Kedah - 1

Belum ada kes kematian berlaku di Terengganu, Putrajaya & Labuan

KES KEMATIAN COVID-19 MENGIKUT NEGERI

Kuala Lumpur (25)

1. Kes 290: Lelaki, 57 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 21 Mac 2020
2. Kes 1334: Lelaki, 75 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 24 Mac 2020
3. Kes 1056: Lelaki, 35 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 26 Mac 2020
4. Kes 2321: Wanita, 91 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 28 Mac 2020
5. Kes 2322: Lelaki, 76 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 28 Mac 2020
6. Kes 2323: Lelaki, 27 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 28 Mac 2020
7. Kes 787: Lelaki, 77 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 29 Mac 2020
8. Kes 2626: Lelaki, 69 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 27 Mac 2020
9. Kes 2628: Lelaki, 81 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 31 Mac 2020
10. Kes 193: Wanita, 80 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 31 Mac 2020
11. Kes 1053: Lelaki, 62 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 31 Mac 2020
12. Kes 2149: Wanita, 85 tahun, Institut Jantung Negara, 4 April 2020*
13. Kes 3484: Lelaki, 68 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 5 April 2020*
14. Kes 1906: Lelaki, 69 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 8 April 2020*
15. Kes 4229: Lelaki, 77 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 10 April 2020*
16. Kes 4230, Wanita, 88 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 10 April 2020*
17. Kes 4818: Lelaki, 63 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 14 April 2020*
18. Kes 4988: Lelaki, 69 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 15 April 2020*
19. Kes 4711: Lelaki, 66 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 16 April 2020*
20. Kes 5183: Lelaki, 85 tahun, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 17 April 2020*
21. Kes 2657: Lelaki, 60 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 17 April 2020
22. Kes 5332: Lelaki, 92 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 21 April 2020*
23. Kes 2806: Wanita, 62 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 25 April 2020*
24. Kes 5441: Lelaki, 66 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 1 Mei 2020*
25. Kes 6657: Lelaki, 63 tahun, Hospital Kuala Lumpur, 1 Mei 2020*

Johor (20)
1. Kes 178: Lelaki, 34 tahun, Hospital Permai, 17 Mac 2020
2. Kes 1114: Lelaki, 70 tahun, Hospital Kluang, 23 Mac 2020
3. Kes 1625: Lelaki, 56 tahun, Hospital Sultan Ismail, 23 Mac 2020
4. Kes 1797: Lelaki, 48 tahun, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, 23 Mac 2020
5. Kes 1519: Lelaki, 71 tahun, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, 24 Mac 2020
6. Kes 1251: Lelaki, 66 tahun, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, 25 Mac 2020
7. Kes 1246: Wanita, 68 tahun, Hospital Sultanah Nora Ismail, 25 Mac 2020
8. Kes 2162: Lelaki, 53 tahun, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, 28 Mac 2020
9. Kes 1239: Lelaki, 50 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 28 Mac 2020
10. Kes 1249: Lelaki, 37 tahun, Hospital Permai, 28 Mac 2020
11. Kes 2627: Lelaki, 69 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 26 Mac 2020
12. Kes 2909: Lelaki, 37 tahun, Hospital Sultanah Aminah, 2 April 2020*
13. Kes 2910: Lelaki, 78 tahun, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, 2 April 2020*
14. Kes 2572: Lelaki, 85 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 2 April 2020*
15. Kes 3794, Lelaki, 71 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 7 April 2020*
16. 1649: Lelaki, 81 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 14 April 2020*
17. Kes 4769: Lelaki, 51 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 19 April 2020*
18. Kes 3871: Wanita, 32 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 23 April 2020*
19. Kes 4087: Lelaki, 78 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 27 April 2020*
20. Kes 5195: Lelaki, 90 tahun, Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, 13 Mei 2020*

