Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Ogos, 122 Mati, 14 Kes Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,436
Reaction score
3,336
Points
236
Kes Baru Covid-19 Kembali 2 Digit

12.07.2020 - Shah Alam, Kes Covid-19 naik semula kepada dua angka hari ini dengan 14 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,718 kes. Ketua pengarah kesihatan berkata tiga daripadanya kes import membabitkan warganegara yang pulang dari Jerman dan Rusia.

“Sebelas kes lagi penularan dalam negara membabitkan tiga rakyat tempatan dan lapan warga asing,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan empat lagi pesakit pulih menjadikan jumlah yang sembuh sebanyak 8,519 kes. Katanya, sebanyak tiga pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan dua memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 122 orang.

Berikut perincian kes jangkitan:

Sarawak
– Satu kes saringan bergejala yang menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif Covid-19
– Satu kes merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching

Sabah
– Satu kes saringan prarujukan ke Hospital Keningau

Depot Tahanan Imigresen Sepang
– Lapan kes jangkitan dalam negara bukan warganegara

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/kes-baharu-covid-19-kembali-dua-digit/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,436
Reaction score
3,336
Points
236
8 Kes Baru Di Kesan Di Depot Tahanan Sepang

12.07.2020 - Shah Alam, Sebanyak lapan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang dengan keseluruhan 72 kes setakat 12 Jun lalu.

Ketua pengarah kesihatan berkata kesemua kes dikesan hasil saringan ulangan terhadap 115 Orang Kena Tahan yang ditempatkan di Blok C depot tahan itu, Jumaat lalu.

“Kesemua kes kluster membabitkan bukan warganegara yang sememangnya diasingkan dan kini dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 1,477 saringan Covid-19 dilaksanakan di DTI Sepang manakala 1,661 disaring di DTI Bukit Jalil yang mencatatkan 649 kes positif.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/covid-19-lapan-kes-baharu-dikesan-di-depot-tahanan-sepang/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,436
Reaction score
3,336
Points
236
66 Pengembara Dari Luar Negara Positif Covid-19

12.07.2020 - Shah Alam, eramai 66 daripada 16,359 individu yang masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 bermula 10 Jun hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka kini menerima rawatan di hospital manakala 16,293 yang negatif diarah menjalankan kuarantin wajib di rumah.

“Semalam, seramai 1,000 rakyat tempatan pulang dari beberapa negara antaranya Iran, Indonesia, Jepun, India dan Belanda. Dua daripadanya positif dan dihantar ke hospital manakala yang lain hanya kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata sebanyak 1,230 individu yang menjalani kuarantin di rumah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Bermula 10 Jun lalu, kerajaan tidak lagi menempatkan pengembara di pusat kuarantin, sebaliknya diarah berada di rumah selama dua minggu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/66-pengembara-dari-luar-negara-positif-covid-19/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,436
Reaction score
3,336
Points
236
Bomba Nyahkuman Bangunan Parlimen Sebelum Mula Sidang

12.07.2020 - Kuala Lumpur, Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen.

Menurut status di Facebook Parlimen Malaysia, operasi sanitasi diketuai Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur Khairul Azuwan Ibrahim serta 40 anggota bomba.

Kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap tatacara operasi piawai (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Menerusi gambar yang turut dimuat naik dengan status itu, kelihatan anggota JPBM menjalankan operasi sanitasi di Blok Utama Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara meliputi setiap ruangan, termasuk tempat bersidang, lobi dan tangga.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mensyaratkan pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman dan jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan.

Menurutnya, semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya ahli parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/bomba-nyahkuman-bangunan-parlimen-sebelum-mula-sidang/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,542
Reaction score
11,371
Points
2,376
COVID-19: Kluster baharu dikesan di Kuching

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching yang kini sudah menjangkiti dua individu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata kes pertama kluster berkenaan membabitkan pesakit ke-8,694, iaitu seorang pekerja di syarikat berkenaan yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai lalu kerana mengalami gejala pernafasan.

"Beliau didapati positif COVID-19 pada hari yang sama. Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat dijalankan.

"Setakat ini, seramai 32 kontak rapat beliau sudah dikenal pasti dan disaring, iaitu 16 rakan sekerja dan 16 ahli keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selepas saringan COVID-19 dijalankan ke atas kontak rapat terbabit, satu kes dikesan positif, 16 kes negatif dan 15 individu masih menunggu keputusan.

"Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman turut dijalankan di premis syarikat berkenaan. Punca jangkitan kluster ini masihdalam siasatan," katanya.
COVID-19 | Kluster Baharu Di Kuching Dikesan

Kluster baharu dikesan di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching, Sarawak dengan dua kes positif COVID-19 dilaporkan.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register