Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Ogos, 121 Mati, 5 Kes Baru

CG Sponsors




pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
1,831
Reaction score
473
Points
51




Azari Mat Yasir
3 min

SIRI GRAF SERAM COVID-19
(Bahagian 7)

Kali ni aku nak jenguk jiran sebelah, bertanya khabar. Indonesia mempunyai populasi 8x lebih besar dari Malaysia. Tetapi kadar kes positif di sana lebih rendah dari kita. Ini membuatkan ada yang percaya bahawa Indonesia masih selamat untuk dikunjungi (atau nak balik kampung).

Nanti dulu. Walaupun terdapat banyak spekulasi tentang kemampuan Indonesia untuk membuat saringan secara meluas dan efektif, mari kita lihat nombor yang sebenar dulu.

Lihat graf di bawah. Ya, kes positif Indonesia lebih rendah dari Malaysia. Tapi lihat kadar kematian mereka yang jauh lebih tinggi. Sungguhpun pada ketika ini kadar kematian per juta penduduk mereka juga masih rendah, tetapi jika dibandingkan dengan kes yang positif, ia menimbulkan kemusykilan. Ini seharusnya memberi petanda yang sesuatu sedang berlaku di sana.

Ada pelajar2 aku yang berasal dari Indonesia memohon nak balik kampung. Aku faham mereka bosan terkongkong di kampus tanpa aktiviti apa2. Rasanya dah habis satu internet didownloadnya. Tapi gut feeling aku mengatakan mereka lebih selamat tinggal di Malaysia buat masa ini.

Tambahan lagi, katalah mereka balik ke Indonesia dan kemudian MCO fasa 2 tamat, aku tak rasa mereka akan dapat kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian. Sekurang2nya mesti kena kuarantin 14 hari lagi. Kalau begitu baik duduk aje di kampus dan beraya di sini!

Apa2 pun, aku doakan Indonesia selamat dan dipelihara dari impak wabak COVID-19 yang besar. Semoga kemampuan mengesan dan menyaring pesakit di sana dipertingkatkan.

View attachment 222130

Di sana hospital semua kena bayar, mereka sanggup mati dirumah dari pergi hospital, siapa yg kata indon selamat memang tak pegi sekolah le

Sekarang ni zaman jokowi dah kad hospital, sape yg ada kad tu boleh pegi check percuma tapi dgn kos test kits yg tinggi mereka tak akan mampu bendung virus ni
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,629
Reaction score
1,965
Points
201
Di sana hospital semua kena bayar, mereka sanggup mati dirumah dari pergi hospital, siapa yg kata indon selamat memang tak pegi sekolah le

Sekarang ni zaman jokowi dah kad hospital, sape yg ada kad tu boleh pegi check percuma tapi dgn kos test kits yg tinggi mereka tak akan mampu bendung virus ni
Yup. Kena ada BPJS Kesehatan. Macam MySalam kita lah.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register