Sarawak (17)
1. Kes 358: Lelaki, 60 tahun, Hospital Umum Sarawak, 17 Mac 2020
2. Kes 1031: Wanita, 79 tahun, Borneo Medical Centre, 18 Mac 2020
3. Kes 1032: Wanita, 40 tahun, Hospital Umum Sarawak, 21 Mac 2020
4. Kes 1006: Lelaki, 49 tahun, Hospital Umum Sarawak, 23 Mac 2020
5. Kes 595: Wanita, 51 tahun, Hospital Miri, 23 Mac 2020
6. Kes 1941: Lelaki, 47 tahun, Hospital Umum Sarawak, 30 Mac 2020
7. Kes 2471: Wanita, 46 tahun, Hospital Miri, 30 Mac 2020
8. Kes 1275, Lelaki, 40 tahun, Hospital Umum Sarawak, 31 Mac 2020
9. Kes 1273: Lelaki, 61 tahun, Hospital Umum Sarawak, 2 April 2020*
10. Kes 2850: Lelaki, 56 tahun, Hospital Umum Sarawak, 4 April 2020*
11. Kes 2210: Lelaki, 72 tahun, Hospital Umum Sarawak, 5 April 2020*
12. Kes 3073: Lelaki 53 tahun, Hospital Umum Sarawak, 5 April 2020*
13. Kes 2864: Wanita, 23 tahun, Hospital Umum Sarawak, 9 April 2020*
14. Kes 4314: Wanita, 47 tahun, Hospital Umum Sarawak, 12 April 2020*
15. Kes 4090: Lelaki, 69 tshun, Hospital Umum Sarawak, 21 April 2020*
16. Kes 5483: Wanita, 72 tahun, Hospital Umum Sarawak, 22 April 2020*
17. Kes 5282: Lelaki, 72 tahun, Hospital Umum Sarawak, 30 April 2020*

Selangor (15)
1. Kes 1070: Lelaki, 70 tahun, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, 22 Mac 2020
2. Kes 1321: Lelaki, 53 tahun, Hospital Sungai Buloh, 27 Mac 2020
3. Kes 1952: Wanita, 57 tahun, Hospital Sungai Buloh, 29 Mac 2020
4. Kes 2629: Lelaki, 73 tahun, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, 30 Mac 2020
5. Kes 2561: Wanita, 84 tahun, Hospital Sungai Buloh, 3 April 2020*
6. Kes 537: Lelaki, 71 tahun, Hospital Sungai Buloh, 11 April 2020*
7. Kes 2052: Lelaki, 65 tahun, Hospital Sungai Buloh, 14 April 2020*
8. Kes 2522: Lelaki, 36 tahun, Hospital Selayang, 17 April 2020
9. Kes 2050: Wanita, 72 tahun, Hospital Sungai Buloh, 21 April 2020*
10. Kes 2978: Lelaki, 61 tahun, Hospital Sungai Buloh, 24 April 2020*
11. Kes 2354: Lelaki, 62 tahun, Hospital Sungai Buloh, 25 April 2020*
12. Kes 3628: Lelaki, 67 tahun, Hospital Sungai Buloh, 28 April 2020*
13. Kes 5539: Lelaki, 82 tahun, Hospital Sungai Buloh, 3 Mei 2020*
14. Kes 830: Lelaki, 47 tahun, Hospital Sungai Buloh, 5 Mei 2020*
15. Kes 2380: Lelaki, 51 tahun, Hospital Sungai Buloh, 6 Mei 2020*

Negeri Sembilan (8)
1. Kes 2123: Wanita, 64 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 28 Mac 2020
2. Kes 2269: Wanita 48 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 30 Mac 2020
3. Kes 1767: Lelaki, 69 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 2 April 2020*
4. Kes 2122: Lelaki, 52 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 3 April 2020*
5. Kes 2903: Wanita, 58 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 8 April 2020*
6. Kes 3091: Lelaki, 66 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 11 April 2020*
7. Kes 4531: Lelaki, 54 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 12 April 2020*
8. Kes 5837: Lelaki, 64 tahun, Hospital Tunku Ja'afar, 3 Mei 2020*

