Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Ogos, 122 Mati, 14 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
Statistik Harian 1 Jun 2020

1. Kes Baru: 38
2. Kes Sembuh: 51
3. Kes Kematian: 0

Alhamdulillah kes baru masih 2 angka
Bawah 50
Tiada kes kematian
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
model tu pun aduhai, hensemnya :D







Premis gunting rambut masih tidak dibenarkan beroperasi semasa PKPB termasuk perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah. MKN masih dalam proses menyediakan SOP untuk premis gunting rambut. (sumber sidang media khas PKPB, 1 Jun 2020)

Gambar hiasan semata-mata

1591016095052.png


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

· 5 jam
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Terkini #covid19malaysia, 1 Jun

Terdapat penambahan 3 kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Madrasah Ayer Merbau, Kluster Kampung Baru dan Kluster Malayan Mansion.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang tamat adalah sebanyak 30.

1591017192425.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Terkini #covid19malaysia, 1 Jun

Hanya saringan Covid-19 Tahfiz / Madrasah yang melaporkan kes baharu (1) pada hari ini manakala saringan Covid-19 di Pasar dan juga Warga Emas tidak melaporkan kes baharu.

1591017241879.png

1591017250278.png

1591017259636.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Terkini #covid19malaysia, 1 Jun

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Terdapat 3 kluster yang melaporkan kes baharu positif pada hari ini iaitu

- 1 kluster baru iaitu Kluster Pangsapuri Cheras melaporkan 3 kes baharu. Setakat ini terdapat sejumlah 6 kes positif di kluster ini dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.
- Kluster Syarikat Pembersihan melaporkan 2 kes baharu
- Kluster Pudu melaporkan 1 kes baharu

1591017347267.png

1591017355078.png

1591017363982.png

1591017373602.png

1591017383616.png

1591017391816.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Jumlah keseluruhan taburan kes Covid19, 1 Jun

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak 3S : iaitu elakkan kawasan yang Sesak , elakkan kawasan yang Sempit dan elak Sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjungmengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan
yang kerap disentuh.

1591017475855.png
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,053
Reaction score
1,445
Points
206

Sebahagian warga asing duduk dalam keadaan beratur ketika hadir untuk membuat saringan Covid-19 di Pangsapuri Langat Utama pada 1 JUN 2020. Saringan Covid-19 ini dilakukan di dua lokasi di Pangsapuri Kuala Langat Utama dan Pangsapuri Kuala Langat Murni sejak Jumaat lalu. FOTO: BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 11 kes baharu di Selangor, turun banding semalam
by Zareef MuzammilJun 1, 2020 9:15 pm

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 11 jangkitan berbanding 31 yang dicatatkan semalam.
Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah kes kumulatif di negeri ini adalah 1,920 dengan 261 aktif.

“Tujuh kes yang dilaporkan adalah jangkitan import melibatkan empat dari Indonesia dan tiga dari Mesir.
“Terdapat tiga kes di Hulu Langat masing-masing satu kes saringan di pusat tahfiz, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kes kontak manakala satu kes kontak di Klang,” menurut BGNS.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 1,552 dan angka korban akibat pandemik itu kekal 22.

Hari ini, Malaysia mencatatkan pertambahan 38 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 7,857 dengan 1,338 aktif. Daripada kes baharu itu, hanya enam kes membabitkan rakyat tempatan dan selebihnya bukan warganegara.

Dalam tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu, tiada kes kematian disebabkan Covid-19 direkodkan di negara ini dengan kes maut wabak itu kekal 115 atau 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,581
Reaction score
1,361
Points
201
Salam Sejahtera Semua

📢📢📢📢📢📢📢📢
Mohon Perhatian Kepada Semua Penduduk Di Taman Langat Murni (Pangsapuri dan rumah teres)

Satu aktiviti saringan COVID-19 akan diadakan di lokasi berikut:

1) Pangsapuri Langat Murni - di kawasan deretan kedai bersebelahan surau

2 Jun 2020, 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari

2. Taman Langat Murni - di padang permainan Jalan Murni 6/10

2 Jun 2020, 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari

Semua penduduk warga negara dan juga bukan warga negara adalah diminta untuk hadir bagi menjalankan saringan COVID-19 ini.

Penduduk dari Taman Langat Utama yg masih belum disaring diminta untuk hadir di pusat saringan di Pangsapuri Langat Murni.

Pastikan semua penduduk (termasuk kanak-kanak) yang akan hadir untuk memakai topeng muka dan pastikan jarak sosial di antara individu.

Sila bawa bersama kad pengenalan / MyKid atau pasport semasa menghadiri aktiviti saringan ini.

Mohon kerjasama daripada semua penduduk.

Sekian terima kasih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register