Pahang (7)
1. Kes 1575: Lelaki, 61 tahun, Hospital Tengku Ampuan Afzan, 4 April 2020*
2. Kes 5064: Lelaki, 85 tahun, Hospital Tengku Ampuan Afzan, 17 April 2020*
3. Kes 4129: Lelaki, 67 tahun, Hospital Tengku Ampuan Afzan, 23 April 2020*
4. Kes 4657: Lelaki, 64 tahun, Hospital Tengku Ampuan Afzan, 30 April 2020*
5. Kes 6743: Lelaki, 30 tahun, Rompin, 13 Mei 2020*
6. Kes 6780: Lelaki, 39 tahun, Hospital Tengku Ampuan Afzan, 14 Mei 2020*
7. Kes 6942: Wanita, 77 tahun, Pusat Perubatan Di Pahang, 18 Mei 2020

Perak (5)
1. Kes ke-1840: Lelaki, 62 tahun, Hospital Raja Permaisuri Bainun, 25 Mac 2020
2. Kes ke-2032: Lelaki, 83 tahun, Hospital Raja Permaisuri Bainun, 26 Mac 2020
3. Kes 2034: Wanita, 73 tahun, Hospital Raja Permaisuri Bainun, 3 April 2020*
4. Kes 2399: Lelaki, 63 tahun, Hospital Raja Permaisuri Bainun, 11 April 2020*
5. Kes 3469: Lelaki, 90 tahun, Hospital Taiping, 12 April 2020*

Sabah (5)
1. Kes 152: Lelaki, 58 tahun, Hospital Tawau, 20 Mac 2020
2. Kes 2200: Lelaki, 66 tahun, Hospital Keningau, 5 April 2020*
3. Kes 694: Lelaki, 62 tahun, Hospital Queen Elizabeth, 10 April 2020*
4. Kes 4532: Lelaki, Kota Kinabalu (Masih dalam siasatan PDRM)*
5. Kes 6856: Wanita, 53 tahun, Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah, 16 Mei 2020*

Melaka (5)
1. Kes 238: Lelaki, 50 tahun, Hospital Melaka, 21 Mac 2020
2. Kes 2798: Lelaki, 59 tahun, Hospital Melaka, 9 April 2020*
3. Kes 2797: Lelaki, 62 tahun, Hospital Melaka, 13 April 2020*
4. Kes 4521: Wanita, 74 tahun, Hospital Melaka, 14 April 2020*
5. Kes 2499: Wanita, 74 tahun, Hospital Melaka, 9 Mei 2020*

Kelantan (3)
1. Kes 781: Lelaki, 69 tahun, Hospital Raja Perempuan Zainab II, 21 Mac 2020
2. Kes 780: Lelaki, 76 tahun, Hospital Sultan Ismail Petra, 25 Mac 2020
3. Kes 860: Wanita, 66 tahun, Hospital Sultan Ismail Petra, 4 April 2020*

Perlis (1)
1. Kes 890: Lelaki, 48 tahun, Hospital Tuanku Fauziah, 22 Mac 2020

Pulau Pinang (1)
1. Kes 259: Lelaki, 74 tahun, Hospital Pulau Pinang, 22 Mac 2020

Kedah (1)
1. Kes 1588: Lelaki, 63 tahun, Hospital Sultanah Bahiyah, 26 Mac 2020
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

SARS: Saringan di pintu masuk antarabangsa dikuatkuasa serta merta


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaksanakan prosedur saringan dan pemantauan di setiap pintu masuk antarabangsa, berkuat kuasa serta-merta susulan penularan virus selsema yang dilaporkan mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Selari langkah pemantauan, semakan penggunaan antiviral di setiap negeri turut dijalankan bagi meneliti kewujudan gejala pneumonia atau jangkitan paru-paru terutama membabitkan individu yang pernah melawat daerah Wuhan, China.

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menjelaskan pihaknya kini giat memantau pola kejadian penyakit seperti influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di seluruh negara.

“Kita sedang berhubung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai laporan terbabit, malah penyiasatan masih dilaksanakan pihak berkuasa kesihatan di China dan mereka tidak dapat mengesahkan jenis patogen yang menyebabkan penyakit berkenaan.

“Ada pelbagai punca berpotensi menyebabkan viral pneumonia, kebanyakannya lebih lazim daripada koronavirus (sekumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia dan binatang) SARS.

“WHO kini giat memantau kes ini dan sebarang perincian lanjut akan dikemukakan dari semasa ke semasa. Sementara belum memperoleh maklumat mengenai kejadian di China dari WHO, kementerian akan melaksanakan langkah berkaitan.

“Ia termasuk memantau memantau pintu masuk antarabangsa dengan memastikan pengembara yang tiba melalui saringan demam sedia ada dan sekiranya positif, pemeriksaan hendaklah dilakukan semula di pusat kuarantin.

“Sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit, mereka perlu dirujuk ke pusat kesihatan berhampiran mengikut prosedur saringan demam di pintu masuk antarabangsa sedia ada dan memastikan IPC (kawalan dan pencegahan jangkitan) dipatuhi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pusat perubatan, Gleneagles Pulau Pinang pada Sabtu lalu mengeluarkan memorandum kepada semua petugasnya untuk melaksanakan langkah pencegahan dan pemantauan terhadap pesakit susulan penularan wabak pneumonia seperti SARS di China.

Berdasarkan laporan Reuters, China menegaskan wabak pneumonia yang mengorbankan 59 nyawa setakat ini bukan SARS, iaitu punca penyakit sehingga merekodkan ratusan orang terbunuh sedekad lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Wuhan berkata wabak itu sudah dipastikan bukan selsema, selsema burung, adenovirus, SARS atau Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Berdasarkan rekod suruhanjaya berkenaan, tujuh daripada 59 pesakit mengalami sakit teruk tetapi tiada yang maut setakat ini, sebaliknya mereka dikuarantin dan sedang menerima rawatan.

Jangkitan terbabit dilaporkan berlaku antara 12 dan 29 Disember, membabitkan beberapa pesakit yang bekerja di pasar makanan laut di Wuhan, yang kini ditutup untuk proses nyah kuman.

Setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujud jangkitan dari manusia kepada manusia.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

Kementerian Kesihatan menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti kementerian tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok. - Foto hiasan

Stok ubat rawatan influenza mencukupi


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti kementerian tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok.

Menurut Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, berikutan jangkitan influenza yang merebak dalam negara, pihak kementerian turut mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan tambahan daripada pembekal alternatif dalam memastikan stok ubat-ubatan mencukupi dan memenuhi permintaan.

Buat masa ini, kedudukan stok Oseltamivir 75mg Capsule dan Oseltamivir 60mg/5ml Oral Suspension adalah mencukupi bagi menampung keperluan rawatan inflluenza di fasiliti kementerian.

Jangkitan influenza turut dilaporkan boleh menyebabkan komplikasi radang paru-paru (pneumonia) yang seterusnya boleh membawa maut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini menjelaskan kejadian kluster radang paru-paru yang melanda Wuhan, China masih dalam siasatan.

Dr Noor Hisham berkata, pihak berkuasa China bagaimanapun, mengesahkan jangkitan itu bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

“Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa insiden itu sedang dipantau rapi namun buat masa ini pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan dan perdagangan dengan China,” katanya.

Kementerian memandang serius mengenai kejadian ini selain akan terus memantau situasi dan memaklumkan sebarang perkembangan daripada pihak WHO dari semasa ke semasa, tambah beliau.

Antara langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan kementerian bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini adalah pemakluman berkaitan kejadian kluster ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi kepada anggota kementerian di semua peringkat termasuk Pintu Masuk Antarabangsa Negara; memberi penekanan dan memperkukuh aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara.

Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes-kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi; dan sekiranya terdapat kes yang disyaki, individu itu akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut WHO sehingga 5 Januari, sebanyak 59 kes dikenal pasti di China mempunyai kaitan dengan kejadian kluster itu dan daripada jumlah kes itu, tujuh kes dalam keadaan teruk, manakala yang lain dilaporkan stabil dan tiada kematian dilaporkan.

“Pihak WHO juga melaporkan buat masa ini tiada human-to-human transmission. Siasatan masih dijalankan dan sebanyak 121 hubungan rapat kes-kes itu telah dikesan dan diletakkan di bawah pemerhatian,” katanya lagi.

– BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376


Tamiflu. - Foto AFP

KKM percepat proses permohonan permit import Tamiflu


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepatkan proses permohonan permit oleh hospital dan klinik swasta untuk mengimport vaksin influenza, Tamiflu, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata proses permohonan bagi kelulusan permit mengimport vaksin terbabit adalah kurang daripada lima hari.

“Bekalan Tamiflu di KKM diperoleh daripada Pharmaniaga dan mencukupi. Namun bagi hospital dan klinik swasta, mereka perlu mendapatkan permit mengimport vaksin itu. Sejak Januari hingga November tahun lalu, tiada permohonan daripada pihak swasta untuk mengimport Tamiflu.

“Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, permohonan mendapatkan permit mengimport Tamiflu meningkat dan bekalan Tamiflu yang diperoleh daripada pembekal berdaftar, hanya mencukupi untuk kegunaan hospital serta klinik kerajaan.

“Bagi menangani masalah ini, KKM mempercepatkan proses permohonan permit mengimport Tamiflu dan kebanyakan hospital serta klinik swasta yang membuat permohonan permit, hujung tahun lalu, sudah memperoleh bekalan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan, buat masa ini, pihaknya tiada menerima sebarang maklumat daripada syarikat farmaseutikal berhubung kekurangan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, orang awam terutama kumpulan berisiko, iaitu kanak-kanak bawah usia lima tahun, warga tua berumur 65 tahun ke atas dan wanita mengandung, dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin itu yang ditawarkan hospital atau klinik swasta.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

Scientists say that a mysterious pneumonia outbreak in China is from the same family of viruses as the deadly severe acute respiratory syndrome (SARS)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

Wabak pneumonia di China belum merebak setakat ini - WHO


LONDON: Wabak pneumonia yang mengakibatkan seorang maut dan menjangkiti 40 orang di China, yang dikaitkan dengan pasar makanan laut di Wuhan, belum merebak setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan semalam tetapi penularan jangkitan menimbulkan kebimbangan mungkin berlaku wabak.

China minggu lalu mengesahkan virus yang mengakibatkan pneumonia itu belum dikenal pasti tetapi dari keluarga sama dengan virus Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Bagaimanapun, WHO menjelaskan wabak itu belum lagi merebak dan pasar makanan laut Wuhan, yang juga hab pengangkutan tempatan serta antarabangsa, kini ditutup manakala tiada kes dilaporkan di tempat lain di China atau negara lain.

“Bukti kukuh menunjukkan penularan wabak itu berkait dengan pendedahan di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, yang ditutup 1 Januari lalu.

“Buat masa sekarang, tiada jangkitan dalam kalangan pekerja kesihatan dan tiada bukti jelas jangkitan antara manusia kepada manusia,” katanya.

Suruhanjaya Kesihatan Majlis Daerah Wuhan, dalam satu kenyataan, berkata empat lagi pesakit dibenarkan pulang dan tiada kes baharu dilaporkan sehingga Sabtu lalu.

Sementara itu, 717 orang lagi yang dikatakan berhubung rapat dengan pesakit, kekal di bawah pengawasan perubatan.

Dalam kalangan 41 orang disahkan dijangkiti virus pneumonia yang baru, seorang lelaki berusi 61 tahun dengan masalah kesihatan serius meninggal dunia minggu lalu manakala tujuh lagi disifatkan kritikal.

Minggu lalu, WHO berkata virus dari keluarga koronavirus yang menyebabkan wabak SARS dan MERS, berkemungkinan menyebabkan wabak baru itu.

“Berdasarkan siasatan epidemiologi awal, kebanyakan kes membabitkan individu yang bekerja atau kerap mengunjungi Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan.

“Sehingga kini, siasatan masih berterusan bagi menganggarkan tahap penularan wabak,” katanya. - Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

Pegawai kesihatan awam menjalankan imbasan pada penumpang yang tiba dari Wuhan, China di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand pada 8 Januari. - Foto GettyImages

Jepun sahkan kes pertama wabak baharu coronavirus China


TOKYO: Jepun mengesahkan kes pertama akibat jangkitan daripada wabak baharu, coronavirus China, kata kementerian kesihatan negara itu hari ini.

Menurut kementerian itu, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Kanagawa, disahkan positif terhadap virus itu. Mangsa dikatakan pernah melawat Wuhan, China tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan coronavirus baharu yang belum dikesan setakat ini.

Susulan penularan itu Jabatan Negara Amerika Syarikat sudah mengeluarkan amaran perjalanan berhubung kunjungan ke Wuhan.

Mengikut jabatan itu, pelawat ke kota itu diingatkan untuk mengambil langkah pencegahan termasuk mengelak bersentuhan dengan haiwan, mengunjungi pasar haiwan atau makan produk haiwan.

Kementerian Kesihatan Thailand juga mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan pemantauan terhadap pelancong yang tiba di lapangan terbang menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang mana dijangka lebih 800,000 pelancong China melawat negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengumumkan bahawa virus baharu itu boleh merebak dan mengingatkan hospital seluruh dunia untuk berjaga-jaga.

Coronavirus adalah sebahagian daripada keluarga virus yang boleh menyebabkan jangkitan daripada selesema biasa sehinggalah kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Sebahagian daripada virus berkenaan menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pesakit Jepun yang diserang coronavirus itu pulang dari Wuhan bulan lalu, mengadu demam dan dirawat di hospital. Dia dibenarkan keluar hospital semalam selepas gejala yang dialami pulih.

- Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376


KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Tiada kes coronavirus di negara ini - KKM


KUALA LUMPUR: Tiada kes membabitkan coronavirus baharu dilaporkan di negara ini, namun kerajaan mengambil langkah siap sedia bagi menghadapi potensi penularan penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa situasi jangkitan influenza yang dilaporkan di Malaysia sekarang tiada kaitan dengan kejadian coronavirus baharu di Wuhan, China.

Katanya, antara langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan ialah memaklumkan kepada semua anggota KKM di semua peringkat termasuk pintu masuk antarabangsa negara bagi mengambil langkah pencegahan dan kawalan infeksi.

“Kita turut memberi penekanan dan memperkukuhkan aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota yang bertugas di pintu masuk antarabangsa negara.

“Pengembara yang dikesan mengalami demam dan bergejala, pemeriksaan akan dilakukan semula di pusat kuarantin kesihatan atau tempat pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa negara,” katanya menerusi kenyataan media, di sini.

Dr Noor Hisham berkata, saringan pesakit di klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kawalan infeksi.

Katanya, seseorang yang mengalami gejala penyakit respiratori akut dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Wuhan, dinasihatkan supaya pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan.

“Sekiranya terdapat kes disyaki yang dikesan dari mana-mana fasiliti kesihatan, kes perlu dilaporkan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC).

“KKM turut memperkukuhkan keupayaan bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) adalah makmal sedia ada yang berupaya menjalankan ujian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota KKM juga dinasihatkan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan simpanan stok bagi PPE serta ubat-ubatan bagi menghadapi wabak perlu dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasilti kesihatan masing-masing.

Katanya, KKM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan maklum balas kementerian bagi menghadapi potensi penularan jangkitan dalam negara.

Pada 31 Disember lalu, pihak berkuasa China melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, membabitkan masyarakat setempat di Wuhan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376

Mangsa kedua mati akibat virus misteri dikaitkan SARS di China


BEIJING: Mangsa kedua meninggal dunia di China akibat virus misteri dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang sudah menjangkiti berpuluh-puluh orang dan turut muncul di dua negara Asia lain.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seorang lelaki berusia 69 tahun mati pada Rabu lalu di Wuhan yang dipercayai menjadi pusat penularan wabak koronavirus daripada keluarga sama dengan patogen SARS yang meragut banyak nyawa.

Wabak itu sekali gus mencetuskan keresahan berikutan kaitannya dengan SARS yang mengorbankan 349 orang di tanah besar China dan 299 lagi di Hong Kong antara 2002 hingga 2003.

Sekurang-kurang 41 orang dijangkiti penyakit radang paru-paru dikaitkan dengan virus baharu di China itu, menyebabkan pihak berkuasa di Hong Kong turut meningkatkan langkah mengesan, termasuk mengadakan pemeriksaan suhu terhadap pelancong yang masuk ke negara berkenaan.

Menurut suruhanjaya kesihatan Wuhan, 12 orang sudah sembuh dan keluar dari hospital, manakala lima lagi berada dalam keadaan serius.

Katanya, lelaki meninggal dunia itu dilaporkan jatuh sakit pada 31 Disember lalu sebelum keadaan mangsa menjadi kian teruk pada 4 Januari dengan ‘pulmonary tuberculosis’ dan mengalami kerosakan fungsi pelbagai organ tubuh.

Dua kes lain dikesan di Thailand dan Jepun dengan pegawai kesihatan di kedua-dua negara berkenaan menyatakan bahawa pesakit terbabit melawat Wuhan sebelum itu.

Setakat ini, tiada pengesahan jangkitan virus dari manusia ke manusia dalam penularan wabak di Wuhan itu, namun suruhanjaya kesihatan terbabit berkata, ada kemungkinan berkenaan.

Seorang doktor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tidak mengejutkan sekiranya berlaku ‘beberapa jangkitan terhad dari manusia ke manusia, terutama dalam kalangan ahli keluarga yang saling berhubung rapat’.

WHO memaklumkan bahawa ‘masih ada banyak yang perlu difahami mengenai koronavirus baharu itu’. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,901
Reaction score
11,173
Points
2,376


Koronavirus. - Foto AFP

Koronavirus: China catat kematian ketiga, wabak merebak ke bandar lain


SHANGHAI: Pihak berkuasa China melaporkan, wabak koronavirus kini merebak ke lebih banyak bandar di negara ini dengan 139 kes baharu dilaporkan pada hujung minggu, termasuk kematian ketiga.

Pihak suruhanjaya kesihatan Daxing di Beijing mengesahkan dua kes koronavirus, manakala suruhanjaya kesihatan di selatan wilayah Guangdong mengesahkan satu kes di Shenzhen.

Kes baharu terbabit merupakan yang pertama di China dilaporkan berlaku di luar Wuhan di mana wabak berkenaan tercetus, menjelang cuti Tahun Baharu Cina dengan berjuta-juta penduduk bakal mengembara di dalam dan ke luar negara.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dalam satu kenyataan berkata, 136 kes baharu dikesan di bandar itu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Setakat Ahad lalu, sejumlah 198 kes dilaporkan di Wuhan, termasuk tiga kematian. Kira-kira 170 orang masih dirawat di hospital, manakala 25 lagi sudah sembuh.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mengulas lanjut mengenai kes kematian yang terbaru.

Beijing berkata, ia akan meningkatkan usaha mengekang penularan wabak itu, sementara pihak berkuasa kesihatan di negara lain turut mengambil langkah pencegahan.

Virus baharu terbabit adalah daripada keluarga koronavirus sama dalam Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh hampir 800 orang di serata dunia ketika wabak juga tercetus di China itu menular pada 2002 dan 2003.

Menurut beberapa pakar, virus baharu itu berkemungkinan tidak mencapai tahap ancaman maut seperti SARS tetapi banyak yang belum diketahui mengenainya, termasuk punca dan sejauh mana ia boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia. - REUTERS


 
Sponsored Post
Top
Log in